Bab 5

59 6 0
                                    

Terlari-lari mata Senrose memandang persekitaran rumah itu.Setelah dia baru menjejakkan kakinya dikaki  tangga.Matanya terhenti pada satu tempat  diluar slinding door.Ada sebuah kolam diluar itu.Kakinya menuju ke kolam itu .Terhenti dipinggir kolam itu.

"Bosannya apa aku nak buat "kata Senrose seorang diri di tepi kolam itu.Jelas diwajahnya dia sungguh bosan.

'Nak buat kerja ,esok baru boleh buat kerja'bisik hatinya itu.Sempat dia menghembus nafas berat.

Senrose mencelup separuh kakinya sehingga ke paras betis masuk ke dalam kolah itu,sesekali dia mengerakkan kakinya dan membuai-buaikan kakinya.

Tanpa dia sedar ada satu arus berjalan ke arahnya,tertiba..

"BOOMM!!!"Satu suara dengan percikkam air kolam itu sehingga basah di  sekeliling kolam itu.Hampir terkena ke Senrose nasib dia sempat elak.

"AAARRRHHHH....!! jerit Senrose sambil mengeluarkan kakinya dari dalam kolam itu dan dia berlari menuju ke satu pondok yang berhadapan kolam itu.Tidak jauh kedudukan pondok itu dengan kolam.

Senrose cuba menenangkan dirinya dari terkejut tadi,sempat dia membelek pakaiannya risau dia jika basah dek terkena air kolam tadi.Senrose memandang pula dipersekitaran kolam itu ,meneliti penyebab dirinya seperti sekarang.Berkerut dahinya apabila terpandang sesuatu.

"HAHAHAHAH....." tawa seseorang ,kedengaran dari arah kolam itu.

Berlapis dahi  Senrose mendengar tawa itu.Sambil matanya mencari siapa yang ketawa.

" Oi!" sergah Senrose pada seorang lelaki yang berada dalam kolam itu.

'muka dia macam aku pernah nampak,sekejap!. Dialah JOHAN! Anak bongsu Tuan Johari Zain.'bisik hati Senrose tatkala dia teringat pada satu gambar didalam fail yang Ryan bagi iaitu maklumat keluarga Tuan Johari Zain itu.

"HAHAHA... terkejut betul you ni,hey! maid baru ke ,you ni?" soal Johan sambil menuju ke tangga dan mendaki keluar dari kolam itu.Tatkala dia menjejak kaki didarat terserlah tubuhnya itu.Sungguh seksi dipandangan Senrose,dengan sasanya dan berbentuk.Senrose hampir tidak dapat kawal.Nasib ini bukan kali pertama dia melihat lelaki separuh bogel .Johari walaupun berusia 18 tahun tetapi tubuhnya sungguh bersasa dan menjaga tubuhnya.Dapat dilihat Senrose tubuhnya itu mempunyai six pack .Dengan memakai seluar pendek itu memberkan Senrose menelan air liur berkali-kali.

Nasib Senrose sempat tersedar.

"You? amboi..panggil akak,.Akak Sen.. eh! Akak Lily ,okey" kata Senrose,lupa sekejap nama samarannya itu.

"Oh,Lily.Eh! Akak Lily.Bila Akak datang?" soalnya sambil menggosok kepalanya dengan tuala.

Senrose pula sudah terduduk bersila di atas pondok itu.

"Pagi tadi.." balas Senrose ,sambil merenung pada Johan.Dia cuba meneliti akan perangai Johan itu bagaimana.

"Amboi mata tu ,tengok macam nak terkeluar bijji mata, I tahu lah I ni ,hot,seksi,handsome ,bergaya dan sweet tapi janganlah tengok sampai macam itu.Malulah" kata Johan sambil menuju ke arah Senrose dan menolak kecil bahu Senrose. Sempat lagi dia tertawa kecil sambil tangannya dirapatkan ke mulutnya,seolah-olah gadis ayu sedang tertawa,Tapi kalau dia buat, bukan nampak ayu tapi nampak macam nak kena baling tendang!.

"Pe. Ra.San!!" Kata Senrose sebitir-sebutir suku kata itu,sambil dibuat muka meluat.

"Eeee..,tak baik!"balas Johan.Baru dia ingin menolak bahu Senrose lagi,datang satu suara lagi.

"Johan!.."

Tertoleh muka mereka berdua pada satu suara itu,rupanya Jelita.Itu apa yang Senrose tahu berdasar kan gambar yang pernah dia teliti.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now