"Kenapa aku call kau, satu pun kau tak jawab?!"sergah Jakfeer,tepat .Apabila Senrose baru sahaja mengangkat telefon itu.Senrose terkejut dengan sergahan itu,hampir sahaja telefon dicampaknya tadi.Nasiblah dia sempat tersedar yang dia ingin campak itu ialah telefonnya ,jika tidak mesti menyesal.
"Awak ni dah kenapa call saya tengah-tengah malam ni?" kata Senrose,ia baru habis mengemas rumahnya selepas parti sambutan hari lahirnya tadi,baru sahaja dia ingin merebahkan tubuhnya di atas katil.Telefonnya sudah berdering bergema satu ruang biliknya itu.Dia ingat itu panggilan dari Ryan rupanya dari Jakfeer. Silap besar dia tidak melihat nama di skrin telefonnya itu terlebih dahulu,kan dah bernasib sekarang.
"Aku call kau sebab aku nak tanyalah khabar kau,apa yang kau bengap sangat? kau ingat sebab apa?.Aku teringin sangat nak call kau?.Ke kau ingat aku rindu kau? Ke kau ingat aku suka kau ke?.Hem!! lambat lagi" kata Jakfeer ,nadanya masih kuat di pendengaran Senrose.Senrose sudah menjauhkan sedikit telinganya dari telefon itu.
"Awak ni dah kenapa?call orang ,lepas tu nak sergah -sergah ni!!. Ingat saya ni pekak sangat ke?.By the way ,sejak bila saya cakap saya ingat awak rindu saya? Bila pula saya kata yang awak tu suka saya? eee! memang taklah!!. Perasannya,laahaii"balas Senrose,dari baring tubuhnya sudah bersila kakinya dan duduk tegak . Geram dia apabila mendengar kata-kata Jakfeer itu.Sungguh tidak berlapit.
"Iyelah!. Dah tak pandai nak angkat call ni dah kenapa? aku mesej pun tak jawab! call pun tak jawab..buat orang risau ,kau tahu?!"balas Jakfeer suaranya masih dikuatkan sedikit .
"Kenapa pula ,awak nak risau lebih-lebih ni?!. Saya kan dah minta keizinan dari Puan Hany untuk cuti,kenapa nak risau?!"kata Senrose.Dahinya sudah berlapis.Pelik dengan tingkah Jakfeer.
"Erm,aku risaulah.Salah ke?!! aku kan boss kau juga!.Aku kan majikan kau juga"Kata Jakfeer.Suaranya bernada perlahan.
"Saya tak sihat kan?! . Awak ingat ada masa pula ke ,saya nak main fhone ni ?!!."Sergah Senrose .
"Kau sakit apa?teruk ke?" soal Jakfeer,suaranya tiba-tiba menjadi diperlahankan dan lembut.Senrose sudah berkerut dahinya,makin pelik dia dengan sikap Jakfeer itu.Sekejap sergah-sergah ,ini lembut pula.
"Awak ni dah kenapa nak berlembut ni? tadi bukan main naik hantu.Pandai pula awak bersuara lembut kan ,?saya ingat awak ni spesies makan tebuan!"balas Senrose ,meluat dia dengan Jakfeer.Sungguh hipokrit.
"Dah tu nak aku cakap macam mana?.Sayang.... Sayang,okey tak?.Sakit ke? makan dah? makan ubat dah? MACAM TU?!!!" kata Jakfeer,dihujung kata sempat dia sergahnya Senrose semula.
"Eeeeeeeeee.... Jakfeer!!. awak dah kenapa?. gila? dah lah bye!"
"Eh!.Lily"
Terdengar suara Jakfeer yang memanggil nama palsu Senrose itu sebelum dimatikan talian oleh Senrose.Senrose melepaskan nafas berat,badannya direbahkan semula ke atas katil,seketika kemudian terlelap dia dibuai mimpi.Otaknya menjadi tanda tanya memikirkan tentang tadi.
"Dia dah kenapa?kena sampuk ke?gila?"kata Senrose perlahan yang hanya boleh didengari oleh dia sahaja.Kepalanya digeleng-geleng sambil memejamkan mata,sedaya upaya membuangkan fikirannya yang memikirkan keanehan si Jakfeer tadi sebelum dia memejamkan mata dan tidur dengan nyenyak.
________Di tempat Jakfeer pula.
"Nampaknya,lain yang dirancang lain pula yang jadi"kata seseorang dihadapannya,sekarang mereka berada didalam bilik Jakfeer,yang mempunyai ruang tidur ruang berehat santai yang mempunyai televisyen dan ruang pejabat kecil Jakfeer dan sekarang mereka di pejabat kecil itu.
"Apa maksud kau?"soal Jakfeer itu,sambil menjeling-jeling memandang lelaki itu.Lelaki itu ,turut tersenyum-senyum memandang jelingan Jakfeer itu.
"Aku kenal kau lebih kau kenal diri kau,kau dah jatuh cinta ni.Tak pernah tau nak tengok kau berbual macam tu,even kau bercinta dengan sorang entah mana perempuan itu pun kau takkan nak bersayang-sayang dan cakap macam tu bagailah" balas lelaki itu,sambil masih tersengih-sengih.
YOU ARE READING
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
AçãoLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...