'Welcome to Turkey!! ' jeritan dihati sudah berulang berapa kali. Seronok dia, buat kali pertama dia pergi ke sini. Dahulu dia sering mengikut Ryan ke luar negara tetapi tidak pernah ke sini pun, dia pun tidak tahu kenapa.
"Sayang... Sayang suka tak?" soal Jakfeer yang baru memasukkan bagasi ke dalam bilik hotel mereka.
"Suka! Suka sangat... Dulu kan saya tak pernah pergi Turkey, tempat lain saya semua dah pergi.."
Senrose terdiam seketika apabila mengingat dirinya siapa.
"Sayang pernah pergi tempat lain?" Jakfeer sudah merebah kan tubuhnya di sisi Senrose.
"Ermm... Yelah macam Pulau Pangkor, Cameron Highlands dan lain-lain. Pusat pembantu rumah tu lah yang bawa kami.." sambil berkata Senrose bangun dan menuju ke bilik air. Sekadar melarikan diri.
"Ouhh.." Jakfeer membalas dengan angguk kan, sedangkan dia tahu segalanya.
"Sayang... Jangan lama sangat..." Nada suara Jakfeer sudah seperti budak inginkan gula-gula.
"Ouh! Abang nak masuk pula ke? Sekejap" dari dalam Senrose bersuara.
"Tak.. Abang.. Abang tunggu sayang lahh... Sayang... Ouhh sayang..." Jakfeer sudah merangkak diatas katil. Menuju ke dinding bilik mandi dna tandas itu, lalu ke pintu bilik air yang di duduk oleh Senrose itu.
"Erm.. Abang dah kenapa?" Senrose terasa seram sejuk.
"Sayang.. Buka lah pintu ni.." Jakfeer sudah merengek ingin masuk ke dalam bilik air tersebut.
"Eh.. Saya tengah mandi lah" Senrose sudah tak betul. Gelisah, seram sejuk dia mendengar suara Jakfeer yang seperti harimau yang inginkan mangsa.
"Alaa.. Sayang kita mandi sama sama nak?" kata Jakfeer lagi sambil mencuba membuka pintu tapi tak sangka Senrose tidak mengunci pintu. Lekas dia menolak pintu tersebut.
Senrose pula sudah tergamam melihat Jakfeer terjah masuk.
"ABANG...!!!" terjerit Senrose apabila Jakfeer melulu ke dirinya yang tidak berbaju tetapi kebasahan dek air ini. Tertawa mereka berdua.
*******
"Ermmm... Engkau rasa ada ke konco diaorang dekat sini?" soal Sarah sambil menghirup puting rokok itu, hembusan asap dilepaskan.
"Aku rasa mesti ada. Kita kena pandai cari sahaja" balas Kyra sambil matanya memilau sedikit sedikit ke persekitaran mereka.
"Nasib baik Emma dah tempah bilik untuk kita sekali. Nah kunci" kata Danish datang bersama Steven.
"Bagus la... Dua kunci?. Kiranya aku tidur dengan siapa ni?" kata Sarah.
"Mestilah dengan Kyra!.Roy kan tiada. Dia kan di sana. I'm so sorry sayang, Queen pun tiada. Jika ada mesti kita pun honeymoon kan sayang" balas Danish sambil memeluk Sarah. Sarah turut membalas peluk kan itu. Sekadar mengenang nasib bersama orang single ke mari.
"Aku kalau sepak dua ekor ni, mati juga dua sejoli ni nanti" Steven sudah mengambil bagasi nya sebelum dia meng bawa menuju ke lif.
"Entah diaorang ni!" Kyra membalas sambil mengikuti langkah Steven.
Roy tidak ikut kerana Roy ditugaskan menjaga kumpulan mereka di sana. Senrose tidak tahu mereka berempat ada disini untuk mengintip Senrose.
Masing-masing mengikuti langkah Steven menuju ke lif itu. Apabila di dalam lif mereka sempat mengatur kan strategi lagi.
"Bilik Sarah dan Kyra di sebelah bilik Senrose, bilik aku dan Steven di bilik hadapan Senrose. Faham?,nah kunci" kata Danish sambil menyerah satu lagi kunci kepada Sarah.
Sempat mereka berbual, entah mengatur strategi baharu atau sekadar berbual biasa, sebelum pintu lif terbuka.
*******************
Malam itu seperti yang dijanjikan Jakfeer ingin membawa Senrose untuk makan malam di sebuah restaurant.
"Wei!, Senrose keluar la dengan Jakfeer"Kata Steven yang sedang memerhati di screen tefon nya.
Sejak mereka tiba di dalam bilik masing-masing, Steven sudah menggodam segala CCTV dan sistem di hotel ini. Kerjanya sangat teliti sehingga tiada sesiapa pun yang sedar.
Steven lekas bangun dan melefon Sarah dan memberitahu khabar itu. Sarah dan Kyra lekas menuju ke bilik Steven dan Danish.
"Aku rasa akan ada yang datang bilik diaorang" kata Danish sambil memandang ke screen telefonnya lagi. Dia memerhati ada beberapa orang yang mencurigakan.
"Aku rasa ada sesuatu dengan Jakfeer" Kata-kata Sarah membuatkan semua menoleh ke arahnya.
"Sam, Dien dan Adlien kawan kepada Jakfeer, kan? dan mereka ialah keluarga Senrose yang berada di Turki ni. Emma ada beritahu bukan, yang keluarga Senrose disini ingin bunuh Senrose bukan?. Persoalannya sekarang, kenapa Jakfeer nak ajak Senrose honeymoon dekat sini?.. Seolah olah.. " kata Sarah.
" Seolah-olah Jakfeer terlibat dengan semua ni. Jakfeer pula tak ada kena mengena pun dengan Turki. Kenapa bukan Londa ke atau tempat lain. Kenapa disini? " sambung Steven. Semua bagaikan terdiam. Memikirkan dari andaian Sarah dan Steven itu.
"Betul tu. Aku pun rasa macam tu. Tapi sebelum ni terjadi, bukan ke Senrose ditugaskan oleh Ryan untuk membunuh keluarga Jakfeer?. Tapi kenapa sekarang macam.."kata Kyra.
" Macam Senrose pula yang ingin dibunuh.. " Danish sudah bangun dari duduknya.
"Sarah! Danish!. Korang pergi cover Senrose. Aku dan Kyra jaga disini!" arah Steven. Semua berada di situ tidak membantah terus mengangguk sebelum masing-masing menuju ke satu bilik.
Sarah dan Danish sudah mencapai senjata masing-masing dan berlalu keluar. Mereka perlu mengejar jejak Senrose.
Kyra dan Steven sudah memakai sarung tangan. Ya, semakin kuat firasat Steven bahawa bilik Senrose itu akan dicerobohi. Kyra sudah mengeluarkan laptop. Kali ini, screen CCTV yang digodam oleh Steven beralih ke screen laptop.
Kyra memerhati di laptop manakala Steven memerhati di telefonnya. Masing-masing menanti jika ada yang tidak kena sehingga...
"Steven!.. Ni!!" Sambil memanggil Steven Kyra menunjuk sesuatu ke screen laptop nya.
BERSAMBUNG...

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
БоєвикиLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...