"Kau islam,bukan?"soal Jakfeer yang tiba-tiba muncul masuk ke dalam bilik itu.
"Macam mana awak tahu?"soal Senrose yang sangat-sangatlah terkejut yang jelas terpancar pada dirinya sekarang yang sudah berdiri membuatkan contengngan lipstick tercomot dibuat oleh Julia tadi.
"Aku tahulah,aku tengok resume kau.Kau tak ada keluarga,kan?"soal Jakfeer lagi.
"Macam mana awak tahu semua ni?!"separuh terjerit Senrose dibuatnya.Lagi kuat dari tadi.Dahinya sudah seribu berkedut.
"Re.su.me! Kenapa? Kau menipu ke selama ni?"Soal Jakfeer wajahnya berubah menjadi ragu-ragu dan dijongketkan sebelah keningnya.
Terdiam Senrose,ditundukkan kepalanya sebelum digelengkan menandakan jawapan 'tidak'.
Jakfeer terus keluar.
Senrose kembali duduk sebelum otaknya berputar dengan penuh ingatan dan soalan.Senrose cuba mengingati setiap babak baris didalam resume.
'Ha! Aduhh aku baru ingat.Resume aku,Ryan yang buat.Aku tak sempat baca apa dia tulis .Aduhhhh dia bocorkan identiti aku ke? Kurang asam betullah Ryan ni'hatinya sudah menjerit-jerit menyumpah seranah si Ryan.
"Siap!"kata Julia tiba-tiba membuatkan Senrose kembali tersedar.Sekelip mata Senrose dapat melihat wajahnya dihadapan cermin.
"Wah!cantiknya Lily!! Macam model lah" kata Julia sempat pipinya dirapatkan ke pipi Senrose.
Senrose sudah terkedu,tidak sangka dia sendiri tidak percaya.Dia sangat-sangatlah cantik sekarang.Tidak percaya dia di makeup kan oleh Julia ini,sangatlah sesuai dengannya malah membuatkan wajahnya sangatlah cantik.Kelihatam seperti ayu ,sopan dan manis terpancar diwajahnya.
Jika tidak,selalunya dia hanya makeup seperti rocker.Penuh hitam. Tidak pun warna merah ,dua jenis warna sahaja dia main.Tapi kini wajahnya penuh nude warnanya.Sangat smooth.Cantik!.
____________________________
"Apa ni kak Julia!.Kenapa saya tak boleh duduk dekat dengan pengantin lelaki?"geram Senrose apabila dia disuruh duduk jauh dari pengantin lelaki.
"Manalah akak tahu.Dah Jakfeer yang atur macam ni.Dengar cerita Jessica yang minta macam ni.Dia tak nak tunjuk muka dia.Dia nak duduk jauh dari orang sikit"balas Julia matanya dipandangan pada Jakfeer yang sedang melafaz angkat nikah itu .Cair hatinya melihat adiknya itu .Sungguh manis walaupun wajahnya diketatkan. Matanya beralih pula pada tok kadi itu .Entah nak panggil apa ,tok ke atau sebaya.Nampak muda yang berjabak tangan itu.Apabila tangan dihanyunkan ke bawah bersama satu lafaz, membuatkan ramai mengucap alhamdulillah.Dua sejoli sudah disatukan.
"Kak ,kiranya saya nikah hakimlah,kan?"kata Senrose tiba-tiba.Tiba-tiba soalan itu muncul dikepalanya.
'Aku tahu aku jahil tapi sejahil aku,aku sanggup nak bermain jika berkaitan dengan perkahwinan'bisik hatinya.
Tertiba hati Senrose terasa risau.Matanya berlari-lari kerana risaunya itu.
'Macam mana kalau Jakfeer ternampak tubuh aku ?.Mesti kantoi nanti'Hati Senrose terasa berdebar-debar,risaunya semakin membuatkan dirinya cemas tak menentu.Takut.
"Agaknya anak hakim kut yang nikahkan kau"kata Julia matanya masih tidak lari memandang tok kadi itu.
"Hah?!"
"Kau tengok tu,orang yang nikahkan kau tu handsome,kan?"soal Julia dengan wajah miang.Tersenyum-senyum Julia memandang.
"Hah?! Mana tengok-tengok"baru sahaja Senrose ingin menolak kipas yang menjadi penghalang melihat Julia sudah menampar pahanya.
YOU ARE READING
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...