Bab 38

39 3 0
                                    

Lelaki itu melangkah menuju ke arah Senrose, semakin yakin Senrose bahawa lelaki itu lah yang memberi dia kertas itu. Semakin dekat, semakin Senrose siap sedia ingin menegur... Sehingga..

"Sayang..."

Seorang perempuan datang ke arah lelaki itu lalu mereka berpelukan erat. Senrose sudah tergamam. Eh!, bukan dia ke?.

Kepala Senrose mencari-cari lagi.. Tiada. Akhirnya dia pasrah, dia kembali duduk betul-betul dikerusinya.

"Engkau dah kenapa?" soal Tiara.

"Tak ada apa-apalah.. Eh aku nak balik, lupa Jakfeer nak ajak keluar makan" bohong Senrose sedangkan dia hendak jumpa seseorang.

Melihat angguk kan dari rakannya lekas dia mengangkat punggung lalu pergi. Baru sahaja Senrose pergi datang seseorang berpakaian hitam lalu duduk di kerusi Senrose itu.

Dia meletakkan cermin mata hitam dan turunkan penutup kepala yang dipakai hoodie.

"Engkau baru nak muncul kan?, sampai bila ni Sam?" kata Salwa.

"Sabar... Belum masanya lagi"balas Sam Sambil tersenyum.

" Dia macam mana? "soal Sam pada mereka berdua.

" Dia macam tu jela.. Lepas engkau bagi kad tu dekat dia, mencari dia siapa yang bagi. Eh! by the way, macam mana dengan Family korang dekat sana? "soal Tiara.

" Selagi diaorang tak bunuh my little rose selagi tu diaorang target dia. Aku harap suami dia pandai jaga adik aku" kata Sam.

"Ryan?" soal Salwa. Setelah beberapa kali Salwa berada dalam cerita ini, ini kali pertama dia perwatakan serius.

Mendengar nama itu Sam merenung ke mata Salwa sebelum dia tersenyum.

"Dia Okey" tersengih Sam.

*************************************

"Siap!" Bersorak Senrose sambil tersenyum-senyum.

"Wahhh... Bagusnya isteri saya ni!" puji Jakfeer yang baru masuk ke dalam bilik itu. Sempat dia mencapai tubuh Senrose lalu dipeluk erat dari belakang.

"Eeee... Tak tau malu dah lah tak tolong lepas tu sengaja nak puji orang kan?" kata Senrose meleraikan peluk kan lalu menuju ke meja solek. Dia ingin memasukkan barang make-up nya yang mana Ingin dibawa nanti.

"Abang.... Boleh tak sayang nak keluar malam ni?, nak jumpa Salwa dengan Tiara. Lupa nak beritahu diaorang sayang nak pergi honeymoon, ingat nak lepak lama sikit dengan diaorang" kata Senrose bersuara manja. Kena ayat manja manja ni baru boleh.

Dia jangan buat hal tak jadi Okey. Aku nak pergi metting ni.

"Boleh sayang.." balas Jakfeer sambil menghadiahkan ciuman di pipinya. Tersenyum Senrose.

**************************************

Senrose mematikan enjin kereta. Dia mencapai sarung tangan hitamnya dan membuka pintu kereta. Dirinya disambut baik oleh konconya. Semua menundukkan kepala. Senrose berjalan menuju ke pintu vila itu.

Senrose hanya mengikut konco dihadapnya yang menjadi sebagai tunjuk arah ke bilik itu.

Sampai sahaja di depan pintu itu Danish dan Sarah sedang menyilang lengang di dada. Melihat sahaja Senrose masing-masing berdiri dengan betul. Kepala ditunduk sedikit.

Senrose memberikan jaket dan handbegnya kepada Sarah. Sempat tangannya mencapai kerambit kesayangannya itu. Sarung dibuka, mata pisau diperhatikan Senrose yang sudah tersengih-sengih. Pintu di buka.

Senrose melangkah masuk ke dalam ruang itu. Bau hanyir di mana-mana. Terdengar seseorang yang sudah mengeluh kesakitan dan kepenatan. Senrose menuju ke satu kerusi kayu dan duduk sambil menyilang kaki.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang