Bab 46

36 4 2
                                    

Masing-masing mendongak ke atas meneliti bangunan di hadapan mereka ini. Satu bangunan flat lama yang telah ditinggalkan, tiada penghuni malah hanyalah tinggal dinding sahaja dan dikekelingi semak samun. Keadaan sungguh seram dan sepi. Membuatkan persekitaran mereka sungguh seram.

"Oh God!. No class nya group dia.." tawa Sarah disambut oleh Kyra.

"Well.. Dia sekarang salah seorang musuh kita, right?" kata  Senrose membuatkan tawa mereka berdua terhenti.

"Dekat mana isteri aku?" soal Dien dengan tergesa-gesa sambil memegang erat senjata di tangannya.

Senrose hanya memandang sahaja persekitaran itu.

"Aku tak tahu tapi yang aku tahu, dia mesti dekat persekitaran sini"balas Senrose.

Dia tidak tahu hendak memujuk abangnya supaya bertenang sekejap bagaimana. Yelah ini bagaikan pertama kali mereka bersua muka setelah beberapa tahun menghilang.

" Mari semua! kita berpecah" kata Senrose.

Semua yang berada di situ berpecah.

Kyra bersama Danish, Steven dan Sarah manakala Adlien bersama Dien dan Senrose bersama Jakfeer. Masing-masing berpecah mencari Ong Wei dan Bella.

"Sayang.. Sayang pakai ni" blazer kalis peluru disergah ke Senrose.

Terkejut Senrose.

"Eh! Abang dah kenapa?. Kan saya pun pakai ni hah" balas Senrose menolak pemberian Jakfeer.

"Tak apa, sayang pakai je dua. Tak ada lah kena langsung" kata Jakfeer sambil ingin memasang blazer tersebut ke badan Senrose, tapi di tepis sekeras nya oleh Senrose.

"Are you nuts?. Kalau Saya kena tembak, benda ni panas tau. Dah tu abang nak saya buang masa buka benda ni saja?. Dah tu abang tak pakai?. Jangan nak merepek. PAKAI SEKARANG!" Senrose sudah bengang.

Time macam ni lah dia nak buat perangai macam ni.

Jakfeer turuti kata Senrose. Sambil muncung mulut dia memakai balik blazer tersebut. Sambil memakai sempat dia berkata.

" Sayang.. Kalau abang dah tak ada, sayang jaga diri baik-baik tau... Sayang.. Abang sayang sangat dekat sayang.. Sayang.. Ab.."

"Abang dah kenapa ni?! dekat sini juga abang nak buat sesi luahan. Ish tak baik lah kata macam tu. Doa semoga semuanya selamat, okey"kata Senrose sambil menyambung langkahnya, menaiki tangga.

" Sayang!! "

Satu tembak kan dilepaskan.

Satu figura jatuh dari tingkat atas, tergolek ke tingkat bawah.

Senrose sudah bernafas tidak teratur apabila tubuhnya ditarik ke bawah. Sempat dia menoleh melihat Jakfeer yang sudah terkaku setelah melepaskan tembak kan.

"Dia betul-betul target sayang tadi"Kata Jakfeer.

" Saya betul-betul tak perasan. Ni semua salah abang,sempat pula buat sesi luahan tadi"balas Senrose sambil menjeling ke arah Jakfeer.

"Abang rasa diaorang memang target sayang la. Abang dekat depan sayang je, tapi kenapa dia target sayang" kata Jakfeer sambil wajah kerut itu. Dia rasa ada benda tak kena.

"Dah dia ada satu je pistol mesti lah target salah seorang dari kita. Sudah lah cepat jalan.." balas Senrose.

Jakfeer hanya turuti melangkah. Dia rasa cukup rasa ada benda yang tidak kena sekarang. Dia harus menjaga Senrose lebih dari tadi.

**************
"Erm.. Kyra. Engkau jalan la dulu?" kata Danish sambil tergaru-garu belakang tengkuk nya.

"Hah?, aku jalan dulu?"terkejut Kyra. Dah apahal dia pula kena jalan dulu, dia perempuan kut. Selalunya perempuan jalan belakang lelaki.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now