Bab 34

55 3 0
                                    

"Morning sayang.." suara Jakfeer berbisik di telinganya. Sambil tangannya memeluk tubuh Senrose dari belakang.

"Sayang okey ke?" Soal Jakfeer sempat dia meletakkan dagu ya diatas bahu Senrose,sambil matanya ligat melihat Senrose yang sedang memggaul Mee goreng did alam kuali itu. Makanan kesukaan Senrose.

"Okey je kenapa?" soal Senrose pelik.

Jakfeer sudah leraikan pelukkannya lalu dia berjalan berdiri di sebelah meja makan.

"Semalam kan kita buat kali pertamanya.."

"Makanan dah siap.. Makan cepat awak nak pergi kerja kan?" potong Senrose. Dia tahu apa yang hendak dikatakan oleh Jakfeer. Pertama kalinya mereka berdua 'Bersama' sebagai suami isteri. Tetiba Jakfeer nak kait isu tu pula sekarang, memang nak tengok dia duduk tak senang ke sebab malu?.

Jakfeer sudah tersenyum. Tahu sangat mengapa Senrose memotong katanya mesti sebab malu. HAHAAHA suka dia melihat Senrose muka kemerahan.

"Dah!. Tak payah nak tersenyum senyum makan cepat" kata Senrose yang masih tidak berani bertembung mata dengan Jakfeer. Malunya masih tidak habis lagi.

"HAHAAHAHAH.. Comelnya sayang saya ni malu malu... Yang, awak ni dah kenapa yang?"soal Jakfeer yang masih tersenyum senyum kadang kadang sedikit tertawa.

" Apa? Betul lah saya cakap, makan nanti awak nak siap pergi kerja kan? "balas Senrose yang masih menyebutkan dirinya.

Jakfeer seperti rimas tengok Senrose yang terlari lari, sengaja menyibukkan diri padahal tiada apalah sangat yang hendak sibukkan diri tu. Semua sudah siap tunggu makan bersama sahaja. Lekas dia memeluk semula Senrose dari belakang. Kali ini erat dari tadi.

"Yang.. Hari ni hari Sabtu, yang. Office hour mana yang bekerja hari ni, sayang"kata Jakfeer.

Makin merah wajah Senrose dibuatnya. Badannya sudah terkaku. Hah sudah!.

" Jom makan"ajak Senrose cuba berani kan memandang wajah Jakfeer. Sekejap sahaja, tak boleh dia menahan melihat wajah Jakfeer yang suka menyakatnya. Sebelum dia perasan sesuatu.

" Yang awak tak pakai baju ni dah kenapa? Mana pergi baju awak?"bengang Senrose apabila melihat Jakfeer hanya memakai seluar pendek paras atas lutut sahaja.

" Alaaa.. Biar lah rumah sendiri, siapa je nak tengok? Tak saya isteri saya"balas Jakfeer menyambut huluran Senrose semangkuk Mee goreng yang di cedok nya tadi.

" Eeyyy.. Geli lah saya tengok badan awak ni. Pergilah pakai baju"Entah kenapa dia terasa geli dan segan melihat tubuh Jakfeer. Sedangkan jika konco konconya memakai seperti Jakfeer ini dia hanya seperti biasa. Tiada perasaan tetapi lain pula pada Jakfeer.

"Badan ni juga lah awak sakan semalam kan?, awak tak ingat ke? Semalam bukan main awak ci..arhh arhhh!! Sakitlah sayanggg.." terjerit Jakfeer apabila Senrose mencubit cubit bahunya berkali kali.

"Gatal! Yang awak nak bercerita sekarang ni dah kenapa?!" bengang Senrose. Sempat dia duduk disebalah Jakfeer sambil mencedok Mee goreng itu ke dalam pinggan nya dan Jakfeer.

Jakfeer sudah mengusap usap bahunya. Sudah kemerahan kerana cubitan Senrose. Berbisa juga ye.

" Sayang.. Love you"kata Jakfeer sebelum menyuap Mee ke dalam mulutnya.

Senrose hanya membalas dengan senyuman.
__________________

" Apa khabar? "Soal seorang wanita yang sudah menarik kerusi lalu direndahkan punggungnya.

"Khabar baik. Dah lama tak jumpa engkau, Emma" balas Soffya yang berada dihadappannya.

Emma...mula mula Soffya pun terkejut juga mengapa dan bagaimana perempuan itu masih hidup. Setahu dia Emma sudah meninggal masa dahulu. Ya, di mana Emma berkawan rapat dengan Senrose.

"Macam mana dengan Senrose?" soal wanita itu, dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Senyuman yang masih manis.

"Dia dah jadi leader. Dia masih rindukan engkau Emma walaupun Dah bertahun"alas Soffya yang turut tersenyum.

"Rindu aku dekat dia" hanya itu yang mampu Emma membalas. Sempat dia mengeluh, jujur dia katakan dia sangat rindu pada kawannya itu,Senrose.

"Engkau dah bersedia nak jumpa dia ke?" soal Soffya.

"Belum masanya lagi. Aku masih tak jumpa si setan tu" kata Emma.

"Setan? Siapa?" soal Soffya, dia ingatkan dendam Emma sudah terbalas. Orang yang tembak dia 3 tahun lalu. Soffya sedikit terasa pelik. Ini buat kali ke tiga mereka bertemu Last mereka bertemu pun tahun lepas.

"Orang yang tembak aku" balas Emma. Dia juga turut terasa pelik. Takkan Soffya tak tahu kenapa dia seperti sekarang? Menghilangkan diri.

"Orang yang tembak engkau?. Dia dah mati tahun lepas. Senrose yang bunuh dia. Engkau tak tahu ke?" tanya Soffya. Mereka sudah sedikit risau.

"Tak mungkin.. Setan tu masih lagi ugut aku sampai sekarang. Tak mungkin dia hidup lagi. Dan sekarang pun aku masih cari dia" balas Emma. Terdiam Soffya. Jadi siapa Senrose bunuh tahun lepas.

"Senrose bunuh siapa?" soal Emma sedikit serius. Dia dapat rasakan ada yang tidak kena.

"Selepas khabar engkau meninggal. Senrose tak duduk diam, diam cari siapa yang bunuh engkau dan tahun lepas dia terjumpa orang yang bunuh engkau. Senrose balas dendam dia atas kematian engkau tu. Tapi tadi engkau cakap.."

"No way. Aku rasa ada benda tak kena sekarang. Orang yang tembak aku tu masih hidup. Aku rasa Senrose salah bunuh orang" kata Emma dengan jelas.

"Tapi orang tu memang Jien"kata Soffya.

Emma sudah membalas dengan pandangan tajam. Sungguh itu menjadi kekeliruan di kepala mereka. Jadi siapa sebenarnya yang ingin membunuh Emma.

_____________________-

" Sayang.. Hujung minggu ni anniversary Mama dan papa, dia orang buat majuan. Kita pergi ok" kata Jakfeer yang masih memandang dikacau televisyen. Hari cuti mereka ambil peluang untuk luangkan masa bersama melayan movie sahaja dirumah.

"okey. Kita nak bawa hadiah apa?" soal Senrose matanya toleh sekejap pada Jakfeer.

"Itu sayang jangan risau, saya dah belikan" kata Jakfeer. Sekejap sebelum dia merasakan sesuatu. Lalu dia bangunkan kepalanya dari diatas paha Senrose itu. Matanya merenung mata Senrose. Lama, sehingga membuatkan Senrose terasa rimas. Ni dah kenapa ni renung mata orang tak cakap apa apa.

"Awak ni dah kenapa?" soal Senrose.

"Abang"

"Hah?"

"Panggil abang, abang. Sayang kena panggil abang, abang. Faham?" kata Jakfeer.

"Perlu ke? Saya selesa panggil saya awak" kata Senrose sambil menyuap kan jajan di dalam mulutnya.

"Perlulah sayang, abang kan suami sayang"kata Jakfeer.

"okey abang sayang"Kata Senrose sambil mencium pipi Jakfeer.

" Sayang... Aihhh ajakan goda abang" kata Jakfeer. Suaranya sedikit manja.

"Tak salah" balas Senrose yang sudah tersengih sengih. Tangan Jakfeer mula naik ke tu uh Senrose. Dari betis ke paha ke perut lalu ke...

"No.." Senrose menepis tangan Jakfeer. Sempat dia melarikan dirinya ke tangga. Jakfeer yang tahu Senrose cuba mengelakkan diri lekas dia mengejar. Tawa Senrose semakin kuat apabila Jakfeer sudah dekat mengejar.

Suara televisyen menemani dua sejoli itu beasrama. Cinta yang berputik bukan kerana rela akan selamanya kekal. Jika jodoh sudah tertulis lari ke hujung dunia tetap akan bertemu.

BERSAMBUNG

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now