Bab 39

38 3 0
                                    

"Sanggup engkau buat aku macam ni. Aku ikhlas kawan dengan engkau, Wa" Senrose sudah terdiam. Merenung ke dalam mata Stella yang dia anggap Salwa kawan baiknya selama ni. Sarah dan Danish sudah menahan Daniel yang sudah terbaring ke lantai.

Sesi berlawan sudah selesai, setelah memberi buah lawan an akhirnya Stella kalah manakala Daniel pula sudah rebah ke lantai apabila dia tidak sempat tepis tendangan Sarah pada kemaluan nya itu. Betul dikatakan orang tendangan Sarah apabila kena dibahagan sensitif itu sungguh perit.

"Maafkan aku Senrose. Memang awal-awal dulu aku ditugaskan untuk jadi informer gerak geri engkau, itu sahaja. Tapi lepas berkawan dengan engkau aku.. Aku sayang engkau macam darah daging aku. Nama aku sebenarnya Stella, Senrose" Stella sudah terduduk memandang ke bawah.

"Dunia ni kejam Senrose. Tak semua orang yang engkau kenal itu benar benar sayangkan engkau. Apatah lagi dunia macam kita. Kawan boleh jadi lawan, darah daging boleh jadi binatang"

"Siapa engkau? Siapa yang hantar? Selama ni engkau lah musuh yang kami cari? Engkau ke yang bunuh Ryan?" soalan bertalu talu Senrose berikan pada Stella. Kini dia rasa jijik hendak memandang Stella. Dirinya terasa benar benar ditikam dari belakang.

"Aku Stella. Aku ahli kumpulan mafia di Itali.... Aku.. Aku ahli mafia dari keluarga engkau di sana. Ya Senrose.. Engkau masih ada keluar di sana. Aku tak terlibat dengan kes kematian Ryan. Aku hanya ditugaskan ke sini untuk rapat dengan engkau supaya keluarga mafia engkau dekat sana tahu gerak geri engkau. Itu je"kata Stella dengan beria. Dia tak nak hilang kawan seperti Senrose. Walaupun kerja begitu tetapi ikatan hubungan dengan Senrose, memberinya benar benar rasa disayangi.

Wajah Senrose sudah berkerut.

"Keluarga di Itali? Sejak bila? Engkau jangan nak reka cerita.."wajah Senrose sudah seribu keruan sungguh dia tak percaya.

" Sudah.. Sarah, Danish.. Bawa dua ekor ni ke bilik"arah Senrose.

"No!!.. Senrose! Dengar dulu!!" Stella mengertak pegangan Sarah padanya. Dia masih ada benda nak cakap dengan Senrose. Dia perlu ceritakan semuanya. Dia tidak kisah apabila Senrose menyatakan letak dirinya di dalam bilik itu. Bilik kurungan penyeksaan itu.

" No!! Senrose dengar apa aku nak cakap!! Ada benda aku nak beritahu engkau!!" terjerit Stella apabila Senrose tidak rendahkan dirinya.

"Rose!!, abang.. Abang engkau ada dekat sini!!"

Tertoleh kepala Senrose pada Stella yang ingin di bawa pergi oleh Sarah itu.

"What?"

"Ye. Abang engkau Sam, kan?. Ya, dia ada dekat sini. Dia cari engkau"Stella berkata dengan serius.

Wajah Senrose sudah kebingungan.

"Tak Mungkin. Keluarga aku mati dalam kebakaran. Sudah! Bawa dia Sarah" Arah Senrose, sempat dia menjeling pada Stella.

"Senrose!! Senrose!! SENROSEEE!!" Terjerit jerit Stella sehingga dia disumbat ke dalam kereta pun dia tetap memanggil Senrose. Tapi tidak dilayan oelh Senrose.

"Steven.. Engkau Okey?, mari aku bawa engkau ke klinik" kata Senrose sambil memapah tubuh Steven itu.

*******************************

"Sayang..." panggil Jakfeer dari belakang tubuh Senrose itu. Sempat dia memeluk tubuh kecil itu dari belakang.

"Dah jangan mengada-ada. Cepat kita dah lambat kan?" kata Senrose sempat dia berjalan ke meja solek tetapi di ikut oleh Jakfeer yang masuk memeluk tubuhnya dair belakang itu.

"Abang dah balut hadiah tu?" Hadiah untuk anniversary party Tuan Johari Zain dan Puan Puan Hany Wulan iaitu mama papa mertua Senrose.

"Dah.. Ada diatas meja kecil dekat ruang tamu tu. Sayang.. You so beautiful tonight" Jakfeer sudah mengetatkan peluk kan ya sehingga Senrose sukar menafas.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang