Part 42✅

6.3K 203 54
                                    

Telefon aku berdering kuat. Dengan cepat aku menekup bantal pada telinga. Tak lama kemudian, telefon aku berhenti berdering.

Aku pun menjarakkan bantal lalu memeluknya dengan selesa. Lega akhirnya tiada lagi bunyi bising.

Baru sahaja nak lena, telefon aku kembali berdering. Berkerut dahi aku dibuatnya.

"Ey! Siapa pula yang call malam-malam ini?" dengan malas-malas aku mencapai telefon di tepi katil.

'Pervert'

Terus aku memusingkan bebola mata aku ke atas. Dia nak apa lagi malam-malam ini? Aku terus menekan butang hijau lalu ditekapkan skrin telefon pada telinga.

"Awak nak apa? Malam-malam ganggu saya. Kalau ada benda nak bincang esok tak boleh ke? Kita nak jumpa juga kat mahkamah esok kan?" terus aku memarahinya.

Tapi, dia hanya diam. Hanya dengar nafasnya.

"Hello? Are you there? Saya bercakap dengan batu ke sekarang?" soal aku marah-marah lagi.

Kemudian aku dengar dia berdehem.

"Aku kat luar"

"Ha?!"

Bulat mata aku dibuatnya. Betul ke apa aku dengar?

"Open the door. I want to see you" lemah suaranya berbicara.

"Apa awak merepek ini?" soal aku sekali lagi.

Kemudian, aku dengar bunyi loceng rumah.

"Open the door please"

"Awak nak apa? Kenapa sampai nak datang rumah saya? Tak cukup ke kita berbincang tadi? Saya mengantuklah" balas aku.

"Please. I really want to see you now. Just for a minute, Rachel"

Entah apa benda yang merasuk aku, aku bangun juga menuju ke pintu rumah. Panggilan dimatikan selepas aku membuka pintu. Wajah comotnya terpampang di depan aku.

Rambutnya berserabai, matanya kuyu dan kemerahan. Bajunya juga kelihatan selekeh. Dan baunya,

"Are you drunk?" soal aku.

Kai hanya tersenyum dan kaki melangkah masuk ke dalam rumah aku. Tetapi cepat aku menolak dadanya.

"You said just a minute. Tak payah kot sampai masuk dalam. Kita bercakap dekat luar sahaja" aku menekankan kata-kata aku tadi.

Dia tersenyum lagi. Kemudian, aku lihat air matanya menitis laju di pipinya. Terus hati aku yang tadi kemarahan terasa sakit.

"Awak okay?" soal aku, prihatin.

"Kenapa? Kenapa Rachel?" soalnya.

"Kenapa kita? Kenapa kita yang kena jadi macam ini? Kenapa aku kena buat kau macam tu? Kenapa aku kena seksa orang yang aku cinta? Orang yang aku sayang?" sesak suaranya bercakap.

"Kai? Awak tak okay ini. Saya ambilkan awak air suam sekejap" baru sahaja aku nak melangkah masuk dia kembali berbicara.

"Aku bodoh. Bodoh sebab lukakan hati kau. Aku jantan tak guna. Aku memang tak guna. Apa yang orang cakap betul. Aku tak layak untuk gadis baik macam kau. Kau berhak dapat kebahagiaan kau sendiri, Rachel. Tapi"

Kata-katanya terhenti dan tangan aku dipegangnya. Aku berpaling memandangnya.

"Tapi aku tak boleh. Aku tak boleh tengok kau dengan lelaki lain. Aku cintakan kau. Aku sayangkan kau" sambungnya.

Dia mengesat air matanya yang kebasahan di pipinya. Matanya kemerahan memandang aku. Kenapa aku rasa dada aku begitu sesak dengan kata-katanya sekarang?

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now