Begitu cepat masa berlalu.
Kini usia aku sudah mencecah 28 tahun. Aku sudahpun berjaya mencapai cita-cita aku untuk menjadi seorang auditor. Sudah lebih kurang 4 tahun aku bekerja di syarikat besar ini. Nampaknya aku selesa bekerja di sini. Suasana yang nyaman dan persekitaran juga selesa. Pekerja dan boss aku juga lebih fleksibel.
Manakala kesayangan aku juga sudah berumur 5 tahun. Nama diberi seperti sebelum ini Dylan Shaquille. Dia memang fasih bercakap. Wajahnya, dari hidung, mata, bibir semuanya copypaste muka daddy dia. Manakala rambut dan bentuk muka ikut aku.
Siapa sangka aku berjaya besarkan dia seorang diri.
Ya. Seorang diri.
Dia gagal tunaikan janjinya.
Lima tahu sudah berlalu. Aku dah moveon. Aku dah tidak mahu menunggunya lagi. Aku dah bawa haluan lain walaupun kenyataannya kami masih lagi bergelar husband and wife. Kehilangannya memang menjadi tanda tanya kepada aku.
Lepas dua bulan dia pergi, khabar berita darinya hilang seperti itu sahaja. Tiada chat, tiada call. Aku tak tahu sama ada dia hidup ataupun tidak.
Bila aku pulang ke rumah keluarganya, mereka kata dia selalu menelefon mereka. Dengan niat yang baik, aku terpaksa berbohong yang dia ada menelefon aku juga menanyakan tentang Dylan dan aku.
Walhal, tiada.
Lagi panas hati aku bila aku tahu, Medina juga ke Japan bersamanya. Aku ditipu hidup-hidup. Hah! Aku tak tahu nak rasa apa lagi. Mereka kata Medina bersalin di sana.
Selepas itu, aku langsung tidak menjenguk keluarganya. Bagi aku, keluarganya sama sepertinya. Aku bencikan mereka begitu juga dengannya. Walaupun sebenarnya mereka tidak bersalah.
Lima tahun itu menjadikan aku lebih matang. Lagi-lagi selepas mama tinggalkan aku dua tahun lepas. Mama pergi kerana sakit. Kini aku hanya sebatang kara. Aku hanya ada Dylan sebagai peneman.
Aku tidak lagi menetap di rumahnya. Aku lebih rela menyewa rumah sendiri daripada tinggal di rumahnya.
"Mommy!"
Jeritan itu membuatkan aku tersentak. Hampir sahaja terpelanting senduk di tangan aku. Terus aku kejung, bila ada tangan kecil memeluk kaki aku. Tersenyum aku dibuatnya bila menunduk , wajah polos anak lelaki aku menerpa pandangan aku.
"Dylan, what are you doing? Mommy was so shocked!" tegur aku ceria.
"Dylan is hungry" dia mula mengesel geselkan wajahnya pada aku.
Aku ketawa halus.
"Wait there, prince. Mommy hidangkan sekejap" ujar aku.
"Okay" dengan berlari anak dia menuju ke meja makan.
Kerusi yang tinggi itu di memanjat. Mata aku memandangnya takut-takut dia tersadung. Bila dia dah berjaya duduk di kerusinya barulah aku pandang semula pada kuali.
"Mommy, hurry up. Dylan is hungry"
Aku ketawa kecil dan dengan pantas aku membawa sepinggan pankek di meja makan.
"Coming"
Dia dengan teruja melihat aku meletakkan sekeping pankek di atas pinggan kecilnya. Belum sempat aku menuang madu dia terlebih dahulu menyuapnya.
"Mommy, Uncle said he want to bring me to school today"
"Really? Bila uncle cakap? Bukan ke uncle belum balik dari Japan?" soal aku.
"Semalam, uncle call Dylan. Dia kata jangan beritahu mommy tetapi Dylan dah terbagitahu" dia menutup mulutnya.
Aku tertawa kecil melihat gelagat comelnya.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...