Entah kenapa hari ini terlalu banyak pelanggan yang datang. Tidak terkira tangan aku melakukan kerja. Lagi-lagi hanya tinggal aku bersama dengan Jihoon. Junkyu terpaksa balik terlebih dahulu atas urusan peribadi.
Nasib baiklah sekarang sudah hampir masa balik. Pelanggan juga hanya tinggal dua tiga orang sahaja. Simbol closed aku pusing menandakan cafe sudahpun tutup.
"Jihoon, saya pergi luar dulu ye" aku mencapai spray, kain lap dan juga penyapu.
Jihoon mengangkat tanda okay menggunakan jarinya. Aku pun terus keluar dari kedai dan menarik tong sampah berdekatan. Cup-cup yang ditinggalkan pelanggan dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah. Meja pula aku lap selepas aku spray. Dua tiga meja sudah aku selesaikan.
Kemudian, aku ternampak susuk tubuh yang aku kenal elok duduk di meja hujung sana.
"Apa dia buat dekat sini lagi?" aku menelek jam di pergelangan tangan aku.
Sudah hampir jam 12 malam. Takkan tak habis kerja lagi kot. Aku terus mendekatinya yang nampaknya fokus menghadap komputer ribanya. Meja diketuk dan itu menyebabkan dia mendongak memandang aku.
"Maaf saya menganggu. Cafe kami dah nak tutup"
Dia mengeluarkan airpods dari telinganya dan mengerutkan dahinya.
"Apa dia?" soalnya lagi.
"Cafe kami dah nak tutup. Jadi saya nak minta awak balik" jujur aku cakap padanya.
"Oh. Sorry" dia terus menutup komputer ribanya dan airpods di masukkan ke dalam bekasnya semula.
"Daripada tadi ke awak dekat sini, Kai? Padahal awak hanya order satu cup coffee je" soal aku.
Takkan tunggu aku kot. Hm, mesti punya.
"Oh. Saya banyak kerja. Jadi saya dah malas pergi tempat lain" jawabnya.
Jujur jawapan dia memang menyakitkan hati aku. Hancur berkecai hati aku dibuatnya.
"Kebetulan cafe awak pun nak tutup. Saya bolehlah balik" dia bangkit dari kerusinya dan kepala aku terus mendongak memandangnya memandangkan dia tinggi.
"Awak nak balik dah?" soal aku.
"Ye" jawabnya, ringkas.
"Saya peliklah dengan awak ini. Awak sedar tak yang awak berhadapan dengan siapa sekarang? Takkan tak ada nak cakap apa-apa kot?" aku terus menyoalnya.
Dia mengerutkan dahinya pelik dengan soalan aku.
"Saya kena cakap sesuatu?" soalnya balik.
Wah, nampaknya aku je yang ingat dekat dia selama ini. Mungkin pemergian aku berikan dia kebebasan yang dia tak dapat sebelum ini.
"Nampaknya saya tak bermakna dah dalam hidup awak kot. Senang macam itu je awak buang saya. Saya pergi memberikan awak kebahagian agaknya" balas aku, geram.
"Apa ini? Apa awak mengarut ini?" dia tersenyum nipis dan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Saya tak buang awak. Awak yang jarakkan diri dari saya untuk peringatan awak. Saya berikan awak masa untuk awak bertenang. Kenapa awak boleh cakap saya macam ini pulak? Awak sedar tak awak macam menuduh saya yang bukan-bukan" balasnya.
Entah kenapa aku sedih dengannya. Dia berubah jadi orang lain. Ayatnya memedihkan hati aku.
"Rachel, saya datang sini untuk kerja. Kalau awak rasa saya sengaja, lupakan. Lagipun awak sendiri kata berikan awak masa untuk bertenang. Saya izinkan awak tinggalkan suami awak dan juga anak awak sedangkan awak harus berada di sisi kami berdua" kedengaran seperti dia memerli aku tapp aku hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...