Part 6✅

14K 391 4
                                    

Aku mengemas buku-buku lalu dimasukkan ke dalam beg. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang jadi sudah masanya untuk balik. Kemudian, ada seseorang mendekati aku. Apabila aku mendongak senyuman manisnya membuatkan aku tersenyum.

"Hi, Rachel. Nak balik dah ke?" soal lelaki itu.

"Hi, Jay. Yelah, takkan saya nak tidur sini pula" jawab aku bergurau dengannya.

"Kalau macam itu, kita balik sekali nak?" cadangnya.

Aku tersenyum. Jujur aku pernah ada perasaan pada lelaki kacak ini. Malangnya aku tak berani nak luahkan kepada dia sebab terlalu ramai yang mahukannya. Siapa lah aku kan.

"Rachel?"

Aku terjaga dari lamunan. Lalu kepala dianggukkan.

"Boleh. Apa salahnya. Kejap saya masukkan barang dalam loker. Lepastu kita dah boleh balik" aku mahu mengangkat buku itu tetapi tangannya menyentuh tangan aku.

Tersentak aku dan serta merta aku menarik tangan aku. Dia hanya tersenyum.

"Biar saya tolong awak" dia pun mengangkat buku itu dan berjalan pergi.

Berdegup juga jantung aku ini. Laju. Aku ada perasaan pada dia lagi ke?

"Rachel. Cepat" tegurnya lagi.

"Ye. I'm coming" aku pun mengekornya dari belakang.

Kami bersama-sama berjalan keluar dari sekolah. Banyak juga perkara yang kami borakkan. Tiba di luar sekolah, ada perkara yang menarik perhatian aku. Terbuntang mata aku melihat.

"Siapa lelaki itu?"

"Hotnya! Hensem"

"Dia tunggu siapa? Weh, kereta dia cantik. Mesti mahal"

Aku hanya mendengar apa yang dikatakan pelajar di sekeliling. Dia datang sini untuk apa?

Kai.

Kai elok bersandar pada kereta sportnya dengan kemeja hitam ditubuh. Lengan baju diangkat hingga ke siku. Butang baju dua keatas tidak dikancing. Kaki panjangnya disilang. Hidungnya tersangkut cermin mata hitam Rayban miliknya.

Matanya aku tahu, dia sedang memandang badan perempuan-perempuan di sekitarnya kemudian bunyi tikus akan kedengaran. Pervert!

"Eh! Itu bukan senior Kai ke? Shaquille's one and only son?"

Aku hanya mengiyakan dalam hati bila Jay bercakap begitu. Kemudian, lengan aku dipegang Jay. Aku memandangnya.

"Awak okay?"

Aku mengangguk. Apabila dia terpandang ke arah aku, serta merta tubuhnya berdiri tegak. Wajahnya tadi ceria bertukar muram apabila lihat Jay memegang aku. Dia mengerling ke arah aku marah. Kemudian, dengan berani dia berjalan mendekati aku dan Jay.

Jay juga sedar akan itu juga memusingkan badan menghadap Kai. Raybannya ditanggalkan dan mata memandang tajam ke arah Jay dan aku.

"Siapa kau?" soalnya kepada Jay.

"Saya Jay Henderson" jawab Jay.

Kai hanya mengangguk. Dia menjeling pula ke arah aku yang dah pun kecut perut. Tangan aku terus ditariknya dan aku terus berdiri di sebelahnya.

"I'll take her from here. Thank you for caring about my fiance" ucapnya selamba.

Ternganga juga mulut Jay tetapi dia mengawal riaknya. Terus Kai menarik tangan aku pergi dari situ. Aku terasa dia mengenggam kuat lengan aku sehingga aku terasa berdenyut di situ.

"Kai. Sakit"

Dia hanya menghiraukannya. Pintu belah penumpang dibuka dan aku ditolak masuk ke dalam. Pintu ditutup dengan kasar. Aku betul-betul rasa takut. Kemudian, tubuhnya masuk pula ke dalam perut kereta. Aku hanya membisu dan memegang lengan aku yang sudah kemerahan akibat cengkamannya.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now