Part 14✅

11.4K 280 1
                                    

"Baiklah. Do you have any question?"

Semua pelajar hanya diam lalu kepala digelengkan. Prof memandang sekeliling lalu buku di atas meja disusun.

"Okay. If you guys don't have any question we will see again next week. Class dismiss"

Semua pelajar mula membuka suara selepas Prof Snay keluar dari dewan. Aku juga mula mengeliat. Dua jam kelas bersama prof memang membosankan. Aku mula mengemas barang aku dan disumbatkan ke dalam beg.

"Hi, Rachel"

Aku mendongak dan tersenyum kepada Jay. Sejak dua menjak ini lelaki ini selalu sangat tegur aku. Apa masalah dia?

"Hi" balas aku.

"Awak nak keluar lunch ke?" soalnya.

Aku mengangguk sahaja. Dia mula memandang ke arah lain seperti berfikir. Setelah semua barang aku disumbatkan ke dalam beg, aku pun berniat ingin meninggalkan dewan.

"Can we lunch together?"

Aku mengerdipkan mata tidak percaya. Perlahan-lahan kepala dianggukkan.

"Thank god. So, lets go"

"Jom" aku mengorak langkah bersamanya.

Kami bersama-sama berjalan menuju ke cafe. Sambil itu mulut berborak juga dengannya.

"Awak dengan tunang awak macam mana?" soalan itu membuatkan aku terdiam sekejap.

Nak bagitahu ke tak eh yang aku dah pun berkahwin dengan Kai?

"Dia ada layan awak buruk lagi ke? Dia ada sakitkan awak?" soalnya lagi.

Punggung dilabuhkan di kerusi. Dia duduk di hadapan aku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak mahu menjawab soalannya. Kemudian, mata aku ternampak susuk tubuh Andy yang duduk tidak jauh dari aku. Penat betullah. Lelaki itu asyik mengekor aku sahaja.

"Rachel?" tangan Jay diayun dihadapan aku.

Mata aku kembali memandangnya. Jay memandang ke belakang dan kembali berpaling ke aku.

"Awak tengok apa? Ada tunang awak ke dekat belakang?" soal Jay.

"Eh! Takadalah. Saya saja pandang sana" jawab aku, canggung.

Jay hanya mengangguk. Aku pun mula menundukkan wajah.

"Awak tak jawab lagi soalan saya"

Aku mendongak semula kepala aku. Dia menongkat dagu dan memandang aku penuh minat.

"Soalan? Yang mana satu ye?" soal aku semula.

"Awak dengan tunang awak macam mana?" soalnya balik.

"Okay. Kami okay sahaja" jawab aku bersahaja.

"Dia ada sakitkan awak lagi ke? Dia ada cederakan awak lagi?" soalnya.

"Bila masa pula dia sakitkan saya ini?" soal aku balik.

"Saya tahu dia sakitkan awak kan? Rachel, awak boleh jujur dekat saya. Apa dia buat dekat awak, macam mana dia layan awak. Jangan pendam seorang diri" tegur Jay.

Aku mengeluh kasar. Pandai-pandai pula dia ini tuduh Kai macam itu.

"Jay, thank you for taking care over me. But, he not like what you think. I'm okay with him" jawab aku.

Dia menundukkan wajahnya berat. Terasa bersalah agaknya cakap macam itu tentang suami aku. Apa yang dia tahu tentang suami aku.

"Rachel, kesian saya dengan awak"

Aku mengerutkan dahi.

"Dia bukan seperti yang awak sangka. Dia kaki perempuan. Dia pervert. Berapa banyak gadis yang dah tidur dengan dia. Dia tak layak untuk perempuan baik macam awak. Awak terlalu sempurna untuk lelaki pervert macam dia"

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now