Aku tersedar dari pengsan apabila ada satu tangan memegang tangan aku. Perlahan-lahan mata aku dibuka. Silau. Cahaya putih membuatkan mata aku sakit.
Tangan diangkat menutup cahaya itu. Kemudian, aku terasa ada pergerakan di sebelah.
"Kau dah sedar"
Suara Kai menerpa telinga aku. Kepala aku bergerak memandangnya. Wajahnya jelas nampak lega bila nampak aku.
"Kau okay? Ada apa-apa yang sakit?" soalnya.
Aku pantas menggelengkan kepala.
"Saya okay" jawab aku.
Mata aku memandang sekeliling.
"Saya dekat mana? Hospital?" soal aku.
"Tak. Kita ada dekat rumah mama. Kau tak ingat semalam kau pengsan?" ujarnya.
Otak aku mula mencerna kata-katanya. Oh. Baru aku ingat. Entah macam mana aku boleh pengsan selepas bertikam lidah dengannya.
"Mama mana?" soal aku.
"Mama ada. Dia tengah siapkan makanan untuk kau" jawab Kai.
Aku hanya mengangguk. Kemudian, tangan aku disentuhnya. Perlahan-lahan tangan aku digenggamnya lembut.
"I love you, Rachel"
Luahan cinta yang secara tiba-tiba. Aku agak tersentak tetapi entah kenapa hati aku tak dapat terima luahan cinta itu.
"So much" dia mencium tangan aku yang digenggamnya.
"Please. Don't say that again. Jangan suruh aku tinggalkan kau. Jangan suruh aku bersama dengan wanita lain. Aku tak boleh dengan orang lain selain kau" ucapnya.
Dia memandang aku dengan pandangan yang simpati. Seolah-olah apa yang dikatakan daripada hatinya. Ikhlas.
"Kalau kau dah berubah hati, tak pe. Aku akan cuba tarik hati kau semula untuk aku. Aku akan sedaya upaya menagih cinta kau semula. Tapi, jangan sesekali sebut tentang perpisahan. Aku tak sanggup" sambungnnya.
"Jadi, awak nak gantung saya tak bertali? Sedangkan awak bakal ada keluarga baharu?" soal aku.
"No. Jangan cakap macam itu. Aku takkan buat kau macam itu. Aku syak yang Medina sengaja kenakan aku. Dia nak aku jadi pak sanggup untuk kandungan dia. Itu bukan anak aku"
"How do you know about that?" soal aku lembut.
"I know it. And for your information, aku bakal ada anak dari benih aku sendiri dan I'm very sure about that"
Terbuntang juga mata aku. Dia ketawa halus dan tangannya perlahan-lahan diletakkan di atas perut kempis aku.
"Here. Anak aku ada disini"
Aku memandangnya tidak percaya. Dia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.
"Kau mengandung, Rachel"
Terus menitis air mata aku. Aku turut memegang perut kempis aku. Masih tidak rasa apa-apa mungkin kerana masih awal.
"I'm preg-pregnant?" soal aku sekali lagi.
Dia mengangguk teruja. Dia terus menarik aku ke dalam pelukannya. Ubun-ubun rambut aku dikucupnya lembut.
"Yes. You're pregnant. And it's officially mine"
Tangan aku masih di perut kerana tidak percaya. Betulkah?
"So, aku takkan benarkan kau buat kerja-kerja berat. Semua kerja biar aku yang settlekan" dia melonggarkan pelukan dan rahang aku dipegangnya.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...