Mata aku hanya sibuk memerhatikan Dylan yang berlari-lari di taman bunga. Langit sudah gelap menandakan sudah malam. Tapi dia masih seronok main di luar bersama Jay. Lily pula sibuk di dapur menyiapkan makan malam untuk kami.
Mereka berdua selalu juga datang sini menemani aku dan Dylan. Dylan pun teruja sangat bila Jay datang. Jay selalu melayan kerenah nakalnya.
"Mommy!"
Aku memandangnya dan wajah cerianya membuatkan aku tersenyum. Tangannya memanggil aku dan serta merta kaki aku melangkah ke arahnya. Dia terkekek kekek ketawa bila Jay mengeletek perut kecilnya.
"Papa, Dylan geli. Hihihihi"
Aku hanya ketawa. Sungguh aku terima kasih dengan Jay. Dia sangat sukakan budak-budak dan dia layan Dylan macam anak dia sendiri sampai Dylan pun panggil dia papa.
"Dylan mainlah dulu. Papa nak borak dengan mommy sekejap" pelukan pada Dylan dilepaskan.
"Okay"
Jay pun berdiri dan mendekati aku dengan senyuman. Aku juga tersenyum memandangnya.
"Dah kenapa tersenyum-senyum?" soal Jay.
Aku mencebik.
"Saya dah tak boleh senyum ke?" soal aku balik.
"Takdelah. Senyum-senyum dah serupa orang jatuh cinta. Ha, jangan cakap awak dah terima Aayden" dia menuding jari pada aku.
"Eh! Apa awak cakap ini. Nama Aayden pula dia petik. Tak ada maknanya saya dah jatuh cintalah. Sekejap!" tangan aku diangkat dan memandangnya.
"Macam mana awak tahu Aayden sukakan saya?"
"Orang buta pun boleh nampak Aayden tu taruh hati pada awak, Rachel. Awak je yang tak nampak. Pada pandangan lelaki macam saya, saya tahu dia memang suka gila dekat awak. Awak je yang masih tutup pintu hati tu" ujarnya.
Aku hanya tersenyum pahit.
"Eh! Lily ada bagitahu saya. Kai dah balik. Dia dah jumpa Dylan? Dylan okay jumpa dia?" soal Jay ingin tahu.
"Haah. Dia dah balik. Tanpa pengetahuan saya dia dah jumpa Dylan dulu. Dylan happy sangat" aku tersenyum bila terkenangkan wajah gembira Dylan jumpa dengan Kai.
Jay juga memandang ke arah Dylan yang asyik bermain dengan kereta mainannya.
"Saya happy bila nampak Dylan happy jumpa dengan daddy dia. Even saya tak sangka dia boleh jumpa saya dan Dylan dekat sini. Macam tak sangka. Dan tak sangka yang saya akan bertemu dengan dia balik" sambung aku.
"Rachel, saya bukan nak tambah masalah pada awak. Tapi, think about Dylan. Jangan pisahkan dia dengan daddy dia" ujarnya.
"Saya tak pisahkan mereka. Saya cuma tak mahu bersama dengan dia. Lagipun, dia dah ada-"
"Puan Rachel!"
Kata-kata terhenti apabila nama aku dijerit dari luar pagar. Aku dan Jay pun meluru ke pagar dan pintu pagar dibuka.
"Eh, Cik Johnny. Ada apa datang sini malam-malam?" soal Jay ramah.
Wajah pakcik tua itu serius memandang aku dan Jay. Dah kenapa pula ini?
"Saya minta maaflah sebab ganggu waktu malam ini. Tapi saya nak tanya pada Puan"
Dahi aku berkerut.
"Ada apa itu Cik Johnny? Ada masalah ke?" soal aku, serius juga.
"Puan ada perasan satu kereta mewah dekat depan rumah puan ini?" dia menuding ke arah kereta mewah itu.
Aku serta merta mengangguk. Ya, perasan sangat. Dah hampir dua minggu kereta itu ada disanq.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...