Tak ada apa yang dapat aku fikirkan. Sudah beberapa bulan Kai tidak sedarkan diri. Tubuhnya terbaring kaku di atas katil. Dada naik dan turun membuktikan yang dia masih bernafas.
Bersalah? Ada sedikit. Dikatakan selepas dia pulang dari rumah aku semalam, dia kemalangan. Teruk juga. Kakinya patah dan wajahnya berparut akibat cermin kaca. Tulangnya juga retak. Tangannya masih berbalut begitu juga dengan kepalanya.
Aku tak nafikan yang hati aku tersentak dengan apa yang berlaku. Tipulah aku kata aku tak sedih. Aku sedih. Hati aku remuk melihat keadaan dia.
Ya. Aku mahu berpisah dengannya. Tapi bukan seperti ini. Aku taknak hubungan kami retak. Aku nak kami sama-sama ada dengan Dylan even kami bukan lagi suami isteri.
Tapi tak semua faham. Semua nak salahkan antara satu sama lain. Kenapa? Cuba mereka letakkan diri sendiri di tapak kaki kami. Cakap senanglah.
Berpisah, bercerai. Tinggalkan sahajalah jantan macam tu. Dia tak guna.
Yes. Dia memang selalu menyakitkan hati aku. Tapi aku seharusnya bersyukur yang dia tak pernah naik tangan pada aku, pukul aku. Mungkin ada wanita lain yang lebih teruk dari aku.
Kan?
"Kai, please bangun. Dah hampir dua bulan awak terbaring. Awak tak rindukan saya ke?"
Air mata yang ditahan terus menitis ke pipi. Sah, aku rindukan dia sangat-sangat.
"Cukuplah awak berehat. Bangunlah. Saya janji saya takkan tinggalkan awak. Saya akan ada selalu dengan awak. Saya takkan minta kita bercerai lagi. Please wake up" lengannya aku goncang perlahan.
Wajah pucatnya aku tenung. Pandangan sedikit kabur akibat air mata yang tidak henti henti menitis.
"Dylan rindukan awak, Kai. Dia hari-hari jenguk awak. Dia asyik tanya bila daddy dia nak jaga dari tidur. Asyik tidur je" aku ketawa halus mengingat soalan dan pernyataan comel dari mulut Dylan.
"Jadi, awak kena bangun sebelum Dylan panggil awak pemalas" sambung aku.
Aku menundukkan pandangan. Tangannya aku genggam dan dikucup lembut.
"Saya pun rindukan awak" akhirnya terluah isi hati aku.
"Saya masih cintakan awak, Kai. Ya, saya memang kecewa dengan apa yang jadi. Tapi hati saya tak pernah berubah" jujur aku.
Aku menarik nafas dan menghembuskan lemah.
"So, awak kena kuat. Saya akan sokong awak dari sini. Saya akan teman awak sampailah awak sedar"
Setelah tersedar yang sudah lama aku di dalam bilik ini, aku melangkah kaki keluar dari wad menuju ke tandas. Setiap hari aku akan menyinggah di hospital. Hujung minggu memang aku akan menemani Kai di hospital.
Tiba-tiba aku terserempak dengan seorang wanita yang sudah lama menghilangkan diri.
Agak terkejut dan bulat juga mata aku melihat dia bersama seorang lelaki dan anak kecil di dukungan lelaki itu.
"Hi, Rachel. Long time no see you"
****
Suasana senyap membisu. Agak tenang dengan permandangan di depan mata. Angin kuat meniup niup rambut aku. Penat seharian di hospital lenyap begitu sahaja.
"You remembered me?" soalnya.
Aku mengangguk.
"Of course. Macam mana I boleh tak ingat you, Medina?" soal aku dan kepala ditalakan ke arahnya.
Medin masih kekal seperti dahulu. Cantik, tinggi. Cuma pemakaiannya tidak terlalu seksi seperti dahulu.
"Yeah. Of course you ingat I. I lah wanita yang hampir merosakkan rumah tangga you" jelasnya dan riak bersalah terpapar di wajahnya.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...