Part 34✅

6.2K 199 7
                                    

"Good morning, Puan Rachel"

"Morning, puan"

Aku membalas dengan senyuman sahaja. Sahutan mereka juga aku jawab. Kaki melangkah menuju ke lif dan serta merta kaki aku terhenti apabila ternampak susuk tubuh yang aku kenal berdiri betul-betul di hadapan lif. Kepalanya menoleh ke arah aku dan terus tubuh aku berpusing. Baru sahaja aku mahu pergi, Aayden muncul di hadapan aku.

"Good morning, pretty"

Aku terus memberikan senyuman hambar padanya. Dia memasukkan tangan ke dalam kocek seluar dan tersenyum memandang aku.

"Nak pergi mana ini? Nak lari dari saya ke?" tersengih-sengih dia bertanya.

"Kenapa pula saya nak lari dari awak ini?" soal aku semula.

"Haih, yelah. Awak dalam fikiran saya asyik berlari-lari je. Tak penat ke lari-lari dari saya?"

Terus aku mencebik manakala dia hanya tersenyum puas.

"Jangan nak melebih eh" tegur aku.

"Jom. Kita masuk lif sama-sama"

"Eh- tapi"

"No excuse" beg laptop aku yang disandang ditariknya dan serta merta tubuh aku berpusing mengekornya.

"Aayden. S-saya ada"

"Ada apa? Jangan nak cipta alasan"

"S-saya kena-"

"Eh, Encik Kai"

Aku terus menepuk dahi apabila Aayden menegur Kai. Tangan Aayden makin erat menarik beg sandang aku mendekati orang yang baru je dia tegur kononnya peramah ini.

"Good morning, Encik Aayden" tegur Kai juga lalu berjabat tangan dengan Aayden.

"Morning, Rachel" dia menegur aku pula dan aku hanya berikan senyuman yang tak berapa nak manis pada dia.

"Awalnya encik datang. Pagi-pagi lagi dah tercegat di sini" dengan ramah Aayden menegur.

"Oh. Sebab aku nak settlekan kerja ini secepat mungkin. Lagi cepat lagi bagus kan" balasnya ramah juga.

"Betul" itu sahaja yang dibalasnya.

"You don't have to be worried, Mr. Kai. Rachel buat kerja tip top. Aku guarantee dia takkan kecewakan kau" bahu aku terus dirangkulnya kemas.

Aku terus menepuk tangannya. Wajah Kai aku kerling dan jelas dia nampak tenang. Haih, tak kisah ke?

Aku menundukkan wajah kemudian aku nampak tangan Kai. Jelas nampak urat hijaunya bila die menggenggam penumbuknya.

Ops. Dia marah?

Perlahan-lahan kepala aku didongak dan matanya jelas memandang tajam ke arah aku. Aku terus menolak tangan Aayden yang melingkar di bahu aku.

Ting.

Tepat pada masanya. Lif pun tiba. Aku dan dua jejaka kacak itu bersama-sama memasuki lif. Tiba-tiba telefon Aayden berdering. Terus panggilan itu dijawab.

"Hello. Yes Mira"

Kemudian, nampak Aayden mengurut pelipis dahinya dan jam di tangannya dikerling.

"Oh my god. Saya betul-betul lupa. Saya pergi sekarang juga"

Oh no! Dia nak tinggalkan aku berdua dengan lelaki di belakang aku ini? Terus kaku badan aku apabila ada tangan menyentuh belakang tubuh aku.

"God, I'm so sorry, Encik Kai. I have to go now. Kau boleh berbincang dahulu dengan Rachel. Apa-apa Rachel akan inform aku direct" ujarnya.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now