Jujur, hati aku sedikit cair dengan segala kata-katanya kelmarin. Layanan dia pada aku bertukar 100 peratus. Dia tumpukan sepenuh perhatian kepada aku. Walaupun aku sahaja yang melayan dia macam nak taknak.
"Honey"
Aku memalingkan kepala ke arahnya. Dia mendekati aku dengan muka gembira tetapi aku hanya menayangkan riak biasa.
"Kau ada nak makan apa-apa tak?" soalnya.
Kening aku diangkat. Tak faham dengan soalannya.
"I means, aku nak masak untuk kau"
Membulat juga mata aku.
"So, what do you want to eat?" sambungnya.
Dalam hati aku dah terloncat-loncat gembira. Tapi, pandai ke dia memasak?
"E-hem. Apa yang awak boleh masak?" soal aku balik.
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Okay ini nampak cute sangat.
"Aku cubalah apa yang kau nak makan"
"Cuba?"
Dia mengangguk kekok. Akhirnya bibir aku mengoyak senyuman. Serius kelakar. Dia cuba nak memasak untuk aku?
"Aku serius, Rachel" mata aku memandangnya dan tubuh dipeluk.
"Okay. Then, awak masak je apa yang awak rasa awak pro, saya tak kisah apa pun. Asalkan cukup rasa, sedap dan boleh dimakan" aku tekankan sedikit ayat belakang itu.
"Kau nak cakap aku tak pandai memasak ke?" dia bercekak pinggang.
Aku ketawa kecil dan menggeleng.
"Mana ada. Pergilah masak. Saya tunggu" aku kembali menumpukan perhatian kepada assignment aku.
Dari ekor mata, aku dapat lihat susuk tubuhnya beredar ke dapur. Terkekek kekek aku ketawa. Biar dia. Bukan pandai masak pun.
Pen aku capai dan mula sambung kerja aku. Hujung sem biasanya memang banyak kerja yang kena hantar. Rasa nak marah, tapi kena sabar. Prof semua bagi assignment last minute, nak taknak kenalah habiskan masa sikit.
Kebanyakkan semuanya kerja berkumpulan. Aku, Jay dan Lily menjadi satu group. Sepatutnya aku, Lily dan Sica, tetapi disebabkan Jay berkeras mahukan aku menjadi ahlinya aku pun tarik Lily sekali.
Ppang!
Kepala diangkat. Bunyi apa pula itu? Terus aku berpaling ke gerbang dapur. Kaki terus laju menuju ke dapur. Bulat mata aku melihat Kai yang sedang mengacau sesuatu di dalam kuali. Nampaknya dia takut kulitnya terkena minyak panas.
Jap, minyak itu macam tak panas lagi je. Apabila aku lihat Kai mahu memasukkan sesuatu di dalam kuali terus aku menghalang.
"Eh! Awak buat apa?" laju kaki aku mendekatinya.
"Masaklah"
Aku memandang kuali yang penuh dengan minyak yang belum panas langsung. Aduhlah lelaki ini. Terus api aku tutup.
"Nak bagi saya gemuk ke? Minyak penuh satu kuali awak nak masak banyak mana?" soal aku geram.
"Bukan nak goreng kena pakai minyak?" soalnya balik.
Terus aku menepuk dahi.
"Memanglah. Tapi ini dah macam sup minyak. Kenapa tak tuang je minyak tu sampai habis" terus aku membelakanginya.
Minyak yang penuh itu aku keluarkan sedikit demi sedikit dan masukkan ke dalam bekas kosong.
"Minyak tak panas lagi awak dah nak masukkan ayam. Memang tak masaklah ayam itu. Haih, tak tahu memasak nak memasak. Nasiblah saya cepat kalau tak habis meletup dapur rumah awak ini" bebel aku.
Dia hanya diam sahaja.
"Takpayahlah nak masak untuk saya. Biar saya je yang masak. Pergi duduk depan"
Dia masih diam. Kebisuannya membuatkan aku berpaling. Terus tubuh aku dicempung di atas bahunya.
"Eh! Apa ini? Lepaslah" aku menampar belakang badannya.
Kaki meluru ke ruang tamu dan tubuh aku terus diletakkan di atas sofa. Terus dia menindih tubuh aku.
"Hei, apa ini? Tepilah" aku cuba bangun tapi tangannya menghalang aku.
Wajah gatalnya mula naik menyembah riaknya. Senyuman sinis dan mata gatalnya.
"Awak laparkan? Saya nak memasak ini, tepilah" aku cuba menolaknya.
"Aku memang lapar. Tapi aku tak rasa nak makan makanan. Aku nak makan kau" bisiknya.
Air liur terus ditelan dengan kelat. Dia mendekatkan wajahnya dengan aku perlahan-lahan. Tangan aku mula terketar-ketar.
Jujur aku masih trauma dengan kejadian sebelum ini. Air mata aku akhirnya menitis. Kai terus menjarakkan wajahnya dengan aku. Terus pipi aku dipangkunya.
"Hey, honey. Kenapa ini? Aku ada buat salah ke? I'm so sorry, honey" dengan lembut dia menegur aku.
Aku menggelengkan kepala aku dan air mata aku dielus perlahan.
"S-saya t-taknak" tubuhnya aku tolak perlahan.
Dia pun bangun dari menindih aku. Aku memeluk lutut aku erat. Dia duduk di samping aku dan tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya.
"A-aku minta maaf, honey. Aku terlampau. I'm sorry. Stop crying, please" pujuknya.
"S-saya minta maaf. Kejadian malam itu saya tak dapat lupakan" jawab aku dan pinggang aku peluk erat.
"That my fault. Itu semua salah aku. Aku tak patut buat macam itu kat kau. Seolah-olah aku dah rogol kau" ubun-ubun kepala aku dikucupnya.
"Tolong maafkan aku. Aku bersalah dalam hal ini. Kau terluka sebab aku, kau sakit sebab aku, kau menangis pun sebab aku. Aku memang tak layak untuk kau agaknya" sambungnya.
"Jangan cakap macam itu" tegur aku.
"Aku dah tidur dengan macam-macam jenis perempuan. Aku layan perempuan dah serupa aku tukar baju. Kalau aku tak suka aku buang kalau aku suka, aku pakai. Aku memang tak guna"
"Kai, tak semua orang sempurna. Awak kata nak berubahkan?" tegur aku.
"Aku tetap tak layak untuk gadis yang baik macam kau. Aku memang tak sesuai dengan kau"
"Kita dah berkahwin dah pun" sampuk aku lagi.
Aku mendongak. Dia pun menundukkan mukanya ke arah aku. Senyuman di bibirnya diukir, dia cuba untuk menenangkan aku yang sedang dalam ketakutan. Rambut aku diusapnya. Rambut yang terjuntai di letak di belakng telinga.
"Saya sayang awak, Kai" ucap aku.
Badannya keras. Wajahnya seolah tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Senyumannya terus mati.
"Saya cintakan awak, Kai" ucap aku lagi.
Dia masih sama. Beku. Hanya mata merenung aku tajam.
"Awak dah janji dengan saya, jadi tolong tunaikan janji awak, please"
Aku bersandar kepada dadanya. Kedengaran detakan jantungnya yang laju berdegup. Makin lebar senyuman aku. Dia membalas cinta dan sayang aku.
"Aku... aku janji, Rachel" bisiknya.
Aku menyembamkan wajah pada dadanya. Makin erat pelukan diberikan olehnya. Hangat. Adakah sinar untuk aku bahagia akan tiba?
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...