"Please don't die"
Dada aku terasa ditekan berkali-kali. Kemudian, aku terasa bibir aku dikucup.
"Wake up" pipi aku ditampar perlahan.
Tiba-tiba tekak aku terasa mual. Terus mata aku dibuka dan memuntahkan air yang berada di dalam mulut aku.
"Finally" kepala aku dipangu.
Aku mendongak memandangnya. Rambutnya kebasahan menitik di wajah aku. Bajunya juga sudah basah lencun.
"You're awake"
Aku jadi bingung tak tahu apa jadi. Dia menolong aku untuk bangun dari baring. Terbatul-batuk aku dibuatnya. Kai menepuk perlahan belakang badan aku.
"Rachel, are you okay?"
Perlahan-lahan kepala aku mendongak. Jay dengan wajah bersalah mendekati aku. Bajunya turut basah. Dia pun terjun dalam kolam juga ke?
"I'm so sorry. Saya lupa yang awak tak reti berenang. I'm really sorry" ujarnya.
"It's ok-"
"You better stay away from her!" Kai berdiri dan menghadapnya.
"Aku tak bercakap dengan kau. Aku tengah bercakap dengan Rachel"
"She's my wife!"
"K-kai" seru aku.
Kai terus berpaling dan mendekati aku. Dia duduk dan bahu aku dipegang.
"Why? Are you okay?"
Aku mengangguk dan tubuh aku dipeluk. Sejuk. Dia terus mencapai baju kotnya dan terus diletakkan di atas bahu aku. Terus tubuh aku dicempungnya.
"Remember what I just said, Jay Henderson" dia memandang tajam ke arah Jay.
"Stay. Away. From. My. Wife" sambungnya.
Terus dia berlalu pergi dari situ. Pedulilah apa yang orang kata. Aku betul-betul dah tak larat. Tubuh aku dah sejuk sangat. Kepala aku berpinar. Tidak sempat aku bersapa dengan mummy dan daddy. Kai terus membawa aku keluar dari tempat itu.
"Andy. Let's go"
Pintu kereta belakang dibuka oleh Andy dan tubuh aku diletakkan di dalam. Kemudian, dia pula menerobos masuk.
Tak lama selepas itu, kereta mula meluncuri jalan raya. Tubuh aku kekal dalam pelukan Kai. Kepala disandarkan pada dada lelaki itu. Turun naik nafasnya menahan marah mungkin.
"K-kai, s-saya"
Matanya menunduk memandang aku. Serta merta bibir aku terkatup semula.
"Apa dia?" soalnya, garau.
"S-saya minta maaf" ucap aku.
"For what, Rachel? Sebab kau bantah arahan aku? Ke sebab kau pernah ada hati dengan lelaki itu?"
Aku diam. Dia makin menarik aku ke dalam pelukannya. Kepalanya disandarkan pada kerusi. Mata dipejam.
"Just keep quiet" ujarnya perlahan.
Aku pun sandar pada dadanya dan air mata menitis di pipi. Sedih sebab dia macam tak percayakan aku. Boleh tak dengar apa yang aku nak cakap. Kenapa nak terus serkah macam itu.
"Stop crying"
Aku mengelus air mata aku. Terus wajah disembamkan pada dadanya. Dan tangan aku melilit pinggangnya.
"Don't cry please" bisiknya lembut.
Aku menghiraukan kata-katanya dan air mata aku masih menitis. Tak lama kemudian, kereta berhenti. Itu bermakna kami sudah pun sampai di kawasan rumah.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...