Lima bulan telah berlalu.
Kehidupan aku dan Kai masih sama. Tiada lagi Medina. Tiada lagu duka lara. Dia setia dengan aku dan aku mempercayainya. Aku sendiri tak tahu apa yang dia dah cakap pada Medina sehingga Medina tidak lagi menganggunya. Kalau sebelum ini asyik call suruh datang jenguk dia. Sakitlah, peninglah, nak muntahlah.
Sekarang, Kai tumpukan 100% perhatian kepada aku sepenuhnya. Kandungan aku betul-betul dah selamatkan rumah tangga kami. Kai nampak lebih matang walaupun pervertnya tak dapat dibendung. Aku pula makin berwaspada dan kalau boleh aku nak fikir dulu sebelum bertindak. Jangan terlalu ikutkan emosi sahaja.
"Hi, mommy to be"
Aku yang sedang membaca majalah terus tersenyum tika melihat wajah ceria Kai yang sedang membawa dulang makanan ke arah aku.
"Here for you my sexy wife" dia meletakkan dulang itu di meja kecil sebelah aku.
Aku yang sedang bersandar bergerak sedikit untuk menegakkan badan. Perut aku dah besar sedikit jadi pergerakan aku menjadi terhad. Terus pinggang aku dipegang Kai supaya duduk aku jadi lebih selesa.
"Thank you" ucap aku.
Kai mencapai segelas susu dan dihulurkan kepada aku. Aku mencebik. Aku dah bosan asyik minum susu sahaja.
"Haip. Nak muncung-muncung bibir tu. Aku ngap kang baru tahu. Ambil ini minum" arahnya.
"Ala, saya bosan lah asyik-asyik nak minum susu" aku berpeluk tubuh merajuk.
Dia malah mengambil tangan aku dan meletakkan gelas aku padanya. Dia memanglah. Suka paksa aku. Nampak dia lagi sayang baby dari aku dah sekarang ini.
"Ish. Nampak sangat tak sayang saya dah. Lepas ini saya kena berkongsi kasih dengan baby awak lah" bebel aku tapi tetap menghirup air susu itu.
Hm, sedap.
Dia malah mengangguk mengiyakan kata-kata aku.
"Of course. Ini anak aku. Aku yang buat kau pregnant. Mestilah aku sayang dia. Tapi aku sayang kau jugak" dia mengucup lembut pipi aku.
"Yelah tu. Entah-entah lupa dah saya lepas baby bersalin. Haih, nasiblah. Saya harap baby boy. Kalau girl memang melekat dekat daddy dia jelah" sambung aku.
"Hey, aku nak baby girl. Baby boy nanti aku jealous kalau dia asyik melekat dekat mummy dia. Biasalah lelaki kan. Lagi-lagi kalau dia menyusu" jeling-jeling matanya memandang aku.
Terus aku mencubit lengannya. Gatal.
"Apa ke? Dengan anak sendiri nak jealous" aku ketawa halus.
"So, what you want to named them? If girl, what do you want call her?" soalnya.
Aku pun makin tertarik dengan soalannya terus memikirkan nama anak yang sesuai.
"Hm, what about Arabella?" Kai terus memberikan pendapatnya.
"Wow, sedap. Arabella" aku terus bersetuju dengannya.
"That's means pretty, elegant and beautiful" aku terus tersenyum mendengarnya.
"Like you" hidung aku dicuitnya dan makin melebar senyuman aku.
"And how about boy?" soal aku balik.
"It's up to you. Aku dah letakkan nama perempuan so, kau lelaki" jawabnya.
"Kalau macam itu saya nak letak nama Dylan" jawab aku serta merta sebab aku memang dah terfikirkan nama untuk anak lelaki.
"I like it. Dylan Shaquille and Arabella Shaquille" tersenyum lebar wajahnya.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...