Aku berselubung di dalam selimut. Merajuk. Tak guna. Dia paksa juga aku sebilik dengan dia. Benci! Aku berpalingkan badan ke tepi apabila terdengar pintu bilik dibuka. Taknak pandang dia. Tak suka.
"Rachel?"
Aku hanya diam. Mata dipejam. Berpura-pura tidur.
"Aku tahu kau tak tidur. Sahut panggilan aku sekarang"
Aku mendengus.
"Apa? Saya nak tidurlah" jawab aku.
"Bangun. Aku dah order makanan. Jom makan. Nak tunggu kau masak, mati aku rasanya" balasnya.
"Taknak. Tak lapar" jawab aku.
Kakinya kedengaran mendekati aku dan tubuh aku terus dicempungnya. Dia ini suka buat tindakan sesuka hati. Aku tahu aku ringan sebab itu dia boleh angkat aku. Hihihihi.
"Hei. Awak ini boleh tak jangan sesuka hati nak dukunglah, angkatlah. Terkejut tahu"
Kai ketawa sinis.
"Kau tengok muka aku ini. Ada aku kesah ke? Tak kisah. Jom kita makan" kaki nya menuju ke pintu.
"Saya taknak"
"Apa aku cakap sebelum ini? I'll get what I want, sexy. And I don't take any order from you" ujarnya, keras.
Aku hanya diam.
"Jadi. Kau nak makan ke taknak?" soalnya dan matanya tajam memandang aku.
Aku berpeluk tubuh dan menggeleng.
"Taknak. Saya tak lapar"
Tiba-tiba sahaja perut aku berbunyi kuat. Terkaku sekejap aku. Terkerdip kerdip mata memandangnya yang tadi kononnya berani dah kendur. Dia terus ketawa.
"Perut kau tak ikut kata tuan dia. Jadi jangan nak mengada" kakinya terus laju menuju ke bawah.
Aku bersandar pada dadanya malu. Tak guna betul perut aku ini. Boleh tak bantu aku? Sekali je. Bukan aku minta banyak kali pun.
Punggung aku dilabuhkan di atas sofa. Kemudian, makanan yang dipesannya penuh dihidang di atas meja. Terbuntang mata aku memandang. Ada spaghetti, pizza, donut, coca cola, hamburger dan secawan jus oren.
"Awak beli ini untuk siapa? Banyak nya" tegur aku apabila dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"For you, sexy. Untuk siapa lagi" jawabnya dan tangannya mengalih rambut aku lalu diselitkan di belakang telinga.
Aku tersenyum riang. Banyaklah aku makan hari ini.
"Tapi, kalau saya gemuk macam mana? Mesti awak dah tak mengaku saya isteri kan?"
"Hey! Kenapa pula? Gemuklah bagus. Boleh aku tampar-tampar lemak kau" dia mencubit paha aku.
Aku menampar tangannya.
"Jahat. Cakaplah awak akan selamanya setia dengan saya. Ini tak nak tampar saya pula. Menyampah" aku mula menjamah makanan itu.
Dia hanya ketawa kecil. Aku menghiraukannya. Kemudian aku perasan dia langsung tidak menjamah makanan yang dipesannya. Aku memalingkan kepala dan melihat dia tersenyum memandang aku.
"Kenapa?" soal aku.
"Tak ada apa" jawabnya dan melarikan pandangan.
Sekejap. Dia malu? Telinga kemerahan.
"Awak tak makan?" soal aku lagi.
"Tak. Aku kenyang tengok kau makan. Comel" pipi aku dicuitnya.
"Cliche gila ayat. Menyampah. Nak mengurat cuba ayat tak diguna pakai. Rekalah pickup line sendiri" bebel aku.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...