Part 50✅

4.7K 150 10
                                    

"Woi berhenti!"

Tercungap-cungap aku berlari mengikut Kai dari belakang. Sempat jugak aku mengerling ke arahnya yang membelakangi aku. Sungguh aku tak percaya lelaki di depan aku ini Kai.

"Baik kau orang berhenti!! Aku bunuh kau!!"

Mata aku terus memandang sekeliling. Ini kawasan rumah aku. Terus aku menapak ke hadapan lalu aku menarik Kai mengekor aku pula kali ini. Dia tidak menolak malah hanya mengikut.

Dengan pantas aku menekan butang lif dan kemudian berlari ke arah lain. Dan tiba-tiba lif terus terbuka. Secara kebetulan sekumpulan lelaki keluar dari situ.

Terus aku tarik tangan Kai masuk ke dalam lif. Sebelum lif tertutup sempat kami melihat lelaki yang mengejar kami tadi mengundur ke belakang apabila melihat sekumpulan lelaki yang baru keluar dari lif tadi. Mungkin takut agaknya.

"Haa haaa"

Aku cuba mencari nafas. Terasa sesak di dada selepas berlari sejauh ini. Sedar-sedar dah sampai perumahan aku. Tangan mahu menyentuh dada untuk meredakan sesak tetapi tangan aku terasa digenggam.

Aku berpaling dan melihat tangan aku yang masih digenggam erat oleh Kai dari tadi. Aku dengan pantas menarik tangan aku. Dia seakan tersedar menoleh ke arah aku begitu juga dengan aku.

Lama kami berpandangan antara satu sama lain. Sedar-sedar lif berhenti di tingkat rumah aku. Aku terus keluar dari badan lif dan dia pastinya mengekor aku dari belakang. Tiba tepat di pintu rumah aku, pin nombor rumah ditekan dan terus aku menerobos masuk.

"Taknak masuk?" soal aku apabila tersedar dia tercegat di luar rumah itu.

"Boleh ke?" soalnya balik.

Aku hanya mengangguk. Dia pun melangkah masuk ke dalam dan pintu ditutup. Aku menapak masuk ke dalam rumah. Selipar dikeluarkan dan kasut yang aku pakai dibuka dan ditukar ke selipar lalu disusun di rak semula. Sepasang selipar lagi dikeluarkan dan  diletakkan di lantai hadapan Kai.

"Masuklah"

Kai hanya akur dan mengekor aku masuk ke dalam selepas dia menukar kasutnya.

"Duduklah"

Sepatah-sepatah sahaja aku mengarah. Manakala dia bagaikan anak buah aku hanya dengar je apa yang aku cakap tanpa merungut apa-apa. Aku menuju ke dapur dan meneguk segelas air. Penat nak mampus. Perlahan-lahan aku menghabiskan segelas air.

"Boleh saya nak air jugak?"

Tersedak aku dibuatnya apabila disergah begitu dari belakang. Terus aku menekup mulut dan menoleh ke arahnya.

"Terkejut sayalah. Cuba jangan tegur senyap-senyap macam ini"

Dia hanya tersenyum nipis. Aku pun menjelingnya dan mencapai segelas air untuk dia pula. Dituang air ke dalam gelas dan dihulurkan kepadanya.

"Thank you" ucapnya.

Aku hanya memerhatikannya yang asyik meneguk air itu. Aku hanya pergi selama beberapa bulan tetapi dia dah nampak lain. Dia tak tough macam dulu. Dia jadi kurus sedikit dan ada sedikit jambang. Wow, impressive. Dia nampak lebih matang.

"Done staring?"

Terus aku memalingkan wajah daripada memandangnya.

"E-hem. Sorry, saya cuma terfikir dekat Dylan. Kalau awak ada dekat sini siapa jaga anak kita?" soal aku terus direct.

Dia nampak tenang dengan soalan aku.

"Boleh kita bincang hal ini hari lain? Saya kena balik" dia terus bangkit dari kerusi dan ingin berlalu pergi.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now