Part 1✅

31.4K 576 16
                                    

Tepat jam 8 malam, Rachel keluar dari persekitaran university. Disebabkan nak cepat sampai ke rumah Rachel berjalan kerumahnya melalui satu lorong yang gelap.

Tiba-tiba dia terasa diekori oleh seseorang. Apabila dia memusinykan kepala memandang ke belakang tiada sesiapa pun. Dia pun meneruskan perjalanannya. Tak jauh dia berjalan, pinggangnya ditarik dari belakang. Badannya disandarkan di dinding. Tangan diletakkan di dinding menguncinya daripada melarikan diri.

"Auch!" aduh Rachel bila lengannya tergesel pada dinding.

Apabila dia mendongak wajah lelaki yang dia amat kenal tersenyum sinis memandangnya.

"Kai. Apa kau buat ini? Lepaslah" Rachel cuba menolaknya tetapi dengan pantas tangannya di genggam erat dan diletakkan pada dinding.

Kai Shaquille, lelaki paling gah. Lelaki ini merupakan bekas pelajar disekolahnya dan kini bekerja bersama keluarga, Shaquille Co. Dan lelaki ini gila. Dia terlalu gilakan Rachel Walton dari dulu sehingga sekarang.

"Shhh. Jangan bising"

Rachel dengan kuat menarik tangannya dan menolak tubuh Kai jauh darinya.

"Kau nak apa hah? Tak puas ke rosakkan anak dara orang sekarang nak rosakkan aku pula?" marah Rachel.

Geram dengan sikap pervert lelaki ini. Mata jalang. Pantang nampak perempuan seksi, pakai skirt pendek terus mengusha. Bunyi tikus semestinya ada dan hanya Rachel sahaja yang langsung tak melayan dia. Perempuan lain semestinya akan tersenyum suka dan melarikan diri. Gedik kan.

"Bila masa pula aku rosakkan anak orang ini? Aku cuma" jarinya naik ke wajah Rachel dan turun pada sekeliling lehernya.

"Hey! Kau jangan nak macam-macam. Aku nak balik" sekali lagi Kai ditolak olehnya dan melangkah pergi.

Kai apatah lagi. Ditariknya sekali lagi tangan Rachel dan kuncinya lagi pada dinding. Wajah didekatkan dengannya. Nafasnya terasa menampar di wajah.

"Kai!" marah Rachel.

Dia tersenyum sinis lagi. Mata bertentangan mata. Kai memandangnya dengan pandangan gatal manakala Rachel memandangnya dengan marah.

"Body kau lawalah. Aku suka tengok" bisiknya.

Rachel mula rasa mual dengan pujian gatalnya itu. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk sahaja wajah kacaknya. Kemudian, pinggang Rachel ditarik lalu dirangkulnya kemas. Tangan Rachel berada di dada Kai menghalang supaya mereka tidak terlalu rapat.

"K-kau n-nak apa hah?" soal Rachel lagi.

"Kau tahu aku nak apa" bisiknya lagi dan wajahnya didekatkan pada celahan leher Rachel.

Ciuman diberikan disitu. Rachel terkaku sekejap. Ciuman hangat lelaki itu membekukan pergerakannya. Bertalu-talu ciuman diberikan.

"K-kai"

"Bau kau wangi" bisiknya.

Hampir terbuai Rachel dengan bisikan dan ciuman lelaki itu. Butang baju sekolahnya juga hampir dibuka Kai. Apabila tersedar, Rachel terus menolak kuat tubuh Kai jauh darinya.

"What? Rachel aku belum"

Pangg!

Pipi Kai terus ditamparnya. Setelah itu, Rachel terus melarikan dirinya. Tak guna punya jantan! Dasar pervert.

***

Seusai sahaja mandi, Rachel duduk di hadapan cermin. Kemudian, dia terkejut. Lehernya dilihat.

Hickey?

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now