Laju kaki turun ke bawah meninggalkan Kai di dalam biliknya. Puan Walton yang berada di dapur didekati.
"Mama?" soal Rachel.
"Mama ada benda nak bincang dengan anak omma" tangan aku ditariknya dan di bawa ke meja makan.
Punggung dilabuhkan di kerusi begitu juga dengan Puan Walton
"Mama ini mesti tentang Rachel dengan Kai kan?" teka Rachel.
Belum sempat Puan Walton membalas, Rachel terus menyampuk.
"Rachel taknak!"
"Rachel. Dengar dulu apa yang mama nak cakap" tangan Rachel digenggam erat.
"Mama. Rachel kenal siapa Kai. Dia bukan lelaki yang baik. Dia pervert. Macam mana kalau dia" dia terus mengeluh tidak sanggup meneruskan kata-katanya.
"Rachel. Mama pun tak mahu kamu berkawin pada usia yang muda sayang" rambut Rachel diusap lembut oleh Puan Walton.
"Jadi, kenapa?"
"Mereka banyak buat baik kepada kita. Kalau kamu nak tahu, mereka yang tampung segala kos perbelanjaan papa di hospital semasa dia sakit" terang Puan Walton.
Rachel diam.
"Mereka orang yang baik dan mama yakin Kai boleh jaga Rachel. Cuma itulah, kamu masih muda. Mam kalau boleh taknak lepaskan kamu pada waktu macam ini. Tetapi Kai perlukan isteri untuk menjadi pewaris 'S Holdings"
"Takkan sebabkan Shaquille Co. mereka nak hancurkan masa depan Rachel? Macam mana dengan anak lelaki mereka? Dia nak ke?"
"Kai yang buat pilihan sendiri. Dia pilih kamu untuk jadi pedampingnya" jawab Puan Walton.
Rachel diam lagi.
"Mama tak tahu apa kisah kamu dengan dia. Tapi yang mama dapat tengok, Kai memang betul-betul berminat dengan kamu" sambungnya.
***
Dari jauh sahaja Rachel memerhatikan mereka sekeluarga di depan pintu bersama Puan Walton. Dia berpeluk tubuh dan memandang wajah kepura-puraan Kai. Dia sengaja. Dia berpura-pura suci didepan keluarga aku.
"Rachel!"
Rachel tersentak apabila namanya diseru. Kaki melangkah mendekati mereka semua selepas Puan Walton memanggilnya.
"Mereka dah nak balik" ujar Puan Walton.
Rachel pun memaniskan mukanya untuk tersenyum lalu badan ditundukkan sedikit.
"Selamat jalan, Puan, Tuan Shaquille. Hati-hati di jalan nanti" ucap aku.
"Cantiknya kamu Rachel. Patutlah anak kami tergila-gilakan kamu" puji Puan Shaquille secara tiba-tiba.
Kai tersenyum malu dan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rachel hanya membalas dengan senyuman.
"Rachel, saya nak cakap dengan awak sekejap"
Rachel memandang ke arah Kai. Puan Walton menolak badannya perlahan.
"Pergilah. Mama tunggu"
Dia hanya mengangguk dan mengekor Kai dari belakang hinggalah ke kereta mewah milik lelaki itu.
"Apa kau nak?" soal Rachel.
"Macam yang aku cakap tadi. Aku setuju dengan penyatuan kita ini. Jadi aku harap kau pun boleh terima" ujarnya serta merta hilang wajah baiknya tadi.
"Eh! Kau ini" Rachel memandang orang tua mereka manalah tahu suaranya terkuat.
"Aku taknak! Sebenarnya kau dah rancang semua ini kan?" soal Rachel.
"Kalau kau dah tahu, baguslah. Memang aku dah rancang semua ini. Aku nak kau" jawabnya.
"Kau ingat sesenang itu ke aku nak terima?"
"Aku akan buat kau terima" balasnya.
"Ceh" Rachel menjuihkan bibirnya, sinis.
Kai mendekatkan dirinya dengan Rachel. Rachel kakukan dirinya pada mulanya tetapi apabila Kai sudah semakin rapat dia mengundur jua kebelakang sehingga tubuhnya bersandar pada kereta Kai.
"Kau buat apa hah? Nanti mereka nampak lah" Rachel menolak tubuhnya.
"Biarlah. Nanti pasti mereka akan nampak yang kita ini terlalu serasi dan sepadan" tangan Kai diletakkan di sebelah kanannya menghalang Rachel pergi.
"Listen here"
Wajah Kai didekatkan dengan gadis itu. Rachel mendongak memandang wajah lelaki tinggi itu. Mata bertembung.
"Aku tetap nakkan kau sebagai isteri aku. Tiada sesiapa yang aku nak selain Rachel Walton. So, please don't challenge my patience" tegasnya.
"Kau pun tak boleh nak cabar aku" balas Rachel.
Kai mendekatkan bibirnya dengan telinga Rachel. Nafasnya menampar di telinga gadis itu.
"I'll get what I want, Rachel. And I really want to eat you. So much" telinga Rachel kemudiannya dijilat Kai.
Rachel terus menolak dadanya kuat. Memerah mukanya menyedari kelakuan nakal lelaki ini.
"Kau jangan main-main Kai" marah Rachel.
"What? Aku bukan nak apa pun. Aku nak kau jadi isteri aku sahaja. Tak lebih. Itu syarat untuk aku dapatkan Shaqiulle Co." balasnya.
Rachel diam.
"Aku kena kahwin kemudian barulah nama aku akan naik sebagai pewaris Shaquille Co. Aku pilih kau sebab aku rasa kau sahaja yang layak berbanding perempuan-perempuan gedik dekat luar itu" sambungnya.
"Itu sahaja?" soal Rachel.
"Iya. Itu sahaja. Tak lebih tak kurang" jawab Kai, selamba.
"Well, kalau aku kahwin dengan kau semestinya aku akan dapat kau juga" sambungnya.
Rachel menjelingnya dan terus pergi meninggalkan lelaki itu.
"I love you, Rachel!" jerit Kai.
Dan itu menarik perhatian keluarga mereka tetapi Rachel terus sahaja naik ke biliknya. Dia tahu Kai sengaja jerit begitu. Tak guna.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...