"Rachel"
Aku mengangkat kepala dan wajah segak Jay menyapa pandangan aku. Dia duduk di hadapan aku dengan senyuman.
"Ye Jay. Ada apa-apa ke?" soal aku dan mata memandang ke buku yang aku sedang baca tadi.
"Nothing. Saya saja nak duduk sini" ujarnya.
Aku hanya mengangguk dan kembali fokus pada pembacaan aku. Keadaan senyap seketika. Canggung. Jantung aku pula berdegup kencang bila terasa diri aku diperhatikan. Perlahan-lahan kepala aku panggung dan matanya elok sedang merenung dengan tangan menampung pipinya bersama satu senyuman manis.
"Jay? Awak ada nak apa-apa ke?"
Diam. Dia termenung ke? Aku melambaikan tangan di hadapannya tetapi dia masih sama merenung aku. Aku berpusing ke belakang aku kot kot ada orang lain. Tetapi tiada sesiapa di perpustakaan setakat ini.
"Jay?" lengannya aku pegang dan serta merta dia tersedar.
Wajahnya tersentak dan terus digeleng gelengkan kepalanya.
"Sorry, apa awak cakap tadi?" soalnya semula.
"Takdalah. Saya cuma tanya awak nak apa? Awak ada nak apa-apa ke? Tenung saya macam itu?"
Dia menundukkan kepala dan perlahan-lahan dia memandang aku semula.
"Saya nak awak"
Terbuntang mata aku mendengar. Kemudian, dia ketawa halus. Dia menggelengkan kepala.
"Just kidding"
Aku terus tersenyum pahit. Kenapa terasa yang dia benar-benar maksudkan apa yang dia cakap tadi? Aku hanya menundukkan kepala kerana malu. Dia berdehem seketika.
"Senior Kai itu betul ke ... e-hem ... tunang awak?" soalnya perlahan.
Aku mengangguk.
"Oh"
Aku mengangkat kepala dan wajahnya muram. Dah kenapa pula bersedih ini? Takkan dia sukakan aku juga kot. Tak. Tak mungkin.
"Saya tak sedar pula yang awak dengan senior pervert itu bercinta" ujarnya.
Aku ketawa kecil sebab dia lelaki pun dia tahu lelaki itu pervert.
"Oh, saya memang tak bercinta dengan dia"
"Then? Macam mana awak boleh terima dia?" sampuknya terus.
Aku terdiam seketika. Entah. Aku tak ada jawapan untuk itu. Padahal haritu dia dah batalkan semuanya tetapi sebabkan aku terjah pejabat dia, dia terus berubah fikiran. Ini semua salah aku. Dah kenapa aku perlu jumpa dia marah-marah macam itu hari tu.
Aku mengeluh berat.
"Saya minta maaf. Pasti soalan saya buat awak terasa"
"Eh! Bukan cuma saya penat" ujar aku.
Dia hanya mengangguk dan kemudian matanya memandang lengan tangan aku yang luka akibat cengkaman Kai haritu. Terus lengan aku dipegangnya.
"Kenapa ini?" soalnya, prihatin.
"Oh. I-itu"
"Dia yang buat?"
Aku diam. Tidak mengangguk tidak menggeleng. Dia mengeluh berat pula kali ini umpama bersimpati dengan aku.
"Awak kalau sebelum kahwin pun dia boleh buat macam ini apatah lagi selepas kahwin" ujarnya membuatkan hati aku berdetik.
"S-saya okay" lengan aku tarik semula tetapi dia menarik semula lengan aku.
"Biar saya tengok sekejap" dia merenung luka di lengan aku. Disentuhnya perlahan-lahan sehingga aku sendiri hampir terbuai dengan usapan dia.
"Don't touch her!" kemudian ada seorang lelaki berkot hitam memegang bahu Jay dari belakang.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...