Pagi yang indah. Burung berkicauan seakan bernyanyi di pohon sana. Cuaca indah langit biru di atas. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah dan rambut. Ceria, gembira. Itu yang sepatutnya aku rasa.
Malangnya kenapa hati aku tidak. Kenapa aku tak nampak suasana ceria di pagi ini? Kenapa aku kena rasa bersalah, kecewa? Bukan ke ini yang aku nak? Masanya sudah hampir tiba, Rachel. Kau tak boleh nak ubah fikiran di saat akhir. Dia akan tiba dan hubungan kami akan berakhir.
"Here"
Aku mendongak memandang lelaki yang bergelar peguam menghulurkan seplastik roti kepada aku. Aku menyambutnya dan sempat mengucapkan terima kasih.
"Makanlah dulu. Lepas ini, awak tak dapat dah jamah apa-apa. Tak pasal-pasal pengsan pula awak" dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Tapi saya tak lapar" ujar aku perlahan.
"Ha?"
Dia mengunyah makanannya dan menelannya terlebih dahulu. Dia memandang aku.
"Tak lapar? Bukan ke sepatutnya awak gembira yang awak akan bercerai dengan suami awak? Bukan itu yang awak nak?" soalnya.
"Ya. Tapi saya tak rasa semua itu. Hati saya berbolak balik sekarang" aku meraup wajah aku berat.
"It's normal. Dah banyak yang saya jumpa macam ini. Menyesal. Rasa bersalah. Dah banyak. Kononnya masih sayanglah apa kebendalah. Kalau dah tahu taknak kenapa nak bercerai? Berbincang baik-baik. Tak semua masalah berakhir dengan penceraian. Tapi semua pasangan anggap benda itu mudah. Kalau taknak dah benci terus bercerai. Kenapa taknak berbincang dari hati ke hati? Kenapa berpisah menjadi pilihan?" bebelnya.
Dan jujur aku tersentap.
"Hehehe, saya bukan nak mengutuk awak. Tapi, itulah yang berlaku sekarang kan? Bodoh"
Terus aku memandangnya. Terkejut. Dia hanya menayangkan riak selamba dan menghirup air melalui straw.
"Ye, saya bodoh. Tapi awak bukan ada di tempat saya. Saya dah dikecewakan dua kali. Dia curang dengan saya"
"Yeah. But ada ke dia tinggalkan awak?"
"Memang tak tapi still hati saya sakit" jawab aku.
"Okay. Tapi sekarang? Apa awak rasa bila awak dan dia bakal bercerai? Tak lama dah ini" soalnya dan aku diam sahaja.
Aku sendiri tak tahu kenapa. Kenapa aku tak boleh nak jawap soalan dia.
"See. Awak sendiri tak pasti dengan keputusan awak. Apa awak ingat kami as a lawyer untuk layan isi hati kalian semua ke? Kami semua memang ditugaskan untuk membela tapi kami kena tahu atas sebab apa? Betul ke orang yang kami bela ini? Betul ke apa yang dia cakap? Apa bukti dia ada"
"Like now" dia memandang aku.
"Apa bukti yang mengatakan awak benar-benar mahu berpisah dengan dia? Apa bukti yang awak ada supaya saya dapat pisahkan awak dengan dia? Apa bukti dan kenapa saya kena bela awak?"
"Mikael, saya bukan taknak dengar nasihat awak. Tapi saya yakin dengan keputusan saya. Cuma hari ini saya rasa tak sedap hati" aku memegang dada aku.
Berdegup dia lain macam hari ini. Rasa tak sedap sangat.
Dia diam. Kemudian, seorang perempuan berlari menuju ke arah kami.
"Encik Mikael"
Mikael terus berdiri dan merapati perempuan itu. Matanya membulat selepas mendengar apa yang dikatakan perempuan itu. Dia terus memandang aku. Aku pula blur tak tahu apa-apa.
"Rachel, kita kena pergi ke hospital" ujarnya.
"Why?" soal aku.
"Suami awak. Dia accident"
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...