Mereka semua tersenyum ke arah aku. Senyuman mereka bukan sinis. Tetapi senyuman manis dan gembira.
Wah, adakah mereka ini psycho?
Kemudian, seorang lelaki melangkah mendekati aku. Entah kenapa kaki aku bagaikan kaku di situ. Lelaki itu tersenyum manis ke arah aku membuatkan aku rasa seriau.
"Aku percaya yang kau masih tak dapat lupakan aku" ucapnya.
"K-kau nak apa hah?"
"Berbulan-bulan kau pergi tinggalkan aku, hidup aku musnah. Tiada lagi kau dekat sisi aku. Tiada lagi cinta bersama aku" sambungnya.
Berkerut dahi aku dibuatnya. Apa pula yang dia ini mengarut ini? Mereka ini mabuk lagi ke?
"Rachel Walton"
Membulat mata aku dibuatnya apabila dia tahu nama aku.
"Hei, macam mana kau tahu nama aku hah?" marah aku lagi.
"Kaulah jantung aku. Tanpa kau, aku mati"
Dia malah tidak menjawab persoalan aku. Seolah-olah dia membaca skrip.
"Aku tahu yang" dia terdiam.
Aku hanya diam. Bibirnya terkumat kamit macam lupa sesuatu.
"Aku tahu yang" dia diam sekali lagi.
Terus dahinya ditepuk.
"Bodoh. Aku lupa skriplah" dia mengomel sendirian.
"Forget it. By the way, enjoy your night" dia tersenyum dan terus dia menepuk tangan dua kali.
Tiba-tiba kawasan lapang itu diterangi cahaya putih. Sekelililing kawasan itu diletakkan lampu terang sehingga kawasan itu dapat aku lihat sepenuhnya. Terpusing-pusing aku melihat kawasan penuh luas ini.
Lelaki-lelaki tadi sudah menghilangkan diri mereka. Tiba-tiba lampu berwarna merah pula menyala di tanah dan apabila aku lihat ia seperti satu bentuk. Dan ia betul-betul di sekeliling aku dan aku berada di tengah tengah bentuk yang besar ini.
❤️
Aku menggosok matanya aku untuk memastikan apa yang aku lihat ini betul. Siapa punya angkara ini? Siapa yang buat ini?
Kemudian, sejambak bunga ros muncul dari tepi kanan aku. Aku memandangnya sekilas dan terus berpusing ke belakang.
Dia memakai sut hitam dan seluar slack hitam. Dia kelihatan sangat kacak ketika ini. Elok dia tersenyum manis ke arah aku. Aku pula tidak berkata apa-apa hanya memandangnya.
"For you, Rachel" ujarnya.
Perlahan-lahan aku mengambil bunga itu dari tangannya. Bunga itu aku tenung lama. Entah apa yang aku dapat berfikir sekarang. Kosong.
Suara dehemannya membuatkan aku kembali mendongak ke arahnya semula.
"Rachel, first of all aku nak minta maaf sebab takutkan kau untuk malam ini. Ini semua supaya kau datang ke sini dan mereka yang kau jumpa tak membahayakan"
Dahi aku berkerut. Bukan kerana apa yang baru dia sampaikan tapi cara dia bercakap dengan aku.
"Kau?" soal aku.
Dia tersenyum nipis.
"Aku tak selesa bersaya awak dengan kau. Rasa macam aku dah jadi orang lain. Itu membuatkan aku rasa macam aku dah berubah. Padahal hati aku masih pada orang yang sama" ujarnya.
Aku diam. Tak tahu nak balas apa. Aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Terlalu berselindung di sebalik kata-kata.
"Kau sihat?" soal dia.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...