Aku banyak sibukkan diri menolong apa yang patut. Kalau boleh aku malas nak masuk berehat. Badan aku langsung tak rasa penat. Selepas sahaja selesai, aku duduk di ruang tamu menonton televisyen.
"Rachel. Mama naik dulu"
Aku hanya mengangguk dan kemudian susuk tubuh Puan Shaquille hilang dari pandangan. Aku kembali menatap televisyen. Mata memang hala ke sana tapi akal fikiran aku langsung melayang.
Bayangan Kai dan Medina bermain di fikiran aku. Mereka tidak berpakaian dan Kai memeluk tubuh ...
Aku terus menundukkan kepala dan dibenamkan di lutut aku. Kedua-dua kaki aku dipeluk kemas. Sakit. Sangat sakit. Melampau. Memang betul melampau. Aku berkongsi dia dengan wanita lain?
Tanpa aku sedar air mata aku mula menitis. Dengan cepat aku seka. Aku tak boleh menangis. Aku kena tunjuk yang aku baik-baik sahaja. Jangan sedih. Kau kuat.
"Rachel"
Dia. Aku terus mengangkat wajah. Dia berada di belakang aku. Kuat Rachel. Kau kena kuat.
"Hmm" sahut aku.
"Kau tak nak naik lagi?" soalnya.
"Tak" jawab aku.
Kenapa begitu tenang suara dia? Dia tak rasa bersalah ke dengan apa yang dia buat? Tak reti ke nak jaga hati aku? Memang tak guna. Menyesal.
"Kau dengar kan?"
Aku tersentak bila suaranya betul-betul kedengaran di telinga aku. Aku berpaling dan wajahnya betul-betul dekat dengan aku.
"Kau tak fokus dengan apa yang aku cakap"
Aku terus berpusing. Tak mahu memandang muka tenangnya. Betullah dia cakap. Hanya dia yang boleh sakitkan aku. Tetapi aku memang terlalu sakit hati sekarang.
"Jom. Kita naik tidur" tangan aku dipegang tetapi terus aku rentap.
"Nak tidur pergi jelah. Saya tak mengantuk" jawab aku.
Dia tercegat di sebelah aku. Mata aku pura-pura menonton televisyen padahal aku berharap dia segera pergi.
"Jangan cabar aku"
Aku hanya mengendahkannya. Bila masa pula aku mencabar dia? Dia yang cabar aku sekarang.
"Eh. Awak memang tak- Ah!! Apa ini?" terhenti kata-kata aku apabila tubuh aku dicempungnya.
Dia hanya diam dan kaki laju menapak ke atas.
"Kai! Saya dah kata taknak tidur lagi kan. Kenapa awak paksa saya ini" aku menumbuk dadanya.
"Diam, Rachel!"
"Why? Kenapa saya kena diam? Saya takkan diam selagi awak tak lepaskan saya"
Pintu bilik terus ditutup kuat olehnya menggunakan kaki sahaja. Dia terus melempar aku di atas katil. Dia lempar aku. Lempar atau erti kata lain dia campak aku.
"Awak dah kenapa eh? Nak berkasar dengan saya pula? Nak pukul saya pula?" marah aku.
"Kau nak aku belasah kau ke?" soalnya, sinis.
"Belasahlah. Kalau itu boleh puaskan hati awak!" marah aku lagi.
Dia meraup wajahnya dan rambut diselak ke atas.
"Kau kenapa? Apa masalah kau dengan aku? Aku ada buat salah dengan kau?" soalnya, selamba.
Aku bagaikan tercengang dengan soalan bodohnya. Aku merangkak dan turun dari katil. Malas aku melayan dia. Aku ingin keluar sebab aku rasa air mata aku bila-bila masa sahaja boleh menitis.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...