Part 23✅

7.7K 219 17
                                    

Sejak dua menjak ini lelaki itu memang selalu sibuk. Biasalah kalau dah jadi boss besar dekat company keluarga dia. Memang tak cukup tanganlah padahal dia bos. Boleh je bagi kerja dekat budak-budak bawah dia. Sampai dengan aku-aku terpinggirnya.

Aku ingat aku nak datang pejabat dia. Terasa nak lunch sama-sama. Aku call personal
assistant dia dah tiga hari berturut turut. Dia kata Kai ada masuk office lepastu keluar sampai petang tak masuk-masuk.

Katanya ada hal peribadi nak kena settlekan. Tapi, apa kerja dia sampai dia tak masuk office? Tiga hari pula tu?

Aku selalu berfikir juga tentang benda itu. Aku taknak fikir negatif tapi perkara itu membuatkan aku sellau berfikir.

"Andy"

Andy yang tegak berdiri di sebelah aku menoleh. Haih, dah macam bodyguard aku dah. Padahal dia driver Kai.

"Kai ada masalah ke?" soal aku.

"Saya sendiri tak pasti, Rachel" jawabnya, akur.

"Bukan ke awak selalu hantar dia kesana kesini. Takkan awak tak tahu dia pergi mana ada dengan siapa?"

"Yes. Memang betul. Tapi dah dua minggu saya tak jadi driver dia. Dia pergi guna kereta dia" jawabnya.

Berkerut juga dahi aku.

"Dia pergi mana? Dia ada bagitahu awak?" soal aku lagi.

"Dia kata dia ada hal. Kemana untuk apa dia tak beritahu saya apa-apa" jawabnya lagi.

Aku menundukkan wajah bermain dengan jari jemari aku. Ada perkara yang aku tak tahu? Dia ada masalah ke? Dia ada sembunyikan sesuatu dari aku?

"Kenapa, Rachel? Kamu berdua ada masalah?" soal Andy, prihatin.

Aku segera menggeleng dan tersenyum pahit ke arahnya.

"No, but he's look different now. Dia bukan Kai yang dulu. Dia sibuk, tak peduli tentang saya. Kadang-kadang dia balik lewat malam masa saya dah tidur. Sebelum saya jaga, dia pasti dah bersiap nak pergi kerja" ujar aku.

Aku mengeluh berat bila fikirkannya. Kecewa dilayan macam orang tak wujud.

"Mungkin dia betul-betul sibuk" Andy cuba menenangkan hati aku.

"Maybe" aku mengangkat kedua-dua bahu.

"Saya dah lama bekerja dengan Kai. Jadi, sedikit sebanyak saya tahu tentang sikap dia. He's workaholic. Kerja adalah perkara nombor satu untuk dia" ujar Andy.

Aku jadi tertarik ingin mendengar. Dagu dipanggu pada tangan dan memandangnya penuh minat.

"Dia memang pervert. Saya tak nafikan. Banyak juga perempuan-perempuan dekat luar sana jadi mangsa pemuas nafsu dia" sambung Andy.

Aku hanya mengangguk. Itu yang dikatakan Kai sendiri.

"But, after he became a husband he's totally change. Dia tak usha perempuan lain dah. Dia tak buat perangai gatal dia. Maybe because of you he be like that"

Aku tersenyum bangga. Tak sangka orang akan cakap begitu. Pasti aku rasa gembira bila lelaki yang seteruk itu berubah menjadi sebaliknya kerana aku.

Aku teruja.

"Tapi, apa yang awak cakap ini saya sendiri tak pasti. Kenapa, kemana saya sendiri tak tahu. Awak kena tanya dia sendiri. Mungkin dia ada pendam masalah dia"

Aku mengangguk mengiyakan kata-katanya.

***

Dari pantulan cermin aku dapat lihat susuk tubuhnya masuk ke dalam bilik. Dia tidak menghiraukan aku lalu terus membuka tali lehernya. Dicampak baju kotornya ke dalam bakul.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now