Part 29✅

6.1K 212 5
                                    

Hujung minggu kebiasaannya aku selalu melawat makam mama. Selepas sahaja pulang, aku terus membawa Dylan ke mall untuk membeli barang. Setiap bulan aku akan pastikan Dylan dapat pakaian baharu. Kadang-kadang dia yang pilih sendiri baju apa yanh dia nak.

Haih, macam-macam kerenah ada budak ini. Tak lama kemudian, barulah dia buat keputusan nak beli apa. Keluar sahaja, dia terus berlari ke satu kedai permainan yang besar betul-betul terletak di depan kedai baju ini. Tak sempat aku nak panggil dia dah hilang. Nak taknak kenalah masuk.

"Dylan" panggil aku.

"Mommy, come here" panggilnya.

Dia mengheret aku ke satu tempat. Pelbagai jenis mainan yang berada di situ. Dia berhenti di satu kotak besar. Lego. Dia memang suka main lego. Aku tak tahu lah kenapa dia suka main benda yang menyusahkan ini.

"Dylan want this" dia menuding pada kotak itu

"Dylan, bukan ke haritu uncle dah belikan? Takkan nak beli lagi, sweetheart?" kepalanya aku usap.

"Ala, itu uncle. Kali ini mommy lah pula" dia memuncungkan bibir.

"Oh, pandai eh kenakan mommy" dia hanya ketawa kecil.

Aku pun mengambil kotak separuh besar itu. Kemudian, melihat dia berlari anak ke tempat lain pula. Aku selalu juga belikan dia mainan sebab dia takkan menganggu aku ketika aku tengah sibuk. Dia akan fokus pada sesuatu benda itu sahaja.

"Ada apa-apa lagi yang Dylan nak?" soal aku.

Dylan mengelengkan kepalanya.

"Mommy bayar ye?"

"Okay!" dia mengangkat jari okay kepada aku.

Aku pun terus menuju ke kaunter dan membayar. Setelah selesai membayar aku mula mencari Dylan. Kiri kanan aku pusing tapi bayang Dylan langsung aku tak nampak.

"Thank you" sempat aku mengucapkan terima kasih pada cashier itu sebelum aku mencari Dylan.

"Dylan?"

Aku mula mencarinya di sekitar kedai itu. Tiada. Aku mula gabra. Mana anak aku pergi? Dengan pantas kaki aku melangkah menuju ke luar. Mencari anak aku.

"Dylan" sekali lagi aku memanggilnya.

Aku mula rasa tidak sedap hati. Macam mana kalau dia kena culik? Macam mana kalau dia diapa apakan?

"Excuse me. Do you guys see a child with the blonde hair? He's wearing black shirt" aku mula menyoal orang sekeliling.

Mereka bersoal sama sendiri lalu menggelengkan kepala. Aku menanyakan juga pada orang lain. Jawapan masih sama. Mereka tidak nampak.

Lama juga aku mencari. Sekeliling paras itu aku pusing. Aku juga kembali ke kedai mainan untuk bertanya manalah tahu Dylan kembali ke kedai itu. Tapi, tiada.

Aku tanpa banyak soal terus menuju ke kaunter receiptionist di paras bawah sekali. Tiba disana aku melihat anak kecil aku bersama dengan seorang wanita tinggi ala ala model.

"Dylan!"

Anak kecil itu berpusing dan mata nya jelas kemerahan. Dia menangis. Terus aku mendekatinya dan dia berlari anak mendekati aku. Aku tunduk dan memeluk tubuh kecilnya. Dia menangis tersedu sedu di leher aku. Aku menepuk belakangnya.

"Dylan pergi mana tadi? Puas mommy cari" soal aku kerisauan.

"Mommy, Dylan so scared" dia memeluk erat leher aku.

"It's okay, sweetheart. I'm here" aku menenangkannya.

Terus kaki aku menegak dan tubuh kecilnya aku gendong. Dia masih erat memeluk leher aku. Tangan aku mencapai semula plastik-plastik yang terlepas tadi. Wanita model yang tadi mula mendekati aku.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now