Busan, menjadi tempat pilihan kami. Tenang, santai. Hilang sikit stress kerja aku. Tempat tinggal kami pula betul-betul berhadapan dengan pantai. Bolehlah malam-malam singgah sini melepak. Kaki aku menapak menyentuh pasir. Kasut berada di tangan aku. Rambut panjang aku dibiarkan dititup angin yang kuat. Tiba-tiba ombak kecil datang dan air laut terkena pada kaki aku.
Ketawa kecil aku dibuatnya. Rambut ditarik lalu diselitkan di belakang telinga. Setakat ini hanya aku seorang sahaja di sini yang lain semua merepuk lagi dalam bilik hotel. Penat sangat lah tu. Dengan Dylan sekali tidur. Aku berani tinggalkan dia sendirian sebab ada Jennie rakan sebilik aku. Jadi, takadalah risau dia duduk sorang-sorang.
Kemudian mata aku tertarik pada satu kedai saguhati yang berada tidak jauh dari aku. Kaki melangkah ke sana. Sebuah gelang berwarna merah jambu menarik perhatian aku. Terus tangan aku mencapainya.
"Ahnyeonghaseyo. Kamu perlukan sesuatu?" soalnya dalam bahasa Korea.
Tercengang aku sekejap. Sedar akan wajah keliru aku dia terus berbahasa English.
"Do you need it? It's only 3000 won"
Aku hanya mengangguk. Ingin sahaja aku membelinya tetapi aku tak bawa dompet aku. Aku keluar dari hotel sehelai sepinggang. Gelang aku letak semula. Rasa sedih. Harap-harap gelang itu nanti tak ada orang beli.
"It's okay. I don't bring my wallet. But, please save it for me" aku mula merayu padanya.
"I'll pay for it" entah dari mana suara itu terus menghulurkan sehelai wang kepada wanita tua itu.
Dengan cepat, wanita itu mengambil wang itu. Baku diberikan semula kepadanya. Aku berpusing memandangnya dengan senyuman. Dia memakai baju putih dan seluar jeans biru muda. Rayban elok tersangkut di hidung mancungnya. Rambutnya ditiup angin menampakkan betapa lembutnya rambut dia.
"Thank you. Nanti saya bayar balik dekat awak"
Dia hanya tersenyum.
"It's okay, Rachel. Saya tak perlukan bayaran apa-apa pun" jawabnya.
Aku mahu membalas tetapi terhenti apabila wanita tua tadi menghulurkan gelang itu kepada aku. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan berlalu pergi bersama Aayden. Kami berjalan di pinggir laut.
Gelang disarung pada tangan aku dan didepakan tangan ke depan.
"Cantik" puji aku.
"Yeah. Cantik sangat. Like you"
Kaki aku berhenti melangkah. Dia yang berjalan dihadapan aku juga terhenti apabila sedar aku tiada di sebelahnya. Dia memusing ke arah aku.
"Kenapa?" soal Aayden.
"Aayden, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak dapat bagi hati saya pada awak" ucap aku terus terang.
Badannya sepenuhnya menghala ke aku. Dia menundukkan wajahnya dan terdengar ketawa halus darinya.
"Rachel, saya tak paksa awak untuk terima saya" perlahan-lahan kepalanya diangkat mendongak memandang aku.
Mata kami bertentangan. Entah kenapa wajahnya tak nampak kecewa sangat. Lega sikit hati aku.
"Saya hormat keputusan awak. It's your priority to make you decision. And I hope you will find your real happiness with your family" ujarnya.
Sejuk rasanya hati aku bila dia langsung tak meroyan bila aku menolak cintanya. Adakah dia menyorok perasaan ataupun dia memang benar-benar tidak kisah?
"Dylan need his daddy, Rachel. Mungkin suami awak tak perlukan awak tetapi dia perlukan Dylan. Jadi, jangan lukakan hati Dylan"
Berkerut dahi aku. Kenapa dia cakap seolah-olah dia tahu sesuatu?
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...