Part 41✅

7.2K 248 83
                                    

Tiga minggu berlalu.

Surat penceraian yang baru sahaja aku terima tadi, aku tenung. Setiap inci surat itu dibaca. Surat hadir ke mahkamah untuk aku dan Kai. Elok tertulis nama aku dan dia

Mata dipejam. Entah kenapa terasa semua ini mimpi. Akhirnya aku akan bebas dari semua masalah yang aku lalui. Penat. Sangat penat. Berpura-pura tenang dan baik di depan semua orang. Senyuman plastik yang selalu diberikan pada orang. Padahal hati, hanya aku sahaja yang tahu.

Rumah aku senyap sunyi. Tiada langsung suara anak lelaki aku seorang itu. Kerana apa? Dia berjalan dengan Jay dan Lily. Sibuk budak kecil itu nak mengikut pasangan bahagia itu. Puas aku memujuknya tapi dia beria nak ikut. Last-last Jay angkut dia masuk kereta. Tinggallah aku sorang-sorang.

Tapi elok juga dia tiada. Sekurang-kurangnya aku dapat masa untuk bersendirian tanpa gangguan. Aku nak bertenang dan esok merupakan hari baru untuk aku.

Dan sepanjang tiga minggu aku tahu sesuatu. Bella dan Aayden adalah suami isteri.

Sangat kelakar bukan.

Mereka bertiga menipu aku hidup hidup. Bodohnya aku. Aku memang bodoh. Tak sedar langsung lirikan mata antara mereka sebelum ini.

Rupanya dia gunakan aku untuk cemburukan Bella. Dan anak itu adalah anak Aayden. Tapi takkan tak ada cara lain selain membodohkan aku?

Memang itu sahaja ke cara yang ada? Memang aku dijadikan bahan ujikaji mereka. Dan yang paling aku marah kenapa Kai turut terlibat dalam situasi mereka. Sungguh menyedihkan. Aku memang tak boleh pakai.

Rugilah jadi auditor tapi masih bodoh.

Ting tong

Aku mengangkat wajah dan surat itu aku letakkan di atas meja. Kaki melangkah ke pintu dan interkom aku tekan. Wajah orang yang aku kenal di skrin itu. Kalau boleh aku taknak langsung buka, tapi fikirkan aku masih lagi ada hati yang suci nurani, aku buka juga.

Wajah mereka agak terkejut apabila pintu dibuka oleh aku. Aku memandang mereka dengan riak biasa dan selamba sahaja.

"Rachel" tegur Bella.

Aku tersenyum nipis padanya.

"Hi, Rachel" tegur lelaki di sebelahnya.

Aayden.

"Korang nak apa? Macam mana korang berdua boleh tahu rumah saya?"

Pelik. Sebab aku dah pun berpindah rumah sebab aku tak mahu ada yang menganggu aku buat masa ini. Aku nak masa sendirian.

"Saya dan Aayden datang sebab nak jumpa awak. Kami tahu kami ada salah dengan awak. Jadi sebelum ia terlambat eloklah kalau saya terangkan apa yang terjadi" jawab Bella.

Aku mengeluh berat.

"Macam inilah. Saya sebenarnya dah taknak dengar apa-apa lagi. Saya dah nekad dengan keputusan saya. Kai pun nampaknya setuju dengan keputusan ini. Jadi, tolong jangan bincang tentang itu lagi. Itu hal antara saya dan Kai" balas aku dengan keras tetapi masih ada ton lembut kedengaran.

"Rachel. Kai memang salah. Dia bodoh sebab nak tolong saya. Tapi, percayalah. Kai tak pernah lupakan awak"

"Saya tahu. Saya pun tak pernah lupakan dia. Tapi, hati saya betul-betul dah tak ada untuk dia. Kalau awak berdua datang sini sebab nak ubah fikiran saya, lupakan. Saya nekad. Period" sampuk aku.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now