Part 5✅

13.6K 426 4
                                    

Seusai sahaja tamat kelas, aku terus menuju ke satu tempat. Entah kenapa aku rasa aku perlukan penjelasan daripadanya. Kaki melangkah masuk ke bangunan besar yang jelas terpampang

'Shaquille Co.'

Aku terus menuju ke pintu lif dan apabila lif terbuka aku terus masuk. Butang tingkat 20 terus aku tekan. Kaki aku tak reti duduk diam asyik ke sana sini. Mata aku asyik memandang nombor lif. Lamanya nak sampai.

Ting.

Pintu lif terbuka dan aku terus keluar. Aku menuju ke satu meja sepertinya meja receiptionist.

"Boleh saya jumpa Kai Shaquille?"

Wanita berpakaian formal itu terus bangun dari kerusi dan memandang aku dari atas sampai bawah. Apa pula yang dia pandang?

"Maksud awak Tuan Kai?"

Aku mencebik lalu mengangguk laju.

"Dia ada dekat dalam ke?" soal aku lagi.

"Cik ada set appointment dengan dia?"

"Tak! Saya urgent sangat nak jumpa dengan dia. Mana bilik dia?" soal aku lagi.

"I'm so sorry, cik. Tuan Kai tak suka kalau masa kerjanya diganggu. Lagian pula, cik tak ada set temujanji dengannya. Saya harap cik boleh balik dengan segera dan jangan buat kecoh disini. Mood Tuan Kai tak baik dua tiga hari ini" ujarnya dengan penuh hormat.

Aku mengeluh. Kang aku terjah je kang, apa pun tak dapat. Mata aku memandang ke dalam pejabat besar itu. Kemudian, aku ternampak susuk tubuh Kai yang baru sahaja keluar dari satu bilik bersama seorang wanita seksi. Tersenyum-senyum dah kenapa mereka berdua itu. Tanpa buang masa aku terus terjah masuk ke dalam walaupun wanita receiptionist tadi mengejar aku.

Kai agak terkejut melihat aku secara tiba-tiba bersemuka dengannya. Aku dengan muka marah memandangnya dan wanita seksi yang elok pegang lengan sasanya. Ini yang nak marah ini.

"Cik, cik tak boleh masuk" wanita receiptionist ini cuba menarik tangan aku untuk pergi.

"Ada masalah ke ini?" soal Kai.

Wanita itu memandang Kai lalu menundukkan badannya dengan hormat.

"Saya minta maaf, Tuan. Kai. Gadis ini nak berjumpa dengan tuan dari tadi lagi. Saya dah cuba halang tetapi dia berkeras nak masuk" ujarnya.

"It's okay. You can go now, Medina"

Wanita bernama Medina itu pun terus berlalu pergi meninggalkan kami bertiga. Kai memandang aku dengan riak tenang manakala aku tajam merenungnya.

"So, what you point? Ada apa datang untuk jumpa aku?" soalnya.

"Kai, jomlah. You kata nak pergi rumah you" tiba-tiba wanita seksi sebelahnya ini mengoncang lengannya dengan lenggok badannya pada Kai.

Aku menjulingkan mata keatas menyampah dengan kelakuan wanita ini. Gedik.

"Just a minute, baby. I ada hal dengan budak sekolah ini" katanya, lembut.

Makin nak termuntah aku dengar ayat kononnya manis daripada mulut lelaki itu.

"Kalau macam tu, I tunggu you dalam keretalah"

"Alright. Be safe, baby" pipi wanita seksi itu dikucupnya lembut sebelum wanita itu beredar.

Sempat lagi wanita itu menjeling aku dan merempuh badan aku yang kecil ini. Nasib aku tak terjatuh. Ey, punggung tu tertonggek tonggek. Aku sepak karang baru tahu.

"Come here" suara garaunya menarik perhatian aku.

Terus aku mengekornya masuk ke dalam pejabatnya. Apabila masuk ke pejabatnya pintu berat itu automatik tertutup sendiri. Dia memasukkan tangan ke dalam koceknya dan membelakangi aku.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now