Special Part : I ✅

3.1K 64 4
                                    

"Kai! Sakit!" jerit aku.

Kai hanya mengenggam erat tangan aku dan memandang wajah aku penuh risau. Peluh yang mengalir didahi aku diseka olehnya.

"Sabar sayang. Sabar. Teran sikit lagi. Baby dah nak keluar" balasnya.

"Arhhh!!"

"Puan Rachel. Kita cuba sekali lagi ye. One two three. Push"

"Arghh!!" dengan sepenuh tenaga aku meneran bersama dengan jeritan aku.

Malah gelengan yang dapat daripada doktor. Kai terus melepaskan tangan aku dan menuju ke arah doktor.

"Doktor macam mana?"

"Saya minta maaf. Kami terpaksa melakukan pembedahan. Baby dalam perut nampaknya tidak mahu keluar. Tiada pilihan lain, encik" jawabnya dan jelas kedengaran di telinga aku.

Kai merenung aku. Wajah aku yang penat dipandangnya.

"Isteri saya akan selamatkan doktor? Anak saya pon?" soalnya risau.

Doktor itu terdiam seketika.

"Semuanya bukan kuasa saya untuk menentukan, encik. Tapi saya akan cuba sedaya upaya saya. Pernafasan bayi sekarang tidak stabil dan sangat lemah. Kalau encik melengahkan lagi mungkin bayi tidak dapat diselamatkan"

"Selamatkan baby saya doktor!" dengan lemah aku bersuara.

Kai segera mendekati aku.

"Sayang. Jangan risau. Baby akan selamat" bisiknya.

"Kalau nyawa salah seorang diambil, ambil sahaja saya. Biarkan bayi saya lihat dunia, doktor"

"No! Sayang. You're more important to me. Jangan cakap macam ini" balasnya.

"Kai, kalau apa-apa jadi dekat saya jagakan Dylan dengan baby kita ye?" aku berpusing memandangnya.

"Stop! Jangan cakap yang kau akan tinggalkan aku. Kau akan selamat, Rachel. Akan selamat. Kita akan jaga anak kita bersama" air matanya kelihatan menitis di pipi.

"Mari kita mulakan"

"Encik. Encik diminta keluar ye" jururawat itu mula menarik Kai pergi dari aku.

Pegangan yang erat pada tangan kami makin lama makin menjauh. Pandangan mata aku juga makin lama makin kabur dan dapat lihat Kai menjerit-jerit memanggil aku. Tapi malangnya penglihatan aku hitam selepas itu.

*****

"Rachel, bangun sayang" bisik seseorang ditelinga aku.

Kedengaran suara esakan budak menangis. Tangan aku juga terasa digenggam erat oleh seseorang.

"Mummy. Bangunlah. Dylan worry about mummy. Please wake up. I miss you"

Suara Dylan. Anak lelaki aku.

Aku cuba untuk membuka mata tapi entah kenapa begitu sukar sekali. Tangan aku juga cuba diangkat untuk menyentuhnya tetapi aku tidak mampu menggerakkannya.

Apa sudah jadi ini?

"Sayang. I'm here. Tolong bangun. Aku rindukan kau" suara ditelinga aku kedengaran lagi dan dahi aku terasa dikucupnya.

Kai. Saya pun rindukan awak.

Mendengar esakan dan tangisan dari dua insan yang aku sayang membuatkan aku menitiskan air mata.

"Daddy, mummy is crying"

Air mata aku yang menitis di tepi diseka lembut oleh Kai, suami aku.

"She hear us, Dylan" balas Kai.

"Then why mummy taknak wake up? Mummy tak sayangkan Dylan ke?" soal Dylan.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now