Part 25✅

7.2K 247 5
                                    

"Aku kena pergi"

"Aku keluar sekejap"

"Rachel, Medina dia perlukan aku"

"Aku tak balik malam ini"

"Aku minta maaf. Aku kena temankan Medina pergi checkup"

Penat.

Sakit.

Semua alasan yang dia berikan kepada aku setiap kali aku perlukannya. Medina Medina Medina.

Serius aku tak tahan. Aku mahu pergi tetapi aku tak sanggup. Aku rasa bersalah kalau aku pergi tinggalkan dia. Seolah-olah aku pengecut larikan diri dari masalah.

Tapi apa aku boleh buat?

"Kai"

Dia yang sibuk dengan telefonnya terus mengangkat wajah memandang aku sekilas:

"Yes. Kenapa?" soalnya ringkas.

Aku menapak ke arahnya. Matanya asyik melihat telefonnya.

"Saya nak balik rumah mama. Boleh?" soal aku.

Kai mengangguk sahaja.

"Nanti aku hantar kau" itu sahaja balasannya.

Aku kuatkan hati aku yang sedang lara ini. Sakitnya. Tahan. Tahan Rachel. Jangan menangis please.

"Tapi saya nak duduk lama dekat sana" ujar aku.

"Boleh je. Lagipun kau nak pergi rumah family kau kan. Aku tak kisah. Just take care of yourself" itu sahaja nasihatnya kepada aku.

Dia langsung tak tumpukan perhatian pada aku sebenarnya. Dia sibuk menelek telefonnya. Sekejap-sekejap dia ketawa kecil. Sekejap kang dia tersenyum. Aku dah serupa halimunan di sini. Bayang aku pun tak nampak agaknya.

Aku menapak ke katil dan tubuh aku dibaring di atas katil. Sempat aku memandangnya kot kotlah dia tumpukan perhatian kepada aku.

Tetapi malangnya tak. Dia masih sibuk dengan telefonnya. Nampaknya Medina dah dapatkan sepenuh perhatian darinya. Aku terus baring dan membelakanginya. Air mata yang menitis pantas diseka. Tangisan aku akhirnya pecah. Aku terpaksa menutup mulut aku supaya tidak kedengaran aku menangis.

Sabar. Tak lama lagi kau akan pergi.

Tiba-tiba aku terasa katil bergerak. Cepat cepat aku tenangkan diri dan kepala diangkat. Kai sibuk menukar pakaiannya. Tergesa-gesa dia dan aku pun menyoalnya.

"Kenapa Kai?"

"Medina. Dia kurang sihat. Mesti dia mual-mual lagi"

Dengar sahaja nama perempuan itu, hati aku hancur lagi. Tanpa melihat ke arah aku dia meminta diri.

"Aku pergi dulu. Kau tidurlah dulu. Tak payah tunggu aku. Aku takut aku tak balik malam ini"

"Lagi?"

Mata Kai akhirnya memandang aku. Dia perasan yang mata aku merah menahan tangis. Terus wajahnya berubah rasa bersalah.

"Rachel, aku"

"Pergilah" aku terus mengalihkan pandangan daripada memandangnya.

"Dia lagi perlukan awak dari saya. Lagipun memang dia dah jadi tumpuan awak sepenuhnya. Awak dah tak nampak saya dah pun" sambung aku.

"Apa kau cakap ini? You always be my first, Rachel"

"Jangan cakap kalau awak tak maksudkannya" sampuk aku.

Dia diam. Aku lihat dia menarik nafasnya berat.

"Pergilah" aku terus baring semula di atas katil dan selimut ditarik menyelubungi tubuh aku.

Mr. Pervert Is My Husband (New Version)Where stories live. Discover now