Tubuh Dylan digoncangkan perlahan. Dia masih tidak mahu membuka matanya.
"Dylan. It's already morning. Semalam Dylan kata nak main dekat pantai kan? Dah pagi ini. Taknak bangun ke?" dengan lembut aku mengejutnya bangun pagi.
"Emmm.. No. I want to sleep" matanya masih tidak dibuka sepenuhnya.
Mulut sahaja yang menjawab. Muncung-muncung bibirnya membebel. Terus bibirnya aku kucup sekilas. Comel sangat.
"Kau pergi jelah turun. Aku pun rasa macam malas turun lagi pagi ini. Kalau Dylan bangun aku bawa dia turun"
Kepala aku memandang Jennie yang sedang mengelap rambutnya selepas mandi. Dari pantulan cermin aku melihat dia memandang ke arah aku.
"Boleh ke? Aku taknak susahkan kau, Jennie"
"Lah. Apa yang susahnya?" dia memusingkan tubuh menghadap aku.
"Aku cuma jaga dia. Dia bukan buat apa. Dia tidur aje pun. Tak menyusahkan aku langsung. Biarlah. Mesti dia penat. Pening lagi agaknya naik kapal terbang" ujar Jennie.
"Thank you. Kalau macam itu, aku turun bawah dululah. Kalau Dylan meracau, kau call je aku terus" aku bangkit dari katil dan mencapai handbag.
"Orait"
"Kalau kau nak apa-apa, telefon aku juga"
"Baik, Puan Rachel"
Aku tersenyum dan menuju ke pintu bilik. Terus aku meluru keluar. Kaki melangkah menuju ke lif dan kaki terpaku bila ternampak dua susuk tubuh itu.
Bella dan Kai.
"Good morning, Rachel" Bella melambaikan tangan kepada aku.
Aku tersenyum pahit dan melangkah mendekati mereka. Tenang Rachel. Relaks jangan nampak gelabah sangat.
"Morning, Bella" sahut aku.
"By the way, where is your son? Dia tak turun breakfast?" soal Bella, ingin tahu.
"Oh. Dia tidur. Dia taknak turun langsung. Penat lagi agaknya lepas naik flight semalam" ujar aku.
Bella mengangguk. Kai pula aku pandang sekilas. Dia sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Jetlag lah tu. Baby, I dulu pun selalu juga jetlag kan?" Bella memalingkan kepala memandang Kai.
"Hmm" itu sahaja jawapan darinya.
"Ish" terus telefon Kai dirampasnya.
"Bella, what are you doing? Give my phone back"
Bella menyorokkan telefon di belakang tubuhnya.
"Baby, you ini kan kalau sehari focus dekat I tak boleh ke? Asyik dengan phone je tau" muncung bibir Bella kononnya merajuk.
"Okay. I'm so sorry. I akan lebih focus pada you lepas ini. So, give my phone back" dia menadah tangannya.
"No way" Bella menghulurkan telefon Kai kepada aku.
"Rachel, please keep it for me. Kalau dia minta fon ini dekat awak, beritahu saya" tercengang aku dibuatnya.
Kai pula juga seakan tak tahu apa nak balas. Terkejut dengan tindakan refleks tunangnya mungkin.
"Take it" gesanya bila aku masih tidak mengambil telefon itu.
"Eh! Apa kata awak je yang simpan. Saya tak berani nak pegang telefon orang ini" aku tolak dengan baik.
"It's okay. Pegangkan untuk saya sahaja. Kalau saya yang pegang, dia pasti akan berjaya ambil. Kalau awak, saya rasa tak kot" Bella tertawa kecil.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...