Aku duduk di luar rumah. Memandang sekeliling di luar lagi-lagi waktu malam pasti seronok. Memang selalu aku duduk seorang diri di sini malam-malam selepas sahaja aku tidurkan anak kecil aku. Bunga lily yang berada di atas meja itu dipandang.
Entah siapa siapa bagi aku bunga lily ini. Kenal pun tak. Kalau nak mengurat pon be gentle lah sikit. Baik bagi aku sendiri daripada suruh budak kecil itu.
Perasan. Sejak bila pula kau ada secret admire, Rachel. Aku mengambil bunga itu dan hirup baunya itu. Masih segar. Tapi lama-lama pasti akan layu jadinya.
"I love you, Rachel"
Aku tersentak. Aku terus memandang sekeliling. Kiri dan kanan aku. Aku salah dengar ke? Aku rasa aku ada dengar suara dia. Terus aku bangkit dari kerusi. Bunga itu diletakkan di atas meja kembali.
Mata aku tiba-tiba tertancap pada satu kereta mewah yang elok terparkir di seberang jalan depan rumah aku. Entahlah, sejak dua menjak ini kereta itu selalu ada di sana. Jiran aku ada beli kereta baru ke?
Mungkin.
"Mommy"
Aku terus memaling ke arah pintu rumah. Dylan keluar dari situ dan mata digosok.
"Anak mommy tak tidur lagi? Kenapa jaga balik ini?" aku mendekatinya dan terus tubuhnya aku gendong.
"Dylan mimpi daddy"
Aku hanya tersenyum hambar. Kepala aku usap perlahan. Dia pun menyembamkan wajahnya pada celah leher aku.
"Kesiannya anak mommy. Dylan mesti penat ini kan? Macam mana nak pergi school esok kalau tak tidur lagi?" sengaja aku menukar topik perbualan kami.
"Dylan rindukan daddy. Rindu sangat"
Entah kenapa aku pula yang terasa sebak. Aku tak kuat. Anak kecil aku rindukan ayahnya yang entah-entah tak tahu tentang kewujudannya. Kalau aku tahu, aku cakap sahaja yang ayah dia dah lama mati.
"Bila daddy nak balik rumah kita?" soalnya dan kepalanya diangkat memandang wajah sedih aku.
Nasib baik air mata aku tidak menitis lagi di pipi. Kalau tak pasti dia akan lebih menyoal. Senyuman penuh paksa aku berikan.
"Daddy kena settlekan hal daddy dulu. Habis sahaja kerja, mommy yakin daddy mesti balik. Okay?"
Dia mengangguk sahaja. Kepala kembali disandarkan pada bahu aku. Aku menepuk belakang tubuhnya untuk melenakannya. Sambil itu kaki aku mula melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu semua sudah ditutup rapat. Aku menapak ke bilik kami lalu letakkan tubuh Dylan di atas katil aku.
"Sian anak mommy. Dylan cuma mahukan kasih sayang dari daddy. Tapi kenapa sampai sekarang Kai tak muncul-muncul? Dia lupa tanggungjawab dia pada kami ke?"
Akhirnya air mata yang sudah bertakung menitis di pipi aku. Dengan cepat aku menyekanya. Takut-takut kalau Dylan sedar.
Dahi Dylan aku cium dengan kasih sayang.
"Mommy sayang Dylan sangat-sangat. Perginya Dylan matilah mommy"
***
Aku hanya memerhatikan sekitar ruangan lobi hotel ini. Dewan yang besar yang boleh memuatkan beribu-ribu orang. Hari ini akan berlangsungnya majlis persaraan dan majlis hari jadinya untuk Tuan Wilson. Jadi genaplah dia berumur 70 tahun. Maka; segala tugasnya akan diserahkan kepada satu-satunya anak lelakinya, Aayden.
"Rachel"
Aku berpaling dan melihat Aayden dengan baju kemeja putihnya. Lengan baju disinsing hingga ke paras siku. Dia mendekati aku sambil tangan menarik tali lehernya dan membuka butang baju paling atas.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Любовные романы"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...