Aku bukan nak perasan tetapi aku rasa aku diperhatikan oleh seseorang. Apabila aku angkat sahaja kepala aku, wajahnya elok memandang aku.
"J-jay? Awak okay ke?" tangan aku diayunkan di depannya.
Dia seakan tersedar terus mengalihkan pandangan. Lily yang berada di sebelah hanya tersengih-sengih mengusik kami. Sebab apa? Sebab dia tahu aku pernah sukakan Jay dulu.
"Awak kenapa Jay? Tengah angau eh?" soal Lily tanpa berlapis.
Aku menolak sikunya.
"Apa? Betullah apa aku cakap. Dia pandang kau macam tengah jatuh hati. Betul kan Jay?" gadis itu tersenyum penuh makna.
"Lily, you better stop right now. You make him feel uncomfortable" tekan aku.
Jay berdehem dan mata menunduk memandang kertas.
"Nak jatuh cinta pun tak boleh. She not mine" balasnya perlahan tetapi aku boleh mendengarnya.
"Eh! Apa pula? Setahu saya Rachel tak ada hubungan dengan siapa-siapa pun. Kan?" Lily memandang aku meminta kepastian.
"She will get married, Lily. You don't know about that?"
Membuntang mata Lily. Terus aku menundukkan kepala. Bodoh! Mulut Jay memang tak boleh tutup. Lily terus memegang bahu aku.
"Apa Jay cakap tadi? Kau dah nak kahwin? And you didn't tell me anything?"
Aku hanya tersenyum kekok dan mengangguk. Padahal aku dah pun berkahwin. Perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan dah pun.
"Wow, so you already move on from him" jari dituding ke Jay.
Membulat mata Jay dan aku segera menarik tangannya.
"Janganlah" bisik aku kepada Lily.
"Kita sambung kerja kita" kata aku.
Padahal aku dah rasa malu sangat sekarang. Mesti Jay syak sesuatu. Bodoh punya Lily. Mulut memang tak ada lesen. Aku saman kang baru tahu.
***
Langkah besar dan ceria menuju ke bangunan Shaquille & Co. Aku menuju ke receiptionist dan nama Kai disebut. Gadis itu terus memberikan green light kepada aku.
Katanya Kai ada meeting waktu sekarang jadi dia minta aku tunggu di dalam biliknya. Aku terus meletakkan plastik makan di atas meja dan duduk di sofa. Kaki terjuntai-juntai tak menyentuh lantai. Pendek sangat ke aku?
Kepala terus disandarkan. Mata dipejam. Penat. Nasib semua assignment sudah tamat. Tinggal final exam sahaja dan aku bakal menamatkan pelajaran. Aku boleh kerja selepas itu.
Auditor, adalah cita-cita aku.
Harap aku berjaya capai gelaran itu suatu hari nanti. Tiba-tiba aku terdengar suara jerkahan dari luar. Terus mata dibuka dan badan ditegakkan.
"Aku nak kau repeat apa yang kau buat! Kerja bodoh apa kau bagi aku?"
Itu suara Kai.
Alamak. Dia tengah mengamuk ke dekat luar? Aku salah timing nampaknya.
"Aku bagi masa sampai petang ini, kalau kau tak boleh siapkan, memang nahas kau"
Kemudian tombol pintu biliknya dipulas. Terus aku berdiri. Apabila pintu dibuka terus matanya tajam menikam aku. Aku mengangkat tangan melambai kepadanya.
"Hi" tegur aku dengan berhati-hati.
Wajahnya bengis. Terus pintu dihentak dengan kuat hingga bahu aku terhinjut. Takut.
"K-kai, saya ganggu awak ke?" soal aku.
Kakinya menuju ke arah aku dan terus tubuh aku dipeluknya kemas. Terkejut aku. Nafasnya kedengaran amat berat. Mesti dia penat. Aku pun memeluk pinggangnya.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...