Aku terkaku sekejap. Mata tidak lekang langsung daripada memandangnya.
"Mommy. Daddy's here. Daddy is back"
Suara kecil Dylan mengembalikan aku ke realiti. Aku tak bermimpi. Lelaki itu betul-betul di hadapannya.
"Mommy look here. This is my daddy" Dylan tersenyum ceria dan memegang pipi Kai.
Kai hanya ketawa kecil. Sungguh aku rindukan gelak ketawanya. Tapi aku kena kuat.
"Yes. I'm your daddy, prince" balasnya.
Dylan tersenyum lagi dan leher Kai teus dipeluknya erat. Jelas dia merindukan daddynya walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu.
Aku tak boleh nak pisahkan mereka berdua. Tetapi sekarang, aku kena pergi. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan dia.
"Dylan, come. Jom kita balik" aku ingin mengambil Dylan tetapi Dylan malah memeluk erat leher Kai.
"Dylan, mommy said let's go. Kita kena balik. Mommy ada kerja kena buat lepas ini. Come" sekali lagi aku cuba mengambilnya tetapi dia masih sama.
Baju Kai dipegang erat olehnya. Aku mula terasa nak marah lagi-lagi wajah Kai yang masih selamba itu.
"Dylan! Kenapa degil sangat ini?" tanpa sengaja aku termarahnya.
"Hei, kenapa nak kena marah Dylan ini? Dia nak luangkan masa dengan saya. Give us more time please" dengan lembut lelaki itu berbicara.
Boleh bercakap rupanya. Ingatkan dah bisu sampai tak nak langsung tegur aku.
"Ini anak saya tau. Suka hati sayalah nak marah ke tak. Awak nak menyibuk kenapa eh?" aku marah pula pada Kai.
"Anak awak anak saya juga. Saya cuma nak jumpa dia sekejap sahaja" balasnya.
"Saya tak kisah awak nak jumpa dia berapa lama ke apa. Tapi sekarang saya nak balik. Saya ada kerja lepas ini. Jadi saya kena cepat. Dylan let's go" dengan kasar aku menarik Dylan ke dalam dukungan aku.
Kai pula hanya pasrah. Dylan pula mula menangis mahukan Kai. Aku tak peduli. Aku tak sanggup nak berdepan dengan lelaki itu. Kaki laju menapak menuju ke kereta. Kai malah mengekornya dari belakang.
"Daddy" Dylan mula memanggil-manggil nama Kai. Tangannya juga tergapai-gapai mahukan Kai. Tapi aku tak peduli.
"Yes, prince. Ada masa kita jumpa lagi ye?"
Aku meletakkan Dylan ke tempat duduknya di sebelah aku. Tali pinggang semua siap dipasang.
"Ada masa kita jumpa lagi. Daddy janji daddy akan jumpa Dylan" ucapnya.
"Tolong jangan nak janji macam-macam dekat dia. Nanti dia berharap kalau awak mungkir janji palsu awak itu" dengan sinis aku membalas tanpa memandang wajahnya.
Wajahnya muram. Mungkin sedar salahnya.
"Say bye to daddy" suara aku dilembutkan kepada Dylan.
Dylan melambaikan tangan kepada Kai sebelum aku menutup pintu belahnya. Nampak betapa sedihnya wajah kerana terpaksa berpisah dengan Kai. Wajah Kai kelat-sekelat kelatnya. Aku mula menuju ke tempat pemandu tetapi sebelum itu aku berpaling memandangnya.
"Oh, sebelum itu. Saya tidak kisah awak nak bawa anak awak keluar makan ke main ke. Nak bermalam dengan awak pun saya tak kisah. Macam yang awak cakap anak saya anak awak juga But, please let me know at least"
Dia hanya diam. Aku pun terus berlalu pergi. Selepas enjin dinyalakan, kereta aku berdesup pergi dari situ meninggalkannya. Dari cermin sisi aku dapat lihat yang dia masih tercegat di tempat dia berdiri tadi.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...