"Kita balik rumah mama hujung minggu ini"
Aku yang sedang melipat baju mengangkat wajah memandangnya yang sedang membuka tali lehernya.
"Kenapa? Ada hal ke?" soal aku balik.
"Mama ada buat majlis untuk kau. Untuk apa aku tak tahu. Sayang betul mama aku dekat kau" balasnya dan membuatkan aku tersenyum.
Puan Shaqiulle memang baik. Dia melayan aku serupa anak gadisnya. Itulah kalau takada anak perempuan. Takpe, sekurangnya dapatlah lepaskan rindu dekat mama aku.
Apa jadi dekat mama? Sihat kah dia? Sudah lama aku tidak menelefonnya. Aku pun berpusing mencari telefon bimbit aku.
"Kau cari apa?" soalnya.
"Handphone saya" aku bangkit dan menuju ke meja solek.
Apabila aku ingin mencapai handphone aku tangan Kai terus menyentuh aku. Aku mengangkat wajah memandangnya. Terus telefon aku dirampas.
"Let me check your phone first" dia terus membuka telefon aku tetapi gagal kerana password.
Terus skrin ditalakan ke wajah aku dan serta merta password aku terbuka kerana face id. Dia tersenyum dan terus ditelek telefon aku.
"Awak nak buat apa? Baklah sini. Saya nak telefon mama saya" aku cuba merampas tetapi dia mengangkat tinggi telefon aku.
Mentang mentang dia tinggi kan. Fokus dia menelek.
"Apa kau save nombor lelaki itu?" soalnya.
Kening aku bertaut dan dahi berkerut.
"Lelaki mana pula?" soal aku balik.
"Jay Henderson" dia memandang tajam ke arah aku.
Air liur diteguk perlahan. Seriau kalau tengok muka garang dan marah dia.
"Saya tak ada pun nombor dia" jawab aku perlahan.
"Ha? Apa dia? Aku tak dengar" dia mendekatkan telinga depan aku.
"Saya tak ada nombor dia" jawab aku dengan lebih kuat.
"Apa? Cuba cakap sekali lagi. Aku tak dengar"
Aku merengus geram dan terus telinganya aku gigit.
"Rachel! Sakit"
"Ha. Pekak ke? Sengaja kan sebenarnya. Tak guna" aku terus merampas semula telefon aku dan kali ini berjaya.
Kaki melangkah pergi sambil itu nombor mama didail. Skrin telefon ditekup di telinga aku. Menunggu panggilan dijawab oleh mama.
"Hello"
"Mama! How are you? I miss you so much" aku memegang tombol pintu ingin keluar tetapi Kai memegang tombol itu pula
"Yeah. I'm fine. Everything is okay" jawab aku dan mata menjegil ke arah Kai.
Dia malah hanya tersenyum dan dari belakang dia memeluk pinggang aku. Tak guna. Dia sengaja. Aku menolak tangannya tetapi dia malah erat memeluk aku.
"You don't miss me, sexy?" bisiknya di telinga sebelah aku.
Aku mengalihkan telefon dari telinga aku.
"Shut up! Saya tengah bercakap dengan mama saya kan" marah aku dan kembali ditekap telefon pada telinga.
"Yes ma. Kai? He not here. Dia belum balik lagi. Sekejap lagi baliklah itu" jawab aku dan dapat ketawa kecil dari Kai.
Aku menampar lengannya kuat supaya jangan ganggu aku. Tetapi dia malah membenamkan wajahnya pada celahan leher aku.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...