Kai hanya menunduk memandang bawah manakala aku asyik merenungnya. Dah macam terbalik pula. Kami berdiam diri selepas sahaja Kai meluahkan segala isi hati dia.
Tidak adil untuk dia kerana aku. Aku terlalu ikutkan marah aku sehingga aku lupakan perasaan dia. Ah, pedulikan semua itu. Dia juga tak pernah fikirkan perasaan aku kan?
"Kau betul-betul serius nak berpisah dengan aku?" soalnya untuk kali keberapa aku pun tak tahu.
Aku mengeluh berat dan mengangguk. Dia kembali mendiamkan diri.
"Saya yakin dengan keputusan saya kali ini. Lagipun itu yang kita rancangkan sebelum awak kemalangan kan?"
"But, aku masih tak sihat" ujarnya laju.
Aku tersenyum nipis.
"Ye. Saya tahu. Saya dah kata saya akan jaga awak sampai awak sihat kan. I will do it"
Dia menjeling ke arah aku sekilas dan kembali menundukkan kepalanya. Dah persis budak-budak merajuk dah.
"Tapi, saya masih dengan keputusan saya" degilnya aku.
Kai meraup rambutnya yang menutup hampir semua dahinya.
"Rachel. Kau tahu aku tak boleh kan?"
Aku diam. Dia pun kembali mendiamkan dirinya. Tidak mahu memandang aku dia terus melemparkan pandangan ke luar balkoni.
"Kai, saya cintakan awak" ujar aku.
Dia mengangkat wajahnya dan memandang aku dengan riak bagai tidak percaya.
"Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tiada sesiapa yang bakal menggantikan tempat awak di hati saya, Kai" aku meletakkan tangan di dada aku.
Dia tersenyum nipis.
"Tapi saya juga bencikan awak. Saya benci semua tentang awak. Rasa sakit itu takkan hilang dengan begitu mudah, Kai" ujar aku dengan lembut.
Senyumannya perlahan-lahan membundar.
"Dan awak juga. Saya tak yakin dengan cinta awak. Ye, saya tahu awak sayangkan saya. Cintakan saya. Tapi setiap perbuatan awak tak membuktikan setiap bait kata cinta awak pada saya" sambung aku.
Dia menundukkan wajahnya semula.
"Awak kena cari semula apa maksud cinta pada awak. Betul ke cara awak meluahkan rasa cinta awak. Buang segala dendam, ego awak. Hilangkan segalanya. Tutup buku lama buka buku baru. Saya yakin awak akan faham apa yang saya maksudkan"
Kai menegakkan badannya mendekati aku.
"Tapi, Rachel. Kaulah maksud cinta buat aku. Aku terlalu cintakan kau sampai aku jadi buta terhadap semua perkara" balasnya.
Aku tersenyum dan menggelengkan kepala aku menidakkan kata-katanya.
"Awak bukan buta. Awak obses. Memang bagus ada sikap itu pada diri awak sebagai tanda awak benar-benar mahukan saya. Tapi itu tak bermaksud awak cintakan saya. Mungkin awak cintakan tubuh saya"
"Rachel. Kau cakap apa ini?" gertaknya.
Aku tersenyum halus lagi ke arahnya.
"Please don't smile. Aku tahu kau tak okay" dia menyandarkan badannya pada sofa semula.
"Kalau diberikan pilihan, memang saya masih nak bersama dengan awak. Saya nak bina hidup baru kita bersama dengan Dylan. Tapi"
Aku menggelengkan kepala.
"Hubungan kita terlalu rapuh. Hubungan kita dah hampir lunyai kerana orang ketiga. Dan kerana itu juga kepercayaan saya sudah hilang pada awak. Saya takut orang-orang itu kembali pada kita semula pada waktu hubungan kita sudah hampir menjadi kukuh semula" terang aku.
YOU ARE READING
Mr. Pervert Is My Husband (New Version)
Romance"No matter what I'll still loving you!" New Version of Mr. Byuntae Is My Husband New Cast New Character New Storyline *Something is coming ...* Cast: Kai Shaquille Rachel Walton Update: 8 March 2022 Last: 4 November 2022 Highest Ranking #1 in Kai #2...