Ting ting ting
"Hmmm," telefon pintar yang berada di sebelah kiri dibuka.
"What! I'm late," jerit Adelia. Jam menunjukkan pukul 7:23. Hanya beberapa minit sahaja lagi loceng sekolah akan berbunyi.
Tanpa melengahkan masa, Adelia terus masuk ke dalam bilik air. Selesai sahaja mandi, dia mengambil beg sekolah dan turun.
"Ad, kenapa lari?" tanya Datin Anna yang berada di ruang tamu.
"I'm late, mama," Adelia menyarung stokin dan kasut sekolah dengan laju.
"Like what papa said yesterday," Dato Adzib baru sahaja keluar dari dapur. Tangan disilangkan di dada.
"Dan ia pun menjadi kenyataan di dalam dunia nyata ini," Datin Anna berkata. Mulut mula mengukir senyuman.
"Stop it,"
"Lain kali kalau orang tua cakap kena dengar bukan buat pekak je," kata Dato Adzib. Dia berjalan menuju ke arah isterinya.
"Ya, papa. Lain kali Ad dengar. Jomlah Ad dah lewat," Adelia keluar dari rumah dan terus masuk ke dalam perut kereta.
Dato Adzib dan Datin Anna hanya ketawa melihat anak gadisnya itu. Itulah tak nak dengar cakap lagi.
"Alhamdulillah, sampai juga," Adelia teruskan perjalanan sehinggalah sampai ke kelas 5 Aster.
"Oi, lewat hari ni," jerit Farhan kuat apabila Adelia masuk ke dalam kelas.
"Bisinglah, Han. Memekak je kerja," jerit Adelia. Dia menutup telinganya dan pergi ke tempat duduk.
"Hai, kenapa ni?" tanya Khalif. Dia memandang wajah Adelia.
"Hmmm, mengantuk," kepala Adelia elok diletakkan atas meja.
"Ni mesti tidur lewat," Rizqin bersuara.
Adelia mengangguk kepala tanpa memandang Rizqin. Oh meja! Kenapa engkau serupa dengan bantal di rumah. Selesa pula tidur di sekolah beralaskan meja.
"Mengantuk tidur dekat rumah bukan dekat sekolah," kata Harraz mendatar.
"Oh my god, you have a voice," perli Adelia. Dia memandang wajah Harraz dengan riak wajah terkejut. Hilang mengantuk tadi gara-gara terdengar suara Harraz.
"Shit," Harraz bersuara perlahan.
"Mama pesan jangan pernah mencarut nanti dosa," teringat pesan Datin Anna yang melarang dirinya untuk mencarut. Datin Anna juga pernah berpesan jika ada rakan yang mencarut tegur sahaja.
"Tu mama kau bukan aku," jeling Harraz.
"Memanglah, kalau mama saya mama awak juga kita ni darah daging lah. Lagipun kalau awak darah daging saya, saya tak nak ada abang macam awak. Sombong," kata Adelia. Perkataan 'sombong' sengaja ditekankan.
Membulat mata Harraz dikata begitu. Tidak pernah mana-mana perempuan berani mengatakan begitu kepadanya.
"Perghh, Ad. Sentap member ha," Rizqin menepuk kuat belakang Harraz sambil ketawa.
"Hahaha, sokong," sokong Khalif. Kini Khalif pula menepuk mejanya sendiri sambil ketawa. Nak tepuk member, member jauh. Tepuk aja lah meja tu.
"Sakitlah," tangan Harraz menolak tangan Rizqin yang tidak berhenti memukul dirinya.
Adelia tersenyum gembira, suka sangat dengan friendship mereka.
"Bangun. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, cikgu," ketua kelas memberi salam.
"Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, cikgu," diikuti oleh semua pelajar yang berada di dalam kelas.
"Waalaikumussalam, duduk," Cikgu Surya mengangguk sedikit. Cikgu Surya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu menengah atas sahaja.
"Cikgu, saya dah siap!" kata Adelia sambil mengangkat buku tulis. Memang sengaja ingatkan Cikgu Surya tentang kerja sekolah dua minggu lepas.
"Sumpah Ad jahat," Aini berkata perlahan. Sudahlah dia tidak siap kerja Cikgu Surya akibat lupa.
"Oh ya, cikgu hampir lupa kerja sekolah kamu semua dua minggu lepas," Cikgu Surya menepuk tangan sekali.
"Jadi cikgu nak kamu semua kumpul buku tulis letak atas meja cikgu. Cikgu akan tanda buku kamu semua memandangkan masa cikgu hanya semasa sahaja," sambung Cikgu Surya sambil menepuk-nepuk meja guru.
Bangun sahaja meletakkan buku tulis di meja cikgu, mereka terus kembali ke tempat asal.
"Erm,"
"Kenapa ada lapan belas buah buku sahaja? Kelas kamu bukan lapan belas orang kan?" tanya Cikgu Surya dengan riak wajah pelik. Tak akan anak didiknya tidak siap, seminggu dia memberi masa untuk siapkan.
"Errr," beberapa orang pelajar bangun serentak.
"Okey, tak payah tanya. Cikgu yakin yang berdiri ni tak siap," Cikgu Surya memandang tajam ke arah beberapa orang pelajarnya.
Mereka mengangguk kepala perlahan.
"Tapi cikgu, saya tak siap sikit je lagi," Batrisya bersuara.
"Betul tu cikgu," sokong rakannya. Seperti biasa Sarah lah yang akan menyokong Batrisya manakala Nurin telah siap kerja sekolah yang diberikan.
"Aihh, kamu ni,"
"Okey, macam ni. Alang-alang cikgu tanda buku tulis rakan kamu. Kamu boleh buat kerja sekolah cikgu, nanti dah siap hantar," kata Cikgu Surya lembut.
"Baik, cikgu,"
"Boleh duduk ke cikgu?" tanya Sarah yang sudah lenguh berdiri.
"Boleh, duduklah,"
"Yes,"
Waktu rehat sudah tiba, mereka kini pergi ke kantin sekolah. Adelia mengemas buku serta alat tulis di atas meja terlebih dahulu sebelum pergi ke kantin.
"Jom rest sama-sama," ajak Adelia kepada tiga orang jejaka.
"Jom," Khalif dan Rizqin mengangkat tangan kanan sambil melompat. Harraz seperti biasa hanya memerhati sahaja.
"Kitaorang pergi dululah nak cari tempat," kata Khalif. Rizqin di sebelahnya mengangguk setuju.
"Okay, bye bye," Adelia melambai tangan.
"Jom kita pergi ikut diaorang cari tempat," Adelia menunjuk ke arah Khalif dan Rizqin yang sudah jauh.
"Aku tak nak rehat dengan kau," kata Harraz mendatar. Tidak menoleh langsung ke arah Adelia yang berada di hadapannya.
"Tapi saya nak,"
"Aku tak nak, faham?" Harraz menundukkan sedikit badannya supaya sama ketinggian dengan Adelia.
"Awak sombong,"
"Diri aku,"
"Awak jahat,"
"Suka hati aku,"
"Awak musuh saya,"
"Aku tak kisah,"
"A...," terhenti percakapan Adelia.
"Ish memekak betul kau ni. Cepatlah nanti habis pula masa rehat ," Harraz lantas memotong dan menarik kain yang dipegang oleh Adelia.
"Slow, slowlah,"
"Tak dengar,"
"Tak dengar apanya, bukannya saya cakap perlahan,"
"Tak dengar juga," Harraz mempercepatkan lagi perjalanannya sehinggalah sampai ke kantin.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...