Garam sudah, cukup rasa pun sudah tapi kenapa rasa macam ada yang kurang. Tak akan nak letak gula pula. Tak pernah lagi Adelia tengok orang lain letak gula dalam nasi goreng. Adelia membuat muka tidak puas hati. Semua tak jadi ni macam mana nak suruh Harraz makan.
"Eee, bencilah!" Adelia mencampak sudu yang digunakannya untuk rasa nasi goreng tadi. Tiga kali juga dia merasa nasi goreng selepas meletakkan garam dan cukup rasa tadi.
"Hey hey, kenapa ni?" mujurlah Harraz tidak pergi kerja lagi. Kalau tidak entah apa yang terjadi dengan Adelia pun tak tahu.
"Tak sedap pun," komen Adelia. Benda tak sedap memang komen tak sedaplah. Biarlah dia sendiri yang masak tak sedap.
"Semua benda dah letak, nak letak apa lagi?" Adelia merenung nasi goreng yang berada di dalam kuali. Memang cari pasal nasi goreng ni. Sengaja tak nak kasi Harraz makan lah tu.
"Meh, nak rasa," Harraz mengambil sudu yang jatuh di sisi kuali. Dia mengambil sedikit nasi goreng di dalam kuali itu dan menyuap ke dalam mulutnya.
"Hm, patutlah," sudu diletakkan semula. Harraz sudah tahu apa yang kurang sekarang ini.
"Apa dia?" tanya Adelia. Betullah apa yang Adelia teka. Memang ada yang kurang.
"Ayesh tak letak kasih sayang dalam ni sebab tu rasa tak sedap. Cuba Ayesh letak kasih sayang, mesti sedap," nasi goreng di hadapannya ditunjuk. Bagi Harraz nasi goreng yang Adelia buat sudah sedap dan tiada yang kurang tetapi niatnya untuk mengenakan Adelia itu mendalam jadi dia berkata begitu.
"Ayesh letaklah, Ayeed tak nampak mana boleh cakap macam tu," tadi tak puas hati dengan nasi goreng sekarang tak puas hati dengan Harraz.
"Iya ke?" Harraz mengjongketkan keningnya.
"Iya, cakaplah apa yang kurang,"
"Tak ada apa pun yang kurang, Ayesh," Harraz mengambil mangkuk plastik besar untuk meletakkan nasi goreng di dalamnya.
"Tak sedap macam kat kedai pun," Adelia memandang Harraz. Tak sedap pun nak letak dalam mangkuk plastik besar itu juga. Rela betul makan makanan yang tak sedap.
"Dekat kedai letak aji-no-moto," terang Harraz. Sebab itu lah setiap kali pergi ke kedai akan rasa lain. Datin Qayla pun tidak pernah letak aji-no-moto setiap masakannya. Datin Qayla hanya meletakkan garam dan cukup rasa sahaja kalau di dalam nasi goreng. Itu apa yang Harraz nampak.
Adelia mengangguk. Patutlah setiap kali pergi kedai makanan mereka bukan main lagi sedap. Letak aji-no-moto di dalam makanan rupanya.
"Jom, makan. Nanti Ayeed nak pergi kerja pula," panggil Harraz. Dari tadi lagi dia sudah duduk di kerusi siap dengan hidang lagi.
"Okey,"
Gatal betul kaki nak keluar rumah. Asyik terperap aje dalam rumah nak juga keluar mangambil angin sekejap dalam kawasan rumah. Tak akan lah tak boleh. Tak ada gunanya kawasan rumah cantik tapi tak boleh tengok puas-puas. Tahu kawasan rumah ini cantik pun tengok masa hantar Harraz depan pintu. Kalau di dapur dapat tengok melalui tingkap sahaja.
Adelia termenung. Tidak tahu mahu buat apa lagi. Semua sudah siap. Kemas dapur dah, kemas ruang tamu dah, tempat tidur pula Harraz awal-awal lagi sudah tolong kemas. Nak masuk bilik lain dia tidak tahu mahu buat apa nanti.
Ting... Tong...
Adelia tersedar. Dia bangun dan mengintai melalui cermin. Tiada orang pun di situ kecuali kotak kecil bersama kad. Adelia mengambil tudung sarungnya dan membuka pintu untuk keluar mendapatkan kotak kecil itu di hadapan pagar.
Adelia membuka kad terlebih dahulu. Tiada apa tulisan di dalam itu kecuali darah. Dia mula hairan. Kenapa hantar darah ini. Masa Harraz tiada di rumah pula tu. Kotak kecil pula dibuka. Ada sampul di dalam itu. Dia membuka sampul itu dan mengambil beberapa isi gambar. Gambar ini masa dia kena seksa kerana tidak memberitahu Harraz di mana. Apa tujuan mereka hantar gambar ini.
Adelia memandang sekeliling. Takut ada orang yang curi-curi tengoknya sekarang ini. Dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke dalam rumah. Pintu dikunci. Adelia melihat sekali lagi gambar itu. Tertanya-tanya Adelia dengan mereka yang menghantar ini.
Setahu Adelia dia tidak pernah ada musuh selama ini. Tak akan lah The Geng Gedik di sekolahnya itu pula. Nak cakap bukan boleh jadi kerana The Geng Gedik itu berdendam dengannya. Tak mungkin rancangan yang ingin mencederakannya hari itu mereka bertiga.
Adelia mendiamkan diri. Apabila difikirkan balik ada betulnya Harraz menghalangnya keluar dari rumah. Mungkin Harraz tahu dirinya akan dicari sekali lagi. Tetapi kenapa dia bukan orang lain. Nasibnya ketika sekolah sudah malang tak akan masa besar pun malang juga. Sedih betul hidup Adelia.
"Wake up, Ayesh," pipi Adelia ditepuk lembut. Kesian Adelia menunggu Harraz sampai tertidur di atas sofa. Harraz sendiri pun tidak sangka hari ini bertimbul kerja yang perlu disiapkan sampai lewat malam baru pulang.
"Ayesh," pipi Adelia dimainkan. Harraz menggunakan jari telunjuknya untuk melukis bentuk cinta di pipi Adelia.
"Ayesh, bangunlah!" kata Harraz menahan geram. Pipi Adelia digigit. Geram dengan pipi Adelia yang terkeluar itu.
"Ayeed, sakit," wajah Harraz ditolak. Kuat sangat gigit pipi Adelia, mahu berdarah pipinya.
"Ayeed jahat, hiks," Adelia mula menangis. Sudah berkali-kali Adelia menolak Harraz tetapi tidak berganjak langsung. Bukannya perlahan Harraz gigit pipinya. Macam nak deranya sahaja.
"Ayeed nak makan pau pun tak boleh," kata Harraz sebelum dia menggigit semula dan mencubit pipi Adelia. Dia bangun dan membetulkan baju kerjanya yang masih ditubuhnya.
"Ni pipi bukan pau!" Adelia mengelap pipinya kasar. Memang nak kena Harraz ni pergi samakan pipinya dengan makanan.
"Ayeed nampak macam pau biarlah," tidak mahu kalah Harraz.
Adelia membuat muka tidak puas hati. Harraz ni semua nampak macam makanan. Nak cakap kuat makan tak kuat makan pun. Mujur pipi sahaja nampak begitu, kalau tubuhnya nampak macam makanan juga habislah. Mesti masuk berita suami makan isteri sebab nampak macam makanan. Haish, minta jauhlah.
"Jom tidur," tangan Adelia ditarik. Daripada tengok wajah Adelia tidak puas hati baik masuk bilik tidur. Buat pula dekat Harraz wajah begitu.
"Tadi mengantuk kan," Harraz berhenti menarik tangan Adelia. Tak akan marah pasal tadi sampai tak nak tidur.
"Ngantuk," Adelia mengangguk. Dia bangun dan mengikut Harraz. Kalau Harraz ke kiri, dia ke kiri. Kalau ke kanan, dia ke kanan. Tahu sangat Harraz mengusiknya tapi disebabkan mata berat sangat Adelia ikut sahaja.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
General Fiction"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...