Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam Datin Anna bertanya pasal persetujuan Adelia dan membuat persiapan. Tahu-tahu hari ini tubuhnya lengkap dengan baju pengantin. Itulah, pejam celik lagi kan dah cepat!
Adelia menyapu sedikit make-up di wajahnya. Tebal sangat ni, dia pakai pun nipis sahaja. Nampak sangat mak andam itu tidak pandai bersolek di wajah orang. Ini dia sapu pun diam-diam. Kalau mak andam itu ada mesti kena marah. Tapi Adelia tidak kisah, Dato Adzib yang membayar bukannya tidak membayar mak andam itu.
"Daughter, kenapa lap ni?" tangan kanan Adelia dipegang. Laju pula tangan Adelia ingin mengelap semua make-up di wajah. Datin Anna tidak pernah jumpa lagi orang seperti ini kecuali anaknya sendiri.
"Tebal, nampak macam badut," kalau tangan kanan dipegang, dia guna tangan kiri pula untuk mengelap. Tisu di atas meja diambil dan mengelap wajahnya. Kalau nak dibandingkan dengan badut, badut lagi cantik.
"Bukan nampak macam Adelia Ayesha?" layankan sahaja lah anak gadisnya, Adelia. Bukan selalu layan perangai Adelia seperti ini lagipun nanti Adelia tidak bersamanya lagi selepas ini.
"Bukan," Adelia menggeleng. Malas nak mengaku dirinya kalau wajahnya sendiri dibalut dengan make-up yang tebal. Hidung merah menyala macam badut. Pipi merah macam tengah blushing. Bibir pula nampak macam kena sengat dengan lebah.
"Iyalah, cepat sikit nanti pengantin lelaki nak sampai," belakang Adelia ditepuk perlahan. Nak jadi isteri orang sudah.
"Siapa pengantin lelaki tu, mama?" berdebar pula kalau Ikhwan menjadi pengantin lelaki itu. Kalau orang lain yang dia tidak kenal tahan lah sikit berdebar itu.
"Ikhwan," bahu serta kening Datin Anna diangkat. Mulut pula disengetkan sedikit. Risau pula Adelia ini jika dikahwinkan dengan Ikhwan.
"Mama," Adelia membuat muka simpati. Dia sudah ceritakan semua pada Datin Anna tak akan Datin Anna tidak faham langsung yang dia tidak mahu berkahwin dengan Ikhwan ataupun rakan sekolahnya dahulu.
"Tak tahu, tak tahu," bahu Datin Anna dijongket sebelum dia keluar turun ke bawah. Hari ini mereka akan akad nikah di masjid berdekatan rumahnya. Biasalah tak boleh jauh-jauh nanti awning tudung pengantin perempuan tak jadi kalau berada di dalam kereta dan bergerak sana sini. Macam Adelia, dia mana pernah duduk diam di dalam kereta.
Adelia menatap pemergian Datin Anna. Nasib sayang kalau tidak dia sudah lari dari perkahwinan ini. Datin Anna kalau sudah cakap A maka A lah, tak boleh nak B atau C dah.
"Nasib mu begitu malang, Ad," wajah Adelia ditatap melalui cermin dan memegang wajahnya dengan kedua belah tangan di pipi.
"Ad, pengantin lelaki dah sampai. Pengantin perempuan je ada dekat rumah lagi," kata Bibik Kiah dengan ketawa perlahan. Mana tidaknya, selalunya dia akan melihat pengantin perempuan dulu sampai baru lelaki. Ini pertama kali dia melihat pengantin lelaki sampai dulu. Ia itu pada Adelia lah.
"Malasnya nak kahwin!"
Kalau tahu nak akad nikah hari ini hafal lah namanya semalam bukan hari ini. Ini mesti main game semalam itu yang tak hafal nama penuhnya. Sia-sia sahaja dia datang awal kalau pengantin lelaki baru nak hafal nama penuhnya. Itu apa yang dikatakan oleh Datin Anna sendiri. Kalau tahu dari awal begini, dia akan datang lewat lagi.
Pengantin lelaki angguk, tok kadi pun angguk. Tak lama lagi sah lah Adelia menjadi isteri kepada orang yang dia tidak kenal. Dari belakang dia mula bayangkan itu Ikhwan. Mana taknya kalau Datin Anna sendiri yang bagitahu dia akan berkahwin dengan Ikhwan.
Adelia mempunyai satu rancangan daripada dia mendengar nama pengantin lelaki yang akan disebut nanti baik dia pakai earphone. Adelia mula masukkan earphone di telinga kanan dan kiri. Kalau pakai sebelah sahaja mana jadi. Dia buat pun sebab dia tak nak dengar nama pengantin lelaki. Kalau dengar nama Ikhwan nanti boleh pengsan dirinya. Adelia berharap bolehlah memakai earphone di dalam masjid dan majlis akad nikahnya. Kalau tidak boleh nanti dia akan meminta ampun pada tuhan.
"Daughter, daughter,"
Terperanjat Adelia dengan pukulan Datin Anna yang mendarat di atas pehanya. Pedih, kalah orang lain. Adelia menggosok pehanya dan memandang sekeliling. Kalau tadi dia terperanjat kerana pukulan sekarang dia terperanjat kerana orang ramai memandangnya. Pengantin perempuan yang paling cantik mereka pernah jumpa mungkin sebab itu pandang semacam. Adelia menunduk. Malu pula rasanya. Adelia membuka earphone secara sorok-sorok.
"Your hand, please," Adelia mengangkat kepalanya. Sedap aje minta tangan dia.
Pengantin lelaki dan pengantin perempuan menatap satu sama lain. Bagaikan mimpi sahaja ketika ini. Rela tidak bangun tidur jika ini mimpi. Jika ini benar mereka berdua lah orang yang paling bahagia.
Harraz melarikan matanya dan memegang tangan Adelia untuk menyarungkan cincin. Cincin pengantin perempuan berbentuk bunga di tengah dipilih Datin Qayla. Manakala cincin pengantin lelaki dipilih Datin Anna. Cantik apabila cincin itu sudah berada di tangan mereka.
Aduh! Bengkak rasanya kepala ni. Boleh pula Harraz meletakkan tangan dia atas kepala Adelia dengan kuat. Macam nak suruh Adelia hilang ingatan sahaja. Orang lain bukan main perlahan lagi letak di atas kepala isteri masing-masing. Sampai kepada Adelia, Harraz buat perlahan sangat. Baik betul! Mana lah nak cari suami mithali macam ini.
Adelia menggosok kepalanya sambil memandang Harraz. Relax betul Harraz ni duduk atas katil dia. Sudah lah tak meminta maaf dengan dirinya langsung. Itu baru kepala. Masa bersanding tadi, bila jurugambar suruh buat aksi sweet bukan main patuh lagi Harraz. Harraz letak tangan kanannya di atas bahu Adelia dengan kuat. Macam nak lepaskan marah sahaja. Harraz ingat dia ni bukan benda hidup ke? Semua benda nak buat kuat-kuat.
"Pergi mandi tu. Busuk katil saya," jangan cakap tak busuk lah tubuh masing-masing. Menjadi raja seharian bercampur dengan bersanding lagi memang letih. Berpeluh satu badan. Selama ini ingatkan pengantin tipu gara-gara tak nak buat kemas sekali.
"Arraz," ralit betul Harraz ni bermain telefon. Tak dengar ke Adelia panggil dia tadi. Tak akan baru kahwin dah pasang niat nak kahwin lain kut.
"Hm," Harraz menutup telefon pintarnya dan diletakkan di atas meja tepinya. Dia menatap wajah isterinya dengan kening diangkat sebelah.
"Hm! Hm! Orang suruh pergi mandi lah," Adelia cuba merenung Harraz dengan tatapan tajam. Sah, tak dengar apa yang dia suruh tadi.
"Kau cakap katil kau busuk bukan aku. So, buat apa aku nak mandi kalau aku dah wangi," ambik Adelia. Siapa suruh cakap katil yang busuk. Sepatutnya cakap katil tu wangi dan Harraz itu yang busuk.
"Nak pergilah ni," Harraz bangun dan mengambil tuala di penyangkut. Dia mendekati Adelia dan mengucup pipi Adelia sekilas sebelum dia masuk ke dalam bilik air. Takut isteri rindu pula nanti kalau tak kasi kiss. Karang menangis sebab dia dalam bilik air.
Adelia terdiam. Alahai, masa ini lah nak cium pipinya. Macam biasa, pipinya memberi kerjasama. Tak merah langsung pipinya tetapi jantungnya dup dap dup dap sudah.
"Tahulah pipi saya wangi," Adelia memuji dirinya. Betulkan, kalau tidak Harraz tidak akan mengucup pipinya tadi.
"Ayesha!!!" kalut Adelia mendengar suara Harraz. Harraz dengar kah suaranya. Kalau tak dengar kenapa menjerit?
"Kenapa kau letak sabun mandi aku dalam tub mandi, ha?!"
"Gunalah sabun saya," Adelia segera baring di atas katil. Takut pula kalau Harraz keluar. Lagipun sabun mandi Adelia, dia tak jumpa. Dia guna depan mata ajelah. Dah nampak sabun mandi Harraz, dia guna ajelah yang dia nampak.
"Tunggu kau, aku kerjakan kau!"
Adelia menutup mata dengan segera. Harap matanya cepat lah dibuai mimpi. Tadi bukan main mengantuk, kalau tak mengantuk juga nanti. Melayang nasibnya.
YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Ficción General"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...