Bab 9

456 34 3
                                    

Kedai mainan di hadapan Harraz di pandang lama. Itu, itu serupa dengan kedai mainan yang pernah dia pergi masa kecil.

"Daddy, Arraz nak mainan tu," jari telunjuk diketuk-ketuk beberapa kali di kotak mainan kereta.

"Pleaseee, daddy. Arraz nak tu," muka dibuat comel. Sudah lama ingin mainan di hadapannya ini.

"Mahal lah, Arraz. Nanti daddy tak boleh bayar macam mana?" mata anak lelakinya dipandang tepat. Muka dibuat sayu. Sengaja dibuat begitu ingin melihat reaksi anaknya.

"Daddy kaya mesti boleh bayar!" Harraz bersuara sedikit kuat. Mulut mula mengukirkan senyuman.

"Pandai ya sekarang anak daddy ni. Untuk Khalif dengan Rizqin kena beli juga, boleh ya?" pipi kiri Harraz dicubit oleh Dato Haris. Gemar benar mencubit pipi tembam anak lelakinya. Berbeza dengan Khalif dan Rizqin. Mereka berdua tidak lah setembam ini.

"Mestilah boleh, Arraz dah anggap Khal dengan Riz macam adik Arraz dah," bibir setia mengukirkan senyuman. Tangan kecil Harraz memegang tangan besar Dato Haris.

"Adik terus ya. Kenapa bukan abang ataupun kembar? Arraz sebaya dengan diorang," kini Dato Haris mencangkung untuk memegang bahu Harraz.

"Arraz lahir dulu, Arraz lah abang. Kalau abang kedua Khal sebab Khal lahir dulu. Bongsu pula Riz sebab dia lahir lewat. Tak pun kitorang jadi kembar," terang Harraz panjang lebar. Tidak cukup nafas apabila bercakap tanpa henti, sesak nafasnya.

"Pandai anak daddy ni disebabkan anak daddy pandai daddy kasi Arraz beli mainan," tangan naik mencubit pipi tembam Harraz buat kali kedua. Geram.

"Yeayy. Thank you, daddy," Harraz melompat gembira. Akhirnya impian untuk membeli sebuah kereta mainan sudah tercapai.

"Ingat, pilih untuk Khal dengan Riz," badan ditegakkan kembali. Lenguh kakinya mencangkung lama.

"Okay, daddy," mata mula meliar mencari warna kereta yang berbeza. Senang nanti main masing-masing tidak berebut.

"Bro," tegur Rizqin yang berada di belakang. Bahu Harraz ditepuk sedikit kuat yang dari tadi berdiri tegak di hadapan kedai mainan.

Tersentak Harraz dengan pukulan dibahu Harraz serta merta lamunannya terhenti.

"Kenapa ni? Kenapa kau perhatikan kedai ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soalan yang terpancul dari mulut Rizqin itu membuat dirinya mendiamkan diri dan menggeleng.

Khalif dan Rizqin tidak tahu menahu langsung tentang kedai ini. Ini kerana mereka berdua keluar bersama Datin Qayla mencari baju. Kedai ini serupa dengan kedai mainan yang Dato Haris membawa dirinya pergi. Rindu.

"Tengok ni! Aku dapat air starbucks free!" jerit Khalif kuat. Mujur di tempat itu sedikit sahaja orang yang lalu.

"Nak juga," Rizqin berlari menuju ke arah Khalif. Tangan kanan yang ingin mengambil air di tangan Khalif ditepis kuat.

"Sabarlah, ha yang ni untuk Harraz," air starbucks disambut oleh Harraz.

"Ni untuk kau," kini air starbucks disambut oleh Rizqin.

"Macam mana boleh dapat free," tanya Rizqin dengan penuh tanda tanya. Pelik juga dapat percuma tiba-tiba.

"Alah kau ni sebab aku hensem lah dapat free," kening diangkat. Mulut mula menghirup air starbucks begitu juga dengan Harraz. Nikmat.

Rizqin hanya memandang tajam. Tak boleh kalau jawab elok-elok kalau orang tanya. Ada sahaja jawapan yang ingin menyakitkan hati orang.

"Alah, dia nak habiskan air ferrero rocher frappucino ni ha. Elok tiga dia nak habiskan aku ambillah. Rezeki jangan ditolak," terbelit-belit lidahnya ingin menyebut. Biasalah pertama kali sebut nama air ini.

"Dah jom balik, mesti mummy tunggu kat rumah," ajak Rizqin. Jam di tangan kiri ditilik.

"Jom,"

Khalif dan Rizqin sudah berjalan ke hadapan. Harraz yang masih lagi di tempatnya di pandang sekilas kedai mainan sebelum tersenyum nipis. Kaki laju melangkah ke arah mereka berdua.

"Mummy, Khal dah balik," pintu ditolak kuat. Malas rasanya ingin membuka dengan lemah-lembut.

"Dah balik pun, salam mana? Campak dekat mana salam tu?" ceramah Ustazah Datin Qayla sudah beraksi. Mahu atau tidak terpaksa Khalif menadah telinga.

"Ya, mummy. Lain kali, Khal janji tak buat macam tu," mahu terbakar telinga mendengar ceramah percuma. Tapi tak apa, dia rela. Demi Mummy tercinta!

"Kalau buat lain kali. Mummy pulas kuat-kuat telinga Khal sampai tercabut," ugut Datin Qayla. Tangan sudah membuat gaya ingin memulas telinga.

"Okay, saya janji. Saya tak akan ulang kesilapan saya. Saya akan buat perkara yang mummy saya suka aje. Kalau perkara mummy saya tak suka saya tak buat," tangan kanan Khalif diangkat paras dada seperti mengangkat sumpah.

"Panasnya dekat sini," kedua belah tangan Rizqin mula mengibas mukanya sendiri. Lama juga berdiri di luar ini.

"Kalau banyak dosa memang panas," kata Khalif selamba sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Bukan namanya Khalif kalau tidak menyakiti hati orang.

"Cuba tengok aku, sejuk aje! Tak panas pun! Kau aje yang banyak dosa itu yang panas! Dah tahu dosa melambak buat maksiat lagi!" jerit Khalif yang sudah berada dalam rumah.

"Kurang ajar punya abang! Kau cakap aku buat maksiat! Aku berdiri tengah panas kau tahu tak! Siapa aje tak panas kalau duduk tengah panas!" Rizqin berlari mengejar Khalif. Geramnya dengan Khalif. Hari-hari ingin mencari masalah dengan dirinya.

"Oi, jangan kejar!"

"Kau jangan lari, Khal!"

Datin Qayla dan Harraz hanya menjadi penonton. Drama tidak berbayar itu membuatkan mereka pening kepala.

"Arraz, masuklah. Panas tu. Nanti turun makan, mummy dah masakan makanan kegemaran korang. Panggil Khalif dan Rizqin juga turun makan nanti," Datin Qayla bersuara.

Dengar sahaja arahan tersebut, kakinya terus melangkah untuk memasuki rumah banglo tersebut. Namun selangkah ingin masuk, badan tegapnya sudah ditahan dengan tangan tua Datin Qayla.

"Arraz, mummy rindu suara Arraz. Mummy rindu sangat-sangat," anak kandungnya ini pendiam sejak arwah suaminya meninggal. Rindu suara riang Harraz memenuhi rumah ini.

"Iya, mummy," Harraz tersenyum nipis. Dia tahu bukan suara ini Datin Qayla mahu mendengar.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now