Bab 35

317 21 2
                                    

"Harraz!" jerit Adelia kuat. Jarak antara Harraz dan Adelia sangatlah jauh kerana itu Adelia memutuskan untuk menjerit sekuat hati. Kalau Harraz tidak mendengar memang telinga dia yang bermasalah.

Sah, telinga Harraz bermasalah. Boleh pula dia berjalan senang-lenang tanpa menoleh ke arah Adelia di belakang. Keluar anak tekak menjerit memanggil nama Harraz sahaja.

"Pekak ke? Orang panggil tak dengar?" sampai sahaja di hadapan Harraz, Adelia terus menyoal. Adelia bercekak pinggang sambil membalas tatapan tajam Harraz.

"Gila ke? Panggil orang kuat-kuat?" membulat mata Adelia mendapat balasan daripada Harraz. Boleh pula Harraz kata dia gila? Mentang-mentanglah Adelia mengatakan Harraz pekak.

Harraz berjalan tanpa menunggu balasan Adelia. Dia menepis bahu Adelia. Adelia tertolak sedikit ke belakang.

"Harraz tunggulah kejap!" Adelia berlari mendapatkan Harraz. Beg sekolah Harraz yang berwarna hitam ditarik. Harraz hanya reda dengan kelakuan Adelia. Mujur tidak jatuh.

"Hm," mata Adelia ditatap. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sekolah.

"Terima kasih," Adelia tersenyum. Harraz telah menjadi penyelamatnya hari ni.

"Itu je? Buang masa," Harraz menjeling. Dia berjalan dan meninggalkan Adelia sendirian. Ingatkan apalah tadi yang terjerit serupa orang gila.

Adelia menggenggam erat kedua belah tangannya menahan geram. Harraz memang sejenis orang tidak tahu mengatakan 'sama-sama'. Dia berjalan menuju ke luar pagar sekolah dengan muka geramnya. Kalaulah dia sekarang berada di pantai atau di mana-mana pasti dia sudah menjerit sepuas hati.

Bangku berdekatan dengan sekolah di duduk. Mulutnya tidak berhenti memaki-hamun Harraz. Adelia maki sahaja Harraz memandangkan di situ memang ada Harraz. Khalif dan Rizqin ada juga tetapi Adelia buat tidak endah.

"Orang tu kan, kalau orang cakap terima kasih sepatutnya jawab sama-sama. Berat betul mulut nak cakap sama-sama. Masa kecil-kecil mesti makan batu besar sebab tu susah nak cakap mulut kena tutup dengan batu besar kan," Adelia menjeling Harraz. Dia menyilangkan tangan dan kaki.

"Kau cakap dengan siapa?" soal Harraz. Sedingin-dingin dia pun, dia takut juga apabila ternampak orang bercakap seorang diri.

"Kalau batu besar tu boleh ambil balik dalam mulut dia, dah lama ambil. Biar ringan sikit mulut tu nak cakap sama-sama," 'sama-sama' ditekankan. Tak akan Harraz tidak tahu Adelia tujukan kepada Harraz.

Harraz mengesot sedikit mendekati Adelia. Beg sekolah Adelia ditolak ke depan dengan kuat. Adelia juga turut ke depan kerana tolakan kuat Harraz. Mujur tidak jatuh kerana dia memegang tiang besi di sebelahnya.

"Apa ni main tolak?!" marah Adelia. Dia menatap wajah Harraz yang beriak wajah tidak bersalah.

"Oh, waras lagi," Harraz mengangguk perlahan. Dia mengesot semula pergi ke arah Khalif dan Rizqin yang memerhatinya dari tadi.

Membulat mata Adelia mendengar Harraz berkata begitu. Jadi tadi Harraz menganggapnya gila lah kerana cakap sorang-sorang.

"Awak nak cakap saya gila ke?" Adelia bergegas pergi ke hadapan Harraz. Tengok wajah Harraz pun sudah tahu yang Harraz sengaja ingin menyakitkan hatinya.

"Aku tak cakap pun," Harraz mengangkat kening kiri. Betulkan dia tak cakap pun Adelia gila.

Adelia menjeling tidak puas hati betul. Baru sahaja Adelia hendak berkata lagi. Matanya terhenti pada lengan Harraz.

"Kenapa dengan lengan awak tu?" Adelia meneliti lengan Harraz. Baru dia perasan ada kesan seperti kena pisau di lengan Harraz. Bukan sedikit tetapi banyak.

"Masa perkhemahan haritu lagi. Awak je tak perasan," balas Rizqin. Dia tahu kalau Harraz diam maksudnya Harraz tidak mahu menjawab.

"Macam mana nak perasan kalau risaukan Ikhwan yang tak sakit," Khalif menjeling. Tidak puas hati lagi tentang perkhemahan hari tu terhadap Adelia. Walaupun dia menyokong Adelia tetapi rasa tidak puas hati itu ada.

"Ikhwan tak sakit? Maksudnya bukan Ikhwan yang kena?" Adelia menyengetkan sedikit kepalanya apabila menyoal.

"Iya bukan Ikhwan tapi Harraz. Kesian dekat Harraz tau," Khalif mengangguk laju. Dia memandang ke arah Harraz sekilas. Dia tahu Harraz sekarang ini sedang memandang tajam ke arahnya.

"Sorry, Harraz," Adelia duduk di sebelah Harraz. Ada sedikit jarak antara mereka berdua. Dia menundukkan kepala. Rasa bersalah pula kerana menuduh Harraz.

"Kau tak ada buat salah buat apa minta maaf?" berkerut dahi Harraz apabila Adelia meminta maaf. Kalau tidak salah tidak perlu rasanya meminta maaf.

"Ada lah! Yang masa perkhemahan haritu," Adelia mengangkat wajahnya memandang Harraz.

"Sokay," ringkas tapi boleh membuatkan Adelia tersenyum senang.

"Awak maafkan saya?" Adelia membetulkan kedudukannya. Wajah Harraz ditatap lama.

Harraz mengangguk tanpa menoleh Adelia. Tak akan dia tidak mahu maafkan Adelia. Adelia bukan berbuat salah yang besar pun.

"Eh eh, itu Harraz. Dengan saya ni siapa yang nak minta maaf," Khalif menunjuk-nunjuk dirinya. Dia ingat lagi Adelia ada memarahinya kerana menyebelahi Harraz dan memarahi Ikhwan.

"Iyalah, saya minta maaf," Adelia reda. Dia juga ingat dia telah memarahi Khalif.

"Minta maaf tu kena Ikhlas," tegur Harraz.

"Dah sehabis ikhlas dah saya buat," Adelia menyilangkan tangan dan duduk menghadap depan. Nak ikhlas bagaimana lagi? Itu sudah terlajak ikhlas yang pernah dia lakukan pada rakan sekelasnya.

"Ingat, SPM nak dekat," Harraz mula mengingati Adelia. Dia menoleh sekilas ke arah Adelia. Ada empat lagi mata memandang namun diabaikan.

Adelia menarik nafas panjang-panjang. Kemudian dihembuskan. Dia menoleh ke arah Khalif dan Rizqin. Siapkan diri untuk meminta maaflah dikatakan.

"Khalif dan Rizqin, saya Adelia ingin meminta maaf atas kesalahan saya semasa perkhemahan haritu," Adelia menjeling Harraz. Walaupun dia tahu Rizqin tidak menyuruh dirinya untuk meminta maaf tetapi dia buat juga. Bak kata Harraz, 'SPM nak dekat'.

"Iya, kami maafkan," serentak Khalif dan Rizqin berkata. Mereka berdua mengangguk.

"Kau dah minta maaf dengan kitaorang, kiranya dah selesai. Sekarang aku nak minta kau buat sesuatu," Harraz menatap wajah Adelia. Dia ingin Adelia mengikut permintaan kali ini.

"Apa dia?" tersenyum lebar Adelia mendengar.

"Aku nak kau...,"

Kenapa dan kenapa? Kenapa perlu sampai begitu sekali? Kenapa Harraz kejam sekali berbuat begitu? Harraz tidak patut meminta padanya begitu. Adelia menggelengkan kepala. Mungkin dia salah dengar. Tidak mungkinlah Harraz akan menyuruhnya membuat begitu.

Kalaulah Adelia tahu, Harraz akan membuat dirinya begitu. Dia tidak akan meminta maaf dengan Harraz dan tidak akan meminta maaf sampai bila-bila. Atau mungkin disebabkan The Geng Gedik. Boleh jadi juga.

The Geng Gedik selalu memanggil dirinya 'whore'. Mungkin kerana itu Harraz meminta berbuat begitu. Satu sekolah kiranya sekarang sedang membencinya. Adelia menggelengkan kepala, tidak mungkin.

Sekarang, tiada siapa lagi yang akan berkawan dengan dirinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil dan menekup wajahnya dengan bantal. Adelia menangis sepuas hati dan memikirkan balik kata-kata Harraz. Tidak sangka Harraz begitu rupa.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now