Pintu kelas ditolak perlahan. Kepala melihat ke kiri ke kanan di dalam kelas. Adelia melangkah masuk ke dalam kelas dengan kaki kanan. Beg sekolah yang dipikul diletakkan di kerusi. Dia menuju ke belakang kelas dan mula bertugas.
"Woo, whore dah sampai. Awalnya whore kita datang," Batrisya melangkah masuk ke dalam kelas. Dia merenung Adelia yang berdiam dari tadi dan hanya menerus menyapu lantai.
"I think our prostitute named Adelia Ayesha is deaf," Sarah menuju ke arah Adelia. Dia mengambil penyodok yang sudah berisi sampah dan buang ke atas kepala Adelia.
"Oppss, aku tak sengaja. Sorry, whore," Sarah menyapu semula kepala Adelia yang ada sisa sampah.
"I think tak cakap sorry pun tak apa. Whore memang dah kotor pun bukan?" Batrisya menuju ke arah Sarah yang sudah berada di hadapan Adelia.
Nurin yang berada di tempat duduknya hanya diam. Tidak berani jika Batrisya dan Sarah sudah bergabung begitu.
Adelia mengambil semula penyapu yang jatuh di atas lantai dan menyapu semula semua sampah itu.
Tiga orang jejaka masuk ke dalam kelas. Tiada secalit senyuman pun yang berada di bibir mereka bertiga. Harraz dengan wajah dinginnya seperti biasa, Khalif dan Rizqin dengan wajah yang masam seperti mereka berdua baru sahaja lepas bergaduh.
"Harraz I dah sampai," kata Batrisya teruja. Dia berlari menuju ke arah Harraz yang sudah duduk.
Adelia yang baru sahaja meletakkan penyapu dan penyodok di tempat asal terus menoleh ke arah Harraz, Khalif dan Rizqin. Melihat sahaja Batrisya berlari menuju ke arah Harraz, dia dengan pantas menuju ke arah Harraz terlebih dahulu.
"Hai, Harraz," Adelia melambaikan tangan kanannya. Dia sudah berada di hadapan Harraz manakala Batrisya sudah berhenti daripada lariannya tadi.
Harraz mengangkat kening sebelah. Pelik tiba-tiba sahaja Adelia menyapanya di pagi hari.
Harraz yang mahu memalingkan menghadap lain terus menoleh semula ke arah Adelia apabila Adelia menyentuh lembut tangannya dengan beralaskan baju sekolah Adelia. Adelia memberi isyarat menyuruhnya untuk membalas. Dia membuat isyarat mata yang Batrisya masih lagi memandang mereka berdua.
"Hai," sepatah sahaja yang diungkapkan oleh Harraz. Namun, Batrisya yang melihat itu melarikan dirinya ke luar kelas.
"Eh, Bat!" jerit Sarah dan Nurin. Mereka berdua mengejar Batrisya yang sudah jauh.
Adelia yang dari tadi memerhati mengukirkan senyuman. Dia memalingkan semula mukanya menghadap Harraz.
"Thank you, Harraz," Adelia menayangkan sebuah senyuman. Gembira hatinya melihat Batrisya marah.
Harraz menjeling. Kalau tidak kena paksa jangan haraplah dia akan buat demikian.
"Ala, ajarlah Harraz. Macam mana ni?" Adelia menunjuk latihan matematik yang diberikan oleh Cikgu Zainal.
Harraz memandang wajah Adelia dengan penuh tanda tanya. Biasanya Adelia boleh sahaja membuat latihan matematik sendirian tetapi kali ini tidak.
"Harraz ajarlah," pensel yang berada di tangan Adelia mencucuk tangan Harraz lembut.
"Kau nak apa?" pensel diambil dan diletakkan jauh daripada Adelia. Dia memandang tajam ke arah Adelia.
"Ajar," Adelia mengedip-gedip kedua belah matanya sambil mengambil pensel Harraz yang berdekatan dengannya dan mencucuk tangan Harraz kembali.
Harraz yang seakan faham apa yang disampaikan oleh Adelia terus menjeling.
"Macam ni," buku Adelia menjadi mangsa membuat jalan pengiraan matematik.
Batrisya memerhati sahaja drama yang tidak berbayar itu di dalam kelas terus menuju ke arah Harraz. Dia memeluk leher Harraz dari belakang.
"Harraz, kenapa you ajar whore ni?" kepala Batrisya diletakkan di atas bahu Harraz. Mulut dimuncungkan tanda tidak suka Harraz melayan Adelia.
"Hei, janganlah ganggu. Aku nak suruh dia ajar ni," Adelia menolak Batrisya jatuh ke lantai. Pegangan Batrisya secara automatik terlepas daripada leher Harraz.
Harraz yang juga ingin jatuh ke belakang bersama Batrisya memegang kuat lengan Rizqin apabila Rizqin turut memegang lengannya.
"Harraz tu aku punya bukan kau punya," Batrisya bangun dan membetulkan rambutnya yang sudah sedikit serabai.
"Tak ada pun nama kau dekat muka Harraz, aku nampak ada nama aku je," Adelia menilik wajah Harraz dengan tatapan serius.
"No, tak ada pun nama kau," Batrisya menolak badan Adelia supaya tidak melihat Harraz dengan jarak dekat.
Adelia sempat seimbangkan badan daripada jatuh. Dia berjalan mendekati Batrisya dan menolak Batrisya ke tepi.
Pen berwarna hitam diambil dan ditulis di atas dahi Harraz bernama 'Adelia' di tepi nama pula membuat bentuk love dengan pen merah.
"Ha, Adelia punya. Nampak ada nama aku je tak ada pun nama kau," Adelia menjeling ke arah Batrisya yang terdiam dengan perbuatan Adelia.
"Ish!"
"Awak nak ke mana tu, lepas ni cikgu garang nak masuk kelas. Nak kena denda lagi ke?" Adelia berkata.
Batrisya menuju semula ke tempat duduknya di belakang. Lupa bahawa Cikgu Zainal akan masuk semula kelas kerana relief masa Teacher Liana.
"Duduk," arah Harraz kepada Adelia yang masih lagi berdiri di hadapannya. Tangannya berusaha menggosok dahi yang sudah terconteng.
"Baik, Arraz!" ucap Adelia riang. Bukannya mahu buat begitu tetapi bila Batrisya menganggap dirinya seorang whore dia terus acah ingin merampas Harraz.
Harraz menjeling. Sakit hati dengan perangai Adelia. Main conteng sahaja dahi orang, sudahlah susah mahu hilang pen berwarna merah.
"Nah, sorry," Adelia menghulur tisu basah kepada Harraz supaya senang untuk mencuci bekasan pen tersebut. Dia juga turut menghulur cermin kecil.
Harraz mengambil dan meneruskan kerjanya mencuci dahi yang sudah kena dakwat pen.
"Meh sini aku tolong hilangkan," Khalif menarik satu tisu basah yang berada di bekas dan menuju ke Harraz. Kepala Harraz dipegang dan digosok kuat pada dahi Harraz.
"Sakit, gila," Harraz menepis kuat tangan Khalif. Mahu tercabut kepalanya Khalif menggosok dahi begitu. Kasar.
"Sikit lagi, sikit lagi," Khalif menyambung aktiviti itu semula.
"Ha, dah siap," Khalif berhenti. Tisu basah di tangan Harraz diambil lalu dibuang ke dalam tong sampah bersama tisu basahnya.
Harraz menilik dahinya dengan cermin Adelia. Sudah pasti tiada apa-apa lagi kesan dia menghulur cermin itu kepada Adelia.
"Sorry again, Arraz," Adelia menatap mata Harraz. Rasa bersalah pula menconteng dahi Harraz dengan pen. Mujurlah pen hitam itu mudah hilang dakwatnya.
Harraz menjeling. Latihan matematik disambung semula. Tertangguh disebabkan Adelia.
"Ha, aku dah bersihkan dahi kau cakap apa?" Khalif baru sahaja masuk ke dalam kelas terus duduk di tempatnya. Kening dijongketkan.
"Terima kasih,"
"Sama-sama,"
Khalif yang mengucapkan dan dia jugalah membalas. Bukannya Harraz akan berterima kasih dengannya malah menjelingnya.
Rizqin disebelah Harraz mengetawakan Khalif dalam diam. Harap-harap Khalif tidak perasan. Kalau tidak mahunya kecoh kelas dengan suara Khalif.

YOU ARE READING
Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}
Ficción General"Pelik ke aku ketawa?" - Tuan Qayeed Harraz. Seorang jejaka bermata biru yang diminati oleh para gadis dan mempunyai paras rupa yang dianggap sempurna tapi sayang dia cukup dingin terhadap orang sekitar terutamanya para gadis. Sifat yang ada pada d...