Bab 6

518 32 2
                                    

Tepat jam dua petang, semua kelas sibuk memasukkan buku teks, buku tulis dan alat tulis ke dalam beg masing-masing. Kelas 5 Aster juga begitu tetapi tidak pada seorang gadis yang sedang berdiri di luar kelas.

"Bangun. Terima kasih, cikgu," ucap ketua kelas apabila sudah tamat mata pelajaran terakhir.

"Terima kasih, cikgu," ikut rakan sekelasnya.

Kedua tangan ditadahkan dan membaca Surah Al-'Asr. Cikgu Ikin juga turut serta menadahkan tangan.

Cikgu Ikin hanya mengangguk kepala sambil senyum selepas selesai.
Semasa keluar Cikgu Ikin memandang Batrisya atas bawah sebelum menuju ke bilik guru.

Gadis itu dari mata pelajaran biologi sampai tamat waktu persekolahan berdiri di luar kelas. Itu juga disebabkan permintaan Cikgu Malik. Dia meminta agar gadis ini berdiri di luar kelas sampai habis waktu persekolahan.

"Awak di luar tu tak nak masuk dalam ke?,"

"Ke awak nak tidur kat sekolah ni," Farhan bersuara apabila cikgu sudah keluar dari kelas. Sengaja dia membuat demikian hanya untuk menyakitkan hati rakan sekelasnya itu.

"Hahaha," satu kelas ketawakan Batrisya.

"Ah, diamlah. Memekak je," Batrisya melangkah ke dalam kelas dan menuju ke tempatnya. Hari ini memang nasibnya malang.

"Aishh, tu lah kau. Siapa suruh tak siap kerja sekolah biologi," Nurin menepuk belakang Batrisya. Dia tidak sekumpulan dengan Batrisya dan Sarah kerana dalam satu kumpulan hanya empat meja sahaja.

"Hey! You know what perempuan tu rampas boyfriend aku!" jerit Batrisya tiba-tiba. Jari telunjuknya tepat menunjuk ke arah Adelia.

Adelia hanya menjeling sebelum dia keluar dari kelas. Dirinya tiada kaitan langsung dengan Batrisya berdiri di luar kelas itu.

"Youu, tengok perempuan tu. Dia jeling dekat I,"

"You!" Batrisya memikul beg sekolahnya sambil memegang lengan Harraz. Harraz yang ingin berapi itu terus menolak tangannya dengan kuat sehingga lengannya dilepaskan.

"You!" jerit Batrisya. Mengapakah hari ini nasibnya begitu malang? Benci sungguh.

Harraz sudah pun pergi bersama dua orang rakannya. Malas mahu melayan perangai Batrisya.

"Ada orang kena reject~~," nyanyi Farhan yang dibuatnya sambil mengetuk meja sebagai gendang.

"Diamlah, Han!" jerit Batrisya. Kaki laju melangkah keluar dari kelas. Baginya hari ini hari yang paling teruk baginya. Berdiri di luar kelas, Harraz tidak layan dirinya dan macam-macam lagilah.

"Hahahaha," sisa ketawa beberapa orang yang masih lagi berada dalam kelas.

"Dengar sampai sini minah tu menjerit," Khalif yang sedang menuruni tangga bersama dua rakannya. Dia menoleh sekilas kelas 5 Aster. Macam Tarzan dia menjerit.

Rizqin di sebelahnya hanya mengangguk kepala. Manakala Harraz sudah ke depan meninggalkan mereka di belakang.

"Huh! Ni sebab tertinggal buku dekat atas meja je tau. Kalau tak, jangan harap nak pergi kelas semula," Adelia bersuara sambil menaiki tangga untuk ke kelas. Sedang leka Adelia membebel sendiri, dia terlanggar dengan seorang jejaka.

"Eeeeee, apa ni main langgar-langgar," marah Adelia kepada jejaka itu. Dia bangun membetulkan bajunya. Baju ditepuk beberapa kali bagi menghilangkan kesan kotor.

Jejaka itu pula tidak pandang ke arah pemilik suara itu malah mengutip semula buku yang bertaburan di bawah.

"Hei, ni saya punya," mata Adelia memandang ke arah buku yang di pegang oleh jejaka itu.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now