Bab 32

295 24 1
                                    

Cuti lagi, berapa hari mahu cuti pun tak tahu. Puas sudah duduk berkurung di dalam rumah seharian atau boleh dikatakan bukan seharian kerana semalam keluar dengan Ikhwan.Itu pun sekejap sahaja. Rehatnya sudah lebih cukup.

Adelia menyarung tudung sarungnya berwarna baby pink apabila dia terdengar gelak ketawa di dalam rumahnya. Dia keluar daripada bilik untuk melihat suasana yang bising di luar.

Adelia menuruni anak tangga perlahan-lahan. Dia memerhati dengan teliti seorang wanita tua bersebelahan Datin Anna. Adelia mengagak wanita tua itu umurnya lingkungan seperti Datin Anna.

Selepas sahaja wanita tua itu meminta izin untuk pulang. Adelia bergegas menuju ke Datin Anna. Dia memegang tangan Datin Anna yang melambai wanita tua itu di luar rumah.

"Daughter," Datin Anna menoleh ke arah Adelia. Terperanjat sedikit dengan tindakan anaknya yang terus memegang tangannya.

"Siapa tu, mama?" mulut dimuncungkan menunjuk ke arah kereta wanita tua itu yang telah meluncur jauh.

"My old friend who is known as my best friend from childhood till now," satu garis senyuman di bibir diukir. Datin Anna masih memandang ke laluan kereta itu tadi lalu walaupun tiada kereta di situ.

"Lucky to be you, mama," Adelia memeluk pinggang Datin Anna dari tepi sambil meletakkan kepalanya di atas bahu Datin Anna.

"Lucky to be you too," kata Datin Anna. Dia menoleh ke arah Adelia yang menggelengkan kepala.

"Why?" tangan Adelia dialihkan daripada memeluk pinggangnya. Wajah Adelia ditekup dengan kedua belah tangannya.

"Tak ada apa-apalah! Jom masuk, Ad lapar," perut kempis Adelia digosok menandakan dia sudah lapar. Dia memandang wajah Datin Anna yang tidak menoleh sedikit pun ke arah lain. Dia tidak akan cerita kepada Datin Anna.

"Mama, hungry," Adelia mengulang semula membuat seperti tadi menggosok perutnya.

"Jom," mereka berdua berjalan beriringan. Anak gadisnya lapar perlulah makan. Nanti anaknya sakit susah hati.

"Mama!" bahu Datin Anna dipegang dan ditepuk sedikit dari belakang.

Datin Anna cepat-cepat menutup sebuah Album yang berisi gambar lama dan mengelap air matanya yang sudah tertumpah.

"Ya, sayang. Kenapa?" Datin Anna tersenyum. Mana boleh sedih, nanti anaknya nampak habis kena soal siasat. Inspektor Adelia mestilah kena siasat.

"Kenapa mama Ad nangis ni? Ada orang buli mama Ad, ya? Siapa buat mama Ad ni! Baik mengaku! Kesian dekat mama Ad! Kalau Ad dapat tahu siapa buat mama Ad, Ad cincang-cincang dia nanti!" marah Adelia apabila nampak air mata Datin Anna. Mata Datin Anna lebam akibat menangis mustahil sekali Adelia tidak perasan. Matanya meliar mencari orang yang membuat mama kesayangannya begitu.

"Amboi, nak runtuh rumah dengar suara anak papa ni," pipi kanan Adelia dicubit. Dari luar rumah terdengar suara Adelia yang sedang marah. Kuat sungguh suara anaknya.

"Auch, papa. Sakit," tangan kiri Adelia berusaha memisahkan tangan Dato Adzib daripada mencubit pipinya.

"Kenapa marah ni? Dari luar dengar tau," Dato Adzib melepaskan cubitan. Merah pipi Adelia dicubit dengannya. Dia menoleh pula ke arah Datin Anna dengan mata lebam. Sah, isterinya menangis!

"Kenapa ni?" Dato Adzib mencampak beg kerjanya di ruangan bilik yang sudah lama tidak digunakan oleh keluarga mereka. Tangannya naik memegang wajah Datin Anna.

"Mama nangis. Ad tak tahu siapa buli mama Ad sampai nangis sebab tu Ad marah tadi," Adelia bercekak pinggang. Matanya meliar sekali lagi memandang ruangan bilik tu.

Dato Adzib memandang tepat ke mata Datin Anna untuk mendapatkan kepastian. Kalau ada orang masuk mesti sudah kecoh sampai ke bibik di rumahnya juga. Datin Anna memegang tangan Dato Adzib dan menggelengkan kepala. Dato Adzib terdiam sebelum membantu Datin Anna untuk bangun.

"Adelia Ayesha,"

"Iya saya," Adelia menoleh ke arah Dato Adzib. Sudah, kenapa memanggil nama panjangnya. Dia tidak membuat salah apa pun.

"Ad buat mama, ya?" teka Dato Adzib walaupun dia tahu bukan Adelia yang melakukan begitu. Biasalah, dia suka menyakat Adelia.

"Ma... Mana ada," Adelia menggelengkan kepala. Mustahil Datin Anna menangis kerana dirinya. Dia masuk sahaja dalam bilik ini sudah melihat Datin Anna bersama air mata.

"Kenapa gagap bila bercakap? Selalunya orang yang cakap tergagap ni dia yang buat," Dato Adzib cuba membuat wajah marah untuk menutupi senyumannya.

"Ad tak pernah buat mama nangis. Ad sayang mama. Ad tak akan buat mama macam tu," air mata Adelia pula turun membasahi kedua pipinya. Dia tidak seteruk itu lagi mahu membuat mama yang kandungkannya selama 9 bulan di dalam perut begitu.

"Sengajakan, tengok anak saya dah nangis," pinggang Dato Adzib dicubit. Suaminya memang suka menyakat anak gadisnya. Tidak ada kerja dia akan cari kerja seperti inilah. Datin Anna berjalan menuju ke arah Adelia yang sudah terduduk.

"Daughter," Datin Anna mengangkat perlahan kepala Adelia. Tangannya beralih pada wajah Adelia. Air mata Adelia disapu dengan tangannya.

"Papa...,"

"Sebab Ad ke mama nangis? Kalau sebab Ad, Ad minta maaf sebab buat mama," kata Adelia dengan suara tersendu-sendan kerana menangis.

"Bukanlah, daughter. Ad mana pernah buat mama nangis. Ad kan anak baik," satu kucupan di pipi Adelia diberi. Sayang anak mama!

"Tipu, mama nangis sebab Ad kan?"

"Mana ada, Ad ni macamlah tak kenal papa," digenggam pipi Adelia sebelum membantu anaknya bangun.

"Papa kan suka menyakat Ad," kata Datin Anna lagi apabila dia perasan Adelia masih lagi diam.

"Ha?"

"Iya,"

"Eee, papa," Adelia membuat muka geram.

"Iya?"

"Tak baik tau buat Ad macam tu. Habis air mata Ad menangis tadi," air matanya yang tersisa disapu.

"Papa suka macam tu kan. Padahal papa ada kerja tapi buat kerja lain," kerja lain tu kerja menyakat dia lah. Kalau tidak pada Datin Anna, Adelia lah yang akan jadi mangsa.

"Sebab tak ada lah papa cari," pipi Adelia dicubit sekuat hati.

"Erm, papa," Adelia mencebik. Selalu sahaja pipi yang akan jadi mangsa.

"Sudahlah tu, pergilah mandi baru balik kerja kan?" Datin Anna cuba menghentikan perbalahan cubitan antara Dato Adzib dan Adelia.

"Entahlah papa, papa dah bau busuk," hidung ditutup dengan dua jarinya dan mengundur ke belakang sedikit.

"Sedapnya mulut cakap papa macam tu. Nanti nak apa-apa tak payah minta dengan papa," ugut Dato Adzib. Dia berjalan keluar dari bilik.

"Eh, papa! Jangan merajuk!" Adelia mengangkat kedua belah tangannya dan turunkan semula. Dia mengejar langkah Dato Adzib.

"Erm, papa tak nak dah kawan dengan Ad," Dato Adzib meneruskan perjalanannya. Memang dia sudah berniat untuk mandi. Dia juga tidak selesa dengan badan yang berpeluh.

Adelia berhenti apabila langkah Dato Adzib semakin laju. Dia memeluk tubuh dan merenung Dato Adzib yang menaiki anak tangga.

"Daughter," panggil Datin Anna. Dia memegang bahu Adelia dan digosok sedikit.

"Mama, papa dah merajuk dengan Ad," Adelia mencebik sekali lagi.

"Nanti okeylah tu, jom teman mama tengok tv dekat luar," tangan Adelia ditarik apabila Adelia hanya terdiam.

Datin Anna menoleh ke belakang untuk menutup pintu bilik itu. Dia tersenyum nipis dan menarik tombol pintu.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now