Bab 14

372 25 2
                                    

Adelia datang sekolah seperti biasa. Suasana di sekolah juga tidak berubah hanya sedikit bising dengan suara pelajar-pelajar di bahagian C. Satu per satu tangga dilangkah. Tiba di depan kelas 5 Aster, Adelia menghembuskan nafas berat. Dia yakin Batrisya akan cari gaduh dengan dirinya jika nampak muka seorang gadis yang bernama Adelia Ayesha.

"Morning," sapa Adelia lembut kepada tiga orang jejaka yang sudah menjadi ahli kumpulannya.

"Morning, Ad! How are you?" sapa Khalif teruja. Bibirnya mengukir senyuman kecil kepada Adelia.

"Fine," Adelia menarik kerusi sebelum dia melabuhkan punggung untuk duduk.

"Look who's coming. It seems that the bastard has come to school," muka Adelia disentuh dengan tangan Batrisya.

"Auch, jijik," Batrisya menjauhkan tangannya. Dia menyapu tangan kanannya yang memegang wajah Adelia pada baju Adelia. Terasa jijik apabila menyentuh wajah Adelia.

Bunyi sorakan yang menyokong Batrisya membuatkan dirinya ingin menangis. Adelia memejam mata rapat apabila diperbuat begitu oleh Batrisya.

"Stop it, Bat. Dia jijik sekalipun itu diri dia bukan diri kau," Rizqin mula bersuara apabila dia melihat Adelia memejam mata.

"You! You bela lagi perempuan ni," jari telunjuk ditunjuk ke arah Adelia. Tidak sangka ada lagi orang yang akan membela Adelia walaupun dia sudah membuat cerita rekaan tentang Adelia.

"Bat, bat, bat," Rizqin menggelengkan beberapa kali kepalanya.

Dalam diam Harraz dan Khalif tersenyum memandang Rizqin dan Batrisya berbalah mulut akibat membela Adelia. Harraz tersenyum nipis, kepala ditunduk supaya tidak nampak senyumannya. Manakala Khalif pula tersenyum lebar, kepalanya juga turut ditunduk supaya tidak diketahui.

Bukannya mereka berdua tidak tahu mengapa Rizqin mengulang nama Batrisya. Nama panggilan Batrisya diulang-ulang walaupun Batrisya marahnya kerana membela Adelia.

"Riz, Riz, Riz!" jerit Adelia sedikit kuat. Tangan dilambai supaya Rizqin menampak keberadaannya.

"Kenapa?" Rizqin baru sahaja keluar dari bilik guru. Dia menghantar buku Cikgu Surya memandangkan hanya Rizqin yang nampak.

"Mana Arraz dengan Khal?" soalan Rizqin dibiarkan dahulu. Adelia memandang belakang, tiada orang.

"Rehatlah ni time rehat," Rizqin berjalan beriringan bersama Adelia.

"Why?" soal Rizqin sekali lagi.

"Nak tanya boleh?" lembut sahaja suara Adelia ketika itu. Mendapat anggukan daripada Rizqin terus membuatnya tersenyum.

"Kenapa awak menyebelahi saya tadi sedangkan awak tahu saya perempuan mu...,"

"Sebab saya tahu bukanlah saya menyebelahi awak," Rizqin memotong percakapan Adelia. Dia menganggap apa yang dikatakan oleh Batrisya itu semua hanya fitnah semata-mata.

"Awak tak percayakan, Bat?" Adelia berjalan lebih cepat dan berdiri di hadapan Rizqin.

"Tak, saya tak percaya,"

"Tapi semua orang percayakan Bat," Adelia menganggap Rizqin sengaja berkata begitu kerana ingin menjaga hatinya sahaja.

"Bat pun bat lah. Bukannya kalau orang percayakan dia, bat boleh terbang," perli Rizqin tanpa sedar. Tangan disilangkan.

"Ha?"

"Nothing, jom rehat sekali," Rizqin yang sedar akan dia terlepas cakap terus mengubah topik.

Mr. Ice With Amber Girl {COMPLETE}Where stories live. Discover now